DA - 38

66.9K 2.7K 66
                                    

"Kisha.."

Sudah enam kali dia memanggil nama gadis itu namun tidak diendahkan. Malah gadis itu asyik bergelak ketawa sambil chat dengan rakannya. Dia disebelah seolah-olah tunggul saja. Kisha Afina sikit pun tak pandang muka dia.

"Dear.." kali ini barulah Kisha Afina berpaling. Muka dia dikerutkan mendengar panggilan itu. Telinga dia digosok-gosok beberapa kali.

"Panggil dear baru nak dengar. Aku panggil banyak kali tadi tak layan pun" getus Elfran Danish. Duduk dia makin rapat sehingga peha mereka bersentuhan.

Mujur saja orang di taman tidak nampak. Kalau tidak percuma saja jadi tontonan umum. Lagi-lagi Kisha Afina merupakan model terkenal. Pasti akan ada paparazi dan mamarazi di kawasan itu.

"What you call me? Deer?" Soal Kisha Afina dalam nada tak percaya.

Elfran Danish terus saja menjentik dahi Kisha Afina. Pekak pula bakal isteri dia itu. Kisha Afina mengaduh sakit. Dahinya digosok berkali-kali. Boleh tahan juga jentikan jari kasar itu. Kalau kuat tadi boleh lebam kot.

"D.E.A.R. not D.E.E.R" eja Elfran Danish satu persatu. Kalau bengap juga tak tahulah.

Kisha Afina mengangguk-angguk. Wajah dia ditundukkan. Terasa malu pula bila Elfran Danish jadi sweet macam ni. Jantung bukan main laju lagi bekerja.

"Sweet je mamat ni. Tertelan ubat ke?" Gumam Kisha Afina perlahan. Tak percaya yang lelaki sedingin Elfran Danish jadi sweet.

"Kau asal tunduk? Malu ke?" Soal Elfran Danish lalu ketawa kecil. Suka sangat menyakay gadis sebelah dia itu.

PAP!

Tawa Elfran Danish terus mati apabila wajah dia terkena beg tangan Kisha Afina. Hidung dia dipegang apabila terasa sengal. Kisha Afina tersenyum puas apabila dapat mengenakan lelaki itu. Tak sia-sia dia guna beg tangan besar pada hari ini. Boleh dia hempap muka Elfran Danish.

"Kau pehal? Pukul aku guna beg. Sakit tahu tak! Kalau patah hidung aku, aku nak kau ganti hidung kau!"

"Salah awak lah! Usik saya lagi! Padan muka!" Lidahnya dijelir kepada Elfran Danish lalu dia pergi dari situ.

Elfran Danish menahan rasa. Nak saja dia cium-cium Kisha Afina sampai lemas. Biar tak boleh bernafas. Tapi tak halal lagi. Sabar! Nanti halal lah! Dia mengejar Kisha Afina dari belakang.

"Tak baik tau jelir lidah pada bakal suami" tegur Elfran Danish. Entah bila masa dia disebelah Kisha Afina.

"Biarlah. Lidah saya bukan lidah awak. Yang awak ni kenapa? Pelik semacam je" tegur Kisha Afina. Lelaki di sebelah dia nampak pelik. Kejap senyum sekejap masam. Gangguan emosi ke apa?

"Sekejap senyum sekejap masam. Otak awak ok ke tak? Kalau tak ok jom kita check di hospital. Saya tak bakal suami saja bekas pesakit mental. Merana nanti hidup saya" sindir Kisha Afina.

Mental? Lagi meruap rasa geram Elfran Danish. Eii! Nak saja dia cium-cium bibir merah yang banyak cakap itu. Sejak mereka berbaik, baru dia tahu yang Kisha Afina ini boleh tahan murai juga. Pot pet sana sini. Tak reti diam agaknya!

"Laa..kenapa diam? Orang tanya kan, jawablah. Tiba-tiba jadi bisu pula. Emosi awak tak stabil ke? Tadi elok je ceria. Siap usik-usik saya lagi. Ni diam pula. Mana suara dingin awak tu? Dah beku ke apa?" Kini gadis itu berhenti di hadapan Elfran Danish.

Tangan kanan dia diletakkan ke dada lelaki itu. Geram pula rasa kerana tidak diendahkan oleh Elfran Danish. Berbuih mulut dia bercakap tapi lelaki itu diam je. Tak balas apa-apa pun!

"Sorry?" Kening Elfran Danish terjungkit ke atas. Beku? Jadi selama ini gadis itu menganggap dia lelaki dingin.

"Alaa..encik beku awak jangan buat-buat tak tahu pula. Sendiri sedarlah siapa diri encik beku. Dah orang tanya tak nak jawab lepastu -- "kata-kata Kisha Afina mati disitu.

Terasa satu benda lembut menyentuh bibir dia. Mata Kisha Afina membulat besar apabila tersedar yang Elfran Danish kini mencium bibir dia! Baru dia mahu menolak, kedua tangan dia dipegang kemas oleh Elfran Danish dengan tangan kirinya. Tangan kanan pula menolak kepala Kisha Afina ke depan bagi memperdalamkan ciuman dia.

Sesekali Elfran Danish mengigit lembut bibir gadis itu. Geram kerana tak habis-habis berceloteh sana sini. Satu je cara nak diamkan gadis itu. Caranya ialah dengan ciuman! Kisha Afina masih tergamam. Terasa bibirnya diurut perlahan oleh bibir Elfran Danish.

Ciuman itu makin lama menjadi rakus. Dengan susah payah Kisha Afina menolak badan Elfran Danish apabila ciuman lelaki itu mula beralih ke lehernya. Seram sejuk dia dengan gelagat Elfran Danish.

"Awak--" Kisha Afina tak jadi berkata apabila Elfran Danish memeluk pinggang dia dari tepi. Bibirnya yang basah dengan ciuman lelaki itu disentuh dengan jari.

Terasa macam bermimpi saja. Elfran Danish tersenyum sinis. Kau belum kenal aku siapa Kisha.. desis hatinya.

"Kalau kau banyak cakap lagi aku tak akan teragak-agak ajak kau buat anak kat sini" bisik Elfran Danish di telinga Kisha Afina. Sempat juga dia menjilat telinga gadis itu.

Kisha Afina mengeliat kegelian. Suara dia ditahan dari terkeluar. Kerana telinga adalah tempat sensitif dia. Lambat-lambat Kisha Afina mengangguk. Seram! Sungguh dia katakan yang Elfran Danish seorang lelaki yang tak boleh dibawa main-main.

Sudahlah tempat pakir di belakang bangunan. Sunyi saja. Hanya ada beberapa buah kereta saja. Kisha Afina diam sepanjang perjalanan mereka menuju ke kereta Elfran Danish.

Seseorang memerhati mereka dengan perasaan penuh dendam. Dengan muka yang merah dia menendang kuat tong sampah berhampiran. Habis berteraburan sampah-sampah disitu.

"Tak guna! Aku akan pastikan Kisha akan jadi milik aku!" Dengan amarah dan dendam dia pergi dari situ. Tak jadi meneruskan aktiviti mengendap dia apabila melihat adegan panas antara Kisha dan Elfran Danish. Hati dia cukup sakit!

______________

Special for peminat .. Afina×Danish ..  😍

Next , will be Maya and Zul 🤗

P/S : aku harap part kiss tu x panas sgt mcm cite 18sx tu sbb aku x akn buat ke arah 18sx .. just lil bit kisses je .. 😙

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now