"Yela I yang suruh dia kerja cari kumpul duit untuk kahwin."

"Oh dah ada calon ke?" Nada suara mama kedengaran sedikit kecewa.

Dudukku di kerusi mula terasa tidak senang apabila topik kahwin lagi sekali di bangkitkan.

"Belum lagi tapi saja I suruh kumpul sesiap nanti tak ada la nak kahwin baru terkial kial nak menabung cari duit."

"Untung betul siapa jadi isteri Rayqal nanti kan?" Pertanyaan mama buat aku menjulingkan mata ke atas.

Oh god mama please la. Kenapa la cakap macam tu? Jangan buat malu Lysa boleh tak? Kataku di dalam hati lagi.

Malas hendak mendengar lagi mama dan Datin Aina berbual tentang topik kahwin ni aku terus bangun dari duduk.

"Pergi mana Lysa?" Tanya mama pelik. Datin Aina dan Rayqal juga turut memandang aku.

Nasib la papa,Amir dan daddy Rayqal tak ada sekali waktu ni. Tidak makin banyak la mata yang pandang aku.

Maklum la makan malam untuk malam ni memang khas buat aku,mama, Datin Aina dan juga Rayqal. Papa dan Amir awal awal mama dah halau suruh keluar pergi mana mana.

Memang nampak sangat la apa yang cuba mama buat sebenarnya. Tapi sebab aku malas nak panjangkan cerita jadinya aku cuma ikut sahaja rentak mama.

"Nak pergi tandas kejap." Aku berikan sengihan pada mereka bertiga sebelum berlalu pergi.

🍂🍂

"Hai." Hilang terus termenung aku apabila di tegur oleh suara garau di sebelah. Aku pandang wajahnya sekilas.

"Hai." Balasku sebelum mata kembali memandang dada langit yang gelap. Bintang pun tak ada bertaburan. Mesti hujan kejap lagi ni.

"boleh saya duduk?"

"Duduk je la. Tak ada pun tulis kena mintak izin duduk dekat kerusi tu." Dengan malas malas aku balas. Telinga aku dapat dengar tawanya walaupun perlahan.

"Awak ni cute la." Pujian daripada Rayqal aku buat buat tidak dengar.

"Hm mama saya dengan mummy awak mana?" Aku lemparkan soalan padanya dengan mata meliar memandang ke arah pintu dapur takut takut muncul pula kepala mama atau Datin Aina dekat pintu tu ke.

Bukan boleh percaya juga mak mak ni punya perangai. Kadang tu lagi teruk perangai tu dari budak budak.

"Ada dekat dalam tengah berborak hal mak mak. Sampai hati awak kan tinggalkan saya sorang tadah telinga dengar dorang berbual. Bukannya nak ajak saya sekali lari dari dorang."

Rungutan Rayqal buat aku meletuskan ketawa. Dengan melihat muka Rayqal seperti tidak puas hati buat aku makin ketawa kuat.

"Haa gelak gelak. Saya geram dengan awak ni." Rayqal membuat muka geramnya padaku.

Comel. Detik hati aku.

"Sorry saya ingat awak suka dengar mak mak berbual." Senyuman aku lemparkan padanya.

"Oh please la. Muka saya ni ada nampak macam suka dengar mak mak berbual ke? Awak tau tak puas saya perah idea nak lari datang sini tau."  Adu Rayqal lagi buat aku kembali ketawa.

Tak perlu tanya pun alasan apa tang Rayqal bagi dah aku boleh bayang macam mana Rayqal perah idea cuba nak lari dari mama dan Datin Aina.

Aku pandang wajah tenang Rayqal dengan tangan aku tongkatkan untuk menampung kepala sambil mata tak berhenti dari merenung wajahnya sepanjang kami berbual.

Sepanjang kami berbual kadang kadang Rayqal juga membalas pandangan aku tetapi dia lagi banyak mengelak dari memandang wajahku.

Entah la walaupun baru pertama kali berjumpa dan tak sampai 3 jam duduk bersama tapi hati aku rasa sangat senang dan tenang berbual dengan Rayqal.

Hilang terus bayang bayang Hilman dan kata katanya yang menyayat hati aku tengahari tadi diganti pula dengan Rayqal yang menyenangkan hati di hadapan aku.

Rasanya seperti tak sia sia aku gagahkan diri balik ke rumah lepas keluar dari butik pengantin tadi dan ikutkan kehendak mama untuk berkenalan dengan Rayqal.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now