DA - 20

75.5K 2.9K 99
                                    

"Eii! Kalau boleh kan nak je aku halau orang tua tu dari sini! Sekali dengan beruk-beruk tu sekali! Menyakitkan hati kau tahu tak!"

Maya menghentakkan kakinya di atas pasir. Akibat terlalu sakit hati, dia melepak di pangkin bawah pokok mempelam tidak jauh dari rumahnya.

"Kau ni! Tak baiklah! Dia tu nenek kau juga dan dorang tu sepupu kau" Elly Adelia menepuk peha Maya dengan kuat.

Maya kalau marah, memang macam-macam yang akan keluar dari mulut dia. Elly Adelia pula sesekali je mencelah. Itupun kalau dia merasakan Tengku Fatimah terlalu melampau.

"Nenek? Sepupu? Dalam mimpi boleh lah. Dua beruk tu dah naik lemak tahu tak! Tahulah Mak Engku bela dia. Tak kisah lah! Aku malas nak cakap pasal dorang. Buat sakit hati je" Maya mengetap bibir.

Badan di sandarkan ke dahan pokol mempelam. Angin malam sedikit menenangkan hati dia yang membara itu. Elly Adelia pula melunjurkan kaki di atas pangkin itu. Penat di siang hari tadi tidak hilang lagi.

"Korang tak takut ke lepak kat sini?"

Teguran dari seseorang membuatkan mereka tersentak. Zul dan Daniel Arfan duduk di sebelah pasangan masing-masing. Mereka turun ke bawah kerana mahu menemani dua gadis itu. Itupun desakan dari Ahmad Mikael. Risau kalau dua gadis itu dikacau budak-budak nakal.

Elly Adelia dan Maya diam. Mereka tidak bercakap dan hanya melayan perasaan. Entah sampai bila mereka harus bertahan dengan cacian dari Tengku Fatimah. Kesabaran manusia pun ada hadnya juga. Keimanan mereka pun sama.

Elly Adelia tersentak apabila terasa peha dia memberat. Pandang saja bawah, mata dia dan mata Daniel Arfan bertembung. Lelaki itu selamba saja berbaring di atas peha dia.

"Aku nak rehat sekejap..nanti kalau nak masuk kejutkan aku" ujarnya lalu mata dipejam rapat.

Elly Adelia diam. Wajah dia nampak macam terkejut pun ada, serba salah pun ada. Tapi melihat raut wajah kepenatan di wajah tunang dia itu, dia hanya membiarkan sahaja. Ditilik wajah itu lama-lama. Kacak! Dia sendiri tak menyangka lelaki sekacak Daniel Arfan, merupakan tunang dia. Kalau nak dibandingkan dia dan lelaki itu, macam langit dan bumi.

"Aku nak tanya sesuatu ni. Kenapa Tengku Fatimah tak sukakan keluarga kau" suara Zul memecah suasana hening itu.

Maya yang tadinya ingin terlelap terus membuka matanya. Wajah Zul di sebelah di kerling dengan ekor mata. Dia duduk bersila, membetulkan kedudukan dia. Zul menantikan jawapan dari kekasih hati di sebelah dia.

"Erm.." Maya jadi serba salah mahu menceritakan perkara sebenar.

"Mak Engku tak suka ayah kami kahwin dengan mak kami. Sebab tu sampai sekarang dia berdendam dengan keluarga ni. Satu lagi, sebab Mak Peah dari keluarga biasa-biasa saja. Sedangkan orang yang mahu dia jodohkan dengan Pak Leh, berharta. Kerana kuasa cinta mereka kuat, ayah tetap pertahankan mak. Tengku Fatimah jadi marah dan terus membenci kami dan keturunan kami"

Ahmad Mikael tersenyum nipis. Entah bila masa dia ada kat situ, semua tidak sedar. Ahmad Mikael duduk di atas pangkin bersebelahan dengan Zul.

