"Assalamualaikum Tok ketua."

"Kenapa tu bang?" Makcik Aminah bertanya pelik.

"Entah la. Abang pergi tengok kejap. Korang sambung la makan dulu." Setelah membasuh tangan Pakcik Badrudin terus menaiki tangga untuk ke ruang tamu.

Entah tiba tiba hati aku terasa tidak enak. Seperti ada benda yang tak elok dah berlaku.

"Kenapa ni baby? I tengok you macam gelisah je ni." Hilman berbisik di telinga aku bila Makcik Aminah sudah bangun mengangkat pinggan untuk membasuh.

Aku tunduk memandang pinggan kembali. Malu bila Hilman panggil aku baby. Maklum la aku ni masih tak biasa lagi dengan panggilan dari Hilman tu.

"Nothing. I cuma rasa tak sedap hati la." Aku meluahkan isi hati yang terbuku di dalam hati. Kepala masih menunduk ke pinggan.

"Mainan perasaan you je tu baby. Dah dah makan cepat." Hilman cuba menyedapkan hati aku.

Mungkin juga cuma mainan perasaan aku je kut ni. Tak mungkin la ada sesuatu yang jadi.

Hampir 10 minit di dapur akhirnya habis juga lauk di dalam pinggan aku. Maklum la aku ni memang makan lambat daripada orang lain.

"Lambat benar Lysa makan eh?" Tegur Makcik Aminah yang dah kembali duduk di meja makan.

"Lysa memang jenis makan kunyah lambat mak." Aku berikan senyuman kecil.

"Hilman nanti banyakkan la bersabar dengan Lysa tau. Jangan pulak kamu marah dia kalau makan lambat."

"Ish tak ada la mak. Hilman janji tak akan marah Lysa." Kenyitan mata Hilman membuatkan muka aku panas lagi sekali.

Malas hendak melayan terus aku bangun dan berjalan ke arah singki untuk mencuci pinggan. Baru sahaja habis mencuci pinggan kedengaran pula suara Pakcik Badrudin memanggil aku.

"Lysa boleh naik atas kejap?" Pakcik Badrudin memanggil aku agak kuat dari ruang tamu.

Aku membalas pandangan mata dengan Hilman seketika sebelum aku laju kaki aku bawa pergi menuju ke arah ruang tamu.

Sebaik saja sampai di ruang tamu aku perhati ada dua lelaki sedang memandang ke arah aku. Tetapi cepat cepat aku larikan pandangan ke arah Pakcik Badrudin.

"Ada apa ayah?"

"Ni cuba Lysa tengok ni. Kawan kawan dari kolej Lysa ke ni?" Bulat terus mata aku memandang wajah Izham dan Hani yang sudah diikat dengan tali di dalam skrin telefon.

Hilman datang menghampiri kami dan melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Matanya turut memandang ke dalam skrin telefon. Macam aku juga matanya pun sedikit besar melihat gambar Izham dan Hani.

"Aah ni kawan kawan kami ni. Kenapa dengan dorang ni ayah?" Hilman menyampuk tanpa sempat aku menjawap.

Tak sempat Pakcik Badrudin hendak membuka mulut, salah seorang lelaki yang duduk di kiri kami bersuara dengan keras.

"Kami dapat tangkap dorang berdua tengah sedap bersetubuh dalam semak tadi." Makin membesar mata aku mendengar kata katanya. Terus aku beristighfar di dalam hati.

Tak sangka sanggup Izham dan Hani buat kerja terkutuk dekat tempat orang. Dalam semak pula tu. Menggeleng kepala aku dengan perangai Izham dan Hani.

Hati terasa begitu sakit bagai di siat siat dengan perkhabaran berita yang disampaikan. Kecewa teramat sangat dengan tingkah laku mereka berdua.

Mungkin hati aku ini akan lebih berkecai berderai jika aku tidak tahu yang mereka memang menjalinkan hubungan di belakang aku.

"Orang lain pergi masjid solat maghrib dorang berdua boleh sedap beromen dalam semak." Kali ini lelaki di sebelah kanan pula menyampuk.

Aku tundukkan kepala mendengar kata kata daripada mereka. Malu dengan apa yang Hani dan Izham dah buat. Seperti aku macam tak berguna sebagai ketua tak reti nak mengawal anak anak bawah aku.

Tergamaknya waktu waktu maghrib boleh buat kerja kerja macam tu. Kalau ye pun dah dirasuk syaitan dan nafsu tak takut dengan dosakah mereka berdua ni?

"Eh kau budak kau ketua rombongan kan?" Terkejut di herdik pantas kepala aku terangguk.

"Elok kami layan korang dekat sini terima sambut korang dengan baik. Boleh pulak korang buat taik dalam kampung kami. Dasar tak kenang budi." Makin tunduk aku mendengar herdikkan daripada mereka.

Menggigil badan aku kerana menahan air mata. Aku tahu aku salah. Aku tak jalankan tugas sebagai ketua dengan baik dan elok. Kalau la aku pantau aktiviti mereka semua mesti benda macam ni tak akan jadi.

Dapat aku rasa tangan Hilman mengusap bahu aku perlahan cuba menenangkan aku.

"Dah la tu Hamid, Wahab. Bukannya salah Lysa pun benda ni semua jadi. Kamu berdua tak payah la nak marah dia lebih lebih."

"Dia ni ketua tok. Mesti la kena salahkan dia. Kalau dia jalankan tugas tak ada la benda buruk ni jadi. Ni tak pasal pasal nama kampung kita buruk sebab orang bawah dia buat taik."

"Kami betul betul mintak maaf pakcik. Betul betul mintak maaf sebab dah burukkan nama kampung ni. Kami tak sangka benda benda macam ni boleh jadi." Seperti mengerti yang aku tidak dapat bersuara ketuka ini, Hilman terus menjawap dan meminta maaf bagi pihak aku.

"Kau siapa pulak? Aku nak ketua kau tu yang datang melutut mintak maaf."

"Apa yang bisingnya ni lagi? Dari bertekak dekat sini baik pergi Balai Raya sana tengok budak berdua yang kena tangkap tu dulu. Selesaikan benda tu dulu baru selesaikan benda lain." Makcik Aminah menegur dengan suara tegasnya.

Kekecohan sebentar tadi terus sunyi buat seketika kawasan ruang tamu dengan suara tegas Makcik Aminah.

"Dah jom semua pergi sana tengok. Lysa Hilman dah bangun jom pergi."

Sepajang dalam perjalanan ke Balai Raya, tangan Hilman tak pernah lepas menggengam tangan aku dan mengusap tapak tangan aku supaya aku lebih bertenang.

"Be strong baby. Ingat satu benda ni simpan kemas kemas dalam otak dan hati you, I akan sentiasa ada dekat dengan you baby." Hilman berbisik perlahan di telinga aku.

Aku lemparkan senyuman kecil buatnya. Hilman juga membalas senyuman aku.

Mata aku memandang Makcik Aminah dan Pakcik Badrudin di depan. Melihat mereka seperti terleka dengan hal masing masing pantas aku kucup tangan Hilman.

"Thank you." Bisikku.

🍂🍂

Hi sorry lama menghilang. ala sis lama menghilang korang bukan rindu pun entah entah dah lupa sis wujud lagi🤣

maybe lepasni sis tak akan update macam selalu pasal sis dah start kerja. kalau dah bekerja ni faham jela penat dia cemana lagi nak kena handle macam macam kerenah bos 😂

kerja sebagai secretary tak semudah macam dalam tv drama petang petang 😂hahaha kbye

ALYSA✔️Where stories live. Discover now