DA - 73

60.8K 2.2K 95
                                    

Tengku Alisa termenung saja di atas katil. Setiap orang yang ingin berbicaranya dengan pasti akan keluar dengan wajah kecewa. Gadis itu diam dan membisu. Menangis. Termenung. Ketawa. Itulah Tengku Alisa sekarang ini. Setiap lelaki yang ingin menyentuh dia pasti ditepis dengan kasar. Malah dia mula memberontak. Habis semua barang-barang dihumban ke arah mereka semua.

Tengku Alisa menyerabutkan rambutnya. Kedua kakinya ditarik ke atas. Lutut dirapatkan ke dada. Kepala disembamkan ke atas lutut. Terhinjut-hinjut bahunya apabila tangisan dia kembali pecah. Masa depan dia dah musnah.

"Maaf papa. Tapi apa yang saya dapat dari pemeriksaan terhadap Lisa--" Hafiz berjeda lama. Hati dia merintih pilu.

Tengku Alisa yang bersandar lemah di kepala katil dipandang. Allah! Tidak tahu bagaiman reaksi mereka semua.

"Apa Hafiz?" Soal Tengku Dahlan. Dia begitu bimbang dengan keadaan anaknya.

"She was raped! Koyakkan pada alat sulit dia begitu besar dan luka-luka pada kemaluan dia menunjukkan dia dirogol secara kasar. Apa yang saya dapat bagitahu, emosi Lisa sekarang ni tak beberapa stabil. Jadi saya minta semua tidak mendesak Lisa. Dia masih lagi trauma"

Kata-kata itu terngiang-ngiang dalam kepala dia. Peristiwa hitam itu seolah-olah menghantui dia. Dirinya telah musnah. Perutnya yang kempis dipegang.

"Macam mana kalau aku mengandung?" Gumam dia sendiri. Otak dia mula tidak berfungsi dengan baik. Semua perkara negatif bermain di fikiran dia.

Kepala dia diangkat. Balkoni bilik dipandang dengan senyuman kelat. Perlahan-lahan dia menapak ke arah balkoni bilik. Dirinya seakan tidak dapat dikawal.

"Lisa.." namanya dilaung oleh seseorang. Orang itu tergamam melihat Tengku Alisa yang berdiri di hadapan balkoni bilik.

Tengku Alisa memekakkan telinga dia. Kaki kanan dinaikkan ke atas. Kemudian diikuti badan dia. Sebaik saja dia berdiri di atas itu tubuh dia dipusingkan ke bekalang.

"Maafkan Lisa" katanya lalu kedua matanya dipejam rapat. Itu tekadnya. Dia mahu pergi dari dunia ini.

BUSH!

Tengku Fattah menjerit kuat apabila tubuh Tengku Alisa sudah terjun ke bawah. Dia jatuh terduduk. Tidak menyangka anaknya akan pergi dengan cara membunuh dirinya. Dada dipegang. Allah! Begini sekali ujian untuknya.

Di laman bawah, Tengku Qalif berbual ditelefon. Dia yang berada di hadapan kolam renang tersentak apabila satu tubuh tenggelam di dalam air. Bunyi yang terhasil cukup kuat sehingga membuatkan penghuni di dalam menjenguk ke luar.

"Ya Allah, Lisa!" Pekik Mak Peah. Luluh hati dia melihat tubuh Tengku Alisa yang semakin tenggalam.

Tengku Qalif tanpa menunggu, terus terjun ke dalam kolam. Dia berenang mendapatkan tubuh Tengku Alisa. Badan kecil gadis itu dibawa ke dasar.

"Ya Allah Lisa. Kenapa macam ni nak! Allahu" rintih Mak Peah. Hafiz berlari mendapatkan tubuh adik iparnya.

Bibir Tengku Alisa membiru. Mukanya pucat sekali. Dada Tengku Alisa ditekan-tekan beberapa kali. Namun tidak berjaya. CPR dilakukan pula. Kali ini berjaya. Tengku Alisa terbatuk-batuk apabila air yang ditelannya tersembur keluar.

"Lisa..Lisa! Kenapa buat macam ni dik? Kenapa nak tinggalakan kakak! Kenapa?" Jerit Tengku Fazira.

Tengku Alisa tergelak sendiri. Misi dia tidak berjaya. Dia bangun dari pembaringan. Tengku Qalif memandang Tengku Alisa simpati.

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Where stories live. Discover now