"Mak Engku juga benci kami adik-beradik sebab lahir dari keturunan keluarga miskin! Tak berharta! Ayah dah buat macam-macam untuk Mak Engku terima kami. Tapi dia tetap dengan ego dia. Lagi dia marah bila ayah ambil Adel sebagai anak angkat. Dia marah sangat-sangat sebab Adel ni anak pungut katanya. Tapi kami tak kisah, sebab Adel dah jadi sebahagian dari keluarga kecil kami"

Panjang lebar Ahmad Mikael menjelaskan kepada Zul dan Daniel Arfan. Nampak saja dia pejam mata, tadi telinga dia terbuka. Tanpa mereka sedari, Tengku Alisa yang berada tidak jauh dari mereka mendengar perbualan mereka semua.

Tengku Alisa mengetap gigi kuat. Terlalu marah kerana Daniel Arfan dan Zul sudah mengetahui punca kebencian mereka terhadap keluarga itu.

"Kau tunggu Maya! Aku akan buat kau sengsara lepas ni!"

*****

"Nah! Basuh cuci-cuci dan bersih"

Elly Adelia terkejut melihat satu bakul baju kotor di letakkan kasar di sebelah dia. Wajah Tengku Fazira dipandang dengan riak kurang senang.

"Pastikan kau cuci tangan! Kalau aku tahu kau cuci pakai mesin! Siap kau!" Tengku Fazira menyepak kasar bakul itu dan baju-baju itu semua jatuh ke atas lantai.

Elly Adelia mengeluh. Beginilah nasib dia kalau Tengku Fazira dan Tengku Alisa tinggal di rumah keluarga angkat dia. Mereka macam hamba dilayan oleh mereka semua. Lagi-lagi apabila Tengku Fatimah bersuara, semua tidak mampu melawan.

"Sesuai betul kau jadi orang gaji untuk cucu aku. Kalau aku tahu baju-baju tu semua kau tak basuh, kau tahulah nasib kau nanti"

Tengku Fatimah mencerlung tajam pada Elly Adelia. Tongkat di dihentak-hentak ke atas lantai. Kaki dia jijik mahu jejak lantai kayu dapur itu. Tapi kerana mahu menyakitkan hati Elly Adelia, dia relakan saja.

"Saya tahu Mak Engku. Jadi tak perlu ulang-ulang banyak kali sampai telinga saya bernanah" balas Elly Adelia tenang.

Dia membawa bakul yang berisi baju kotor itu masuk ke dalam bilik air. Tengku Fatimah semakin membara! Dulu tak berani melawan sekarang dah berani! Satu perubahan yang cukup mencabar Tengku Fatimah.

"Kau! Dasar anak pungut! Kau dan mak bapa kau tu sama je!"

Elly Adelia mendengar saja. Dia sudah lali dengan cacian dari Tengku Fatimah. Dulu ya, dia menangis dan terasa begitu hina di mata Tengku Fatimah. Tapi kini tidak lagi.

"Adel jangan layan sangat Mak Engku tu. Otak dia bukan betul sangat. Wayar putus memang macam tu" Ahmad Mikael berdiri di sebelah Elly Adelia.

Dia dengar semuanya. Dia yang baru balik dari pasar tadi terus ke dapur melalui pintu belakang.

"Abang Mika kutuk belakang-belakang boleh lah. Kalau depan-depan abang sendiri tak berani" perli Elly Adelia. Dia tergelak kecil.

"Siapa je berani dengan orang tua tu. Kalau mengamuk hancur rumah ni. Abang rela diam.." Ahmad Mikael tergelak besar.

Dia dan Ahmad Muiz sama-sama nakal dulu. Ada ke patut mereka mencalarkan kereta mahal Tengku Fatimah semasa mereka berusia 7 tahun. Mengamuk orang tua tu sampai habis barang-barang di rumah itu dilempar Tengku Fatimah.


_________________

Terasa menyampah dgn Tengku Fatimah 😤😤

DANIEL ADELIA | C | A R S •4•Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu