"Sejak bila entah kita halang laluan dia. Mentang-mentang dah masuk two years dengan Harraz." Walaupun perlahan, tapi Kamilia Hazel masih dengar Syifa mengomel.

Kamilia Hazel tersengih bersahaja. Omelan Syifa dan pandangan Syifa terhadap Tiara membuatkan Kamilia Hazel geli hati.

"Kau tengok tak instastory Tiara semalam?" soal Syifa merapatkan kedudukan dia dengan Kamilia Hazel.

Kamilia Hazel cuma balas dengan gelengan kepala. Dia mana follow akaun Instagram Ungku Harraz mahupun Tiara Alina.

"Kau tak tengok? Hmm... baguslah kau tak tengok. Tiara spam gambar and video dia dengan Harraz tepat pukul 12 malam tadi. Bercaption kan, 'Happy 2 years, my baby boo.' Apa benda do? Dia fikir aku nak tengok ke semua tu? Menyirap aje aku tengok perempuan tu." Syifa meluahkan perasaan tidak sukanya kepada Kamilia Hazel.

Dia terus memandang ke arah Tiara dan Ungku Harraz yang sedang bercanda di pasiran pantai. Kita bersama memadu asmara...

Tibe.

"Yang kau menyirap dah kenapa? Kau suka Harraz ke?" tanya Kamilia Hazel.

"No. Aku cuma... sakit hati bagi pihak kau. Itulah aku cakap tadi, nasib baik kau tak tengok. Kalau tidak, kau mesti sakit hati punya."

"Aik? Apa hal pulak aku nak sakit hati?" Kamilia Hazel pelik lagi.

Syifa ni yang bukan-bukan aje lah.

Syifa geleng kepala sebelum kembali menyambung ceritanya tadi.

"Lepas tu kan... Tiara dating dengan Harraz dekat Pavilion. Main ice skating. Aku nampak weh. Bukan main lagi diaorang berpegangan sana sini. Tak ada batas langsung," cerita Syifa menjeling Tiara dan Ungku Harraz yang sudah memulakan 'drama' mereka.

"Biarlah diaorang nak pegang-pegang ke nak buat apa sekalipun. Asalkan tak berkait dengan hidup aku, baguslah." Kamilia Hazel membaca buku dengan fokus.

Malas nak dengar nama Ungku Harraz sebenarnya. Gegendang telinganya rasa nak meletup.

"Tak cemburu ke?" tanya Syifa yang pelik-pelik. Dia curi tengok reaksi Kamilia Hazel.

"Kenapa nak cemburu?" Kamilia Hazel mengerutkan dahi. Kurang mengerti.

Demi Tuhan, dia langsung tidak cemburu.

Tak ada sebab untuk dia cemburukan pasangan bahagia itu. Malah, memang dia mendoakan mereka kekal sehingga ke jannah. Memang sesuai sangat dah Tiara dengan Ungku Harraz tu. Seorang gedik, seorang lagi poyo, berlagak, menyakitkan hati!

"Aku cuma terfikir, kalau sebenarnya korang ni bergaduh sebab korang ni dah jatuh suka antara satu sama lain. Entah-entah korang ada hubungan senyap-senyap tak? Hazel, jujur aje lah. Kau tahu kan, aku akan jaga rahsia antara kita. Lagipun, apa salahnya kalau korang betul bercinta sekalipun, kan?" Syifa cuba pancing.

Biasanya orang kuat bergaduh ni sebab dengan cara itu saja mereka boleh berkomunikasi. Sengaja tarik perhatian.

Kamilia Hazel naikkan mata memandang Tiara yang sedang bersembang mesra dengan musuhnya, Ungku Harraz. Dia tersengih lagi.

"Nak cari pasal dengan 'princess' Tiara? Nak aku bergaduh dengan dia sebab rampas boyfriend kesayangan dia tu? Lagi satu, teori kau tu tak betul langsung. Tak ada makna aku nak ada hubungan dengan mamat tu." Kamilia Hazel menjeling.

"Oh... habis tu kalau dengan Harraz boleh aje kau selamba cari pasal. Dah banyak kali keluar masuk bilik disipilin pun masih buat watlek watpis aje," perli Syifa.

Kamilia Hazel menjelirkan lidahnya kepada Syifa yang sudah bercekak pinggang. Tidak puas hati.

Hilang mood mahu terus membaca, Kamilia Hazel mengambil cermin mini di atas meja Syifa lalu dia melihat pantulan wajahnya di situ. Membetulkan rambut yang sedikit terjuntai.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now