DA - 67

57.3K 2.3K 84
                                    

BUSH!

Kereta Myvi putih itu disimbah dengan cat bewarna merah. Christ tersenyum melihat anak buah Daniel Arfan yang sedang melakukan kerja. Hasil siasatan dia, Cik Zenab juga berhutang. Bukan sikit tapi banyak sebab nak hidup mewah.

"Lagi?" Soal salah seorang daripada mereka. Setia menanti arahan seterusnya daripada Christ.

"Itu je dulu. Aku nak kau bagi ni pada orang tua tu nanti" pesan Christ lalu memberikan satu surat kepada orang suruhan dia.

Kemudian dia kembali memakai helmet. Enjin motor dihidupkan lalu dia beredar dari situ. Waktu hampir ke siang tapi rumah itu masih sunyi. Nampak sangat masing-masing bangun pada tengah hari.

Hari itu mereka mengerjakan atap rumah Cik Zenab sampaikan rumahnya berlubang kerana hilang atap. Seterusnya, mereka merosakan dinding bewarna milik Cik Zenab. Tidak cukup itu, kereta anak kesayangan Cik Zenab pula yang menjadi mangsa. Kereta Myvi milik Tijah.

Bunyi pintu dibuka membuatkan mereka semua menyorok di tempat persembunyian mereka. Satu dron dikawal oleh lelaki berambut mohawk. Dron itu dituju ke arah Tijah yang jelas wajahnya terkejut.

"Mak!" Pekik dia kuat. Dengan rambut mengerbang macam Kak Limah. Baju kelawar warna hitam. Macam orang mati laki saja!

Anak buah Daniel Arfan automatik menutup telinga. Boleh pekak dia dengan jeritan Tijah. Tak lama itu Cik Zenab, Ecah, Minah dan Siti keluar. Tergamam mereka dimuka pintu.

"Mak oii! Kau tengok kereta aku! Dah rosak! Hari calar hari ni kena simbah cat pula! Habislah duit aku mak!" Ruang Tijah kuat. Rambutnya dikusutkan. Sekali tengok dah macam orang gila.

"Siapa yang aniaya kita ni? Mak kau ada musuh ke? Ke ahlong?" Minah mencelah sambil tangan dia mengorek hidung.

Anak buah Daniel Arfan yang menyembunyikan diri membuat muka geli. Memang mereka reject anak-anak Cik Zenab untuk dijadikan isteri. Tak senonoh langsung. Dron dikawal dan di-zoom ke muka-muka wanita yang membuat onar itu.

"Oii Mak, surat apa tu?" Ecah menjerit kuat. Dengan baju tidur, dia berlari mendapatkan surat yang terselit di peti surat. Surat itu dibuka lalu dibacanya dengan kuat.

Itu baru permulaan dari aku. Kalau kau berani buat onar lagi, aku akan pastikan kau hidup merempat!

-D.A.-

"Siapa tu Ecah? DA bagai? Fikir retis?" Siti bersuara. Dia duduk mencangkung di hadapan pintu rumah.

"Aahh...mak! Aku tengah stres ni! Duit aku dah banyak habis disebabkan kereta ni je" raung Tijah lalu menghentak-hentak kakinya.

"Aku tahu lah! Duit aku pun sama! Habis sebab baiki kerosakan rumah ni. Seminggu dua tiga kali tau tak aku kena keluarkan duit" marah Cik Zenab. Gigi dia diketap kuat. Kemudian dia mula membayangkan wajah seseorang.

Makin kuat dia mengetap gigi. Tak boleh jadi ni. Kalau jadi macam ni sekali lagi, memang habislah duit dia. Dia harus lakukan sesuatu.

"Aku tahu nak buat apa! Sini" Cik Zenab memanggil anak-anaknya.

Lelaki itu tersenyum senget. Bisikan macam tak bisik. Dron itu dilarikan ke arahnya apabila dapat merakam suara Cik Zenab. Dia memandang rakan-rakan dia yang lain.

"Jom blah" mereka beredar dari situ tanpa sesiapa pun sedar. Cekap sekali mereka membuat kerja.

*****

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now