Izzat aku lihat sudah seperti nyawa nyawa ikan di kerjakan oleh Izham yang sedang menindih badannya.

Mata aku terus mencari cari kelibat Alysa. Nafas aku tarik sedikit lega apabila melihat Alysa terduduk di tanah tidak jauh daripada mereka.

Tapi kenapa Alysa menangis tu? Apa yang Izham dan Izzat dah buat dekat dia? Ah Hilman dari kau fikir Lysa apa kata kau leraikan Izham dengan Izzat ni dulu. Nanti tak pasal pasal mampus Izzat dekat sini kang.

"Woi Iz kau nak Izzat ni mampus ke apa?" Aku menolak Izham kasar menjauhi Izzat.

Aku pandang wajah Izzat yang sudah berlumuran dengan darah. Mata Izzat pun sudah mula terpejam.

"Biar dia mampus. Kau pun patut mampus sekali. Banyak perempuan lain apahal kau kacau tunang aku jugak?" Izham menarik kolar baju aku kasar. Aku dapat rasa nafasnya turun naik dengan kasar.

"She deserve better Izham. Kau tak layak untuk dia." Lembut aku membalas. Orang kalau tengah panas jangan kita balas dengan api juga. Sebaiknya kita balas dengan air.

"Kau siapa nak tentukan siapa layak untuk dia? Kau ni pun elok mampus macam Izzat ni la." Tangan Izham sudah hendak melayang ke mukaku tetapi ditahan.

"Dah la Iz. Jangan nak pukul Hilman pulak. Tak cukup lagi ke pukul Izzat ni?" Alysa bersuara dengan tegas. Matanya aku lihat tajam memandang ke wajah Izham.

"Kau nak backup jantan ni pulak ke? Kau memang silap la Lysa. Lagi kau backup dia lagi aku akan kerjakan dia cukup cukup. Kau tepi." Tak sempat nak menghalang Izham terus menolak Alysa sehingga jatuh terduduk.

Aku yang tidak dapat tahan melihat Alysa di layan sebegini kasar lagi terus menolak Izham kuat hingga terbaring.

Bagai kena rasuk aku terus menghempap badan Izham dan aku terus layangkan penumbuk dengan kuat.

"Aku dah lama hilang sabar dengan kau ni." Bertubi tubi penumbuk aku melayang di muka Izham.

Mengingat kembali apa yang Izham dah buat pada Alysa membuatkan aku menumbuk muka Izham semakin kuat hingga darah memancut keluar.

"Hilman stop it please. I tak nak tengok you macam ni." Alysa cuba menarik tanganku. Tetapi aku menolak perlahan.

"Jantan macam ni patut kena ajar. Biar I ajar dia cukup cukup." Aku menjerkah Alysa sebelum kembali menumbuk Izham. Setiap kali Izham cuba melawan aku tepis tangannya kuat.

"Hilman stop it!! I tak suka you macam ni." Terasa tangan Alysa menarik narik tanganku.

"I tak suka you gaduh macam ni. Please Hilman stop it." Alysa aku tengok sudah menangis teresak esak di tepi aku membuatkan aku tersedar.

"Lysa I.." Tak sempat aku menghabiskan ayat Alysa memotong.

"Just stop it already Hilman." Alysa merenung ke dalam mataku dengan pandangan merayu.

Aku mengeluh sebentar sebelum bangun dari menghempap Izham yang sudah lemah hasil tumbukkan padu aku sebentar tadi.

"Okay I stop." Aku membalas. Aku tarik Alysa bangun dari terduduk di atas tanah.

"You okay tak ni sayang?" Tangan aku laju mengurai rambut Alysa ke belakang. Wajahnya yang penuh air mata aku lap menggunakan tangan aku.

Kesian kesayangan aku Alysa terpaksa bazirkan air mata untuk jantan tak guna macam Izham.

"I tak okay." Perlahan Alysa membalas.

"I'm sorry Lysa. Patut I ikut you sekali tadi. I tak patut tinggalkan you pergi sorang. I mintak.." Tak habis lagi aku hendak bercakap terasa kepala aku tersangat sakit.

"Hilman!!" Kedengaran suara Alysa menjerit.

"Aduh." Aku mengadu sakit sebelum jatuh ke tanah. Mata aku pejam kerana tidak tahan dengan kesakitan yang terlampau sakit.

"Hilman please jangan tinggalkan I. I sayang you Hilman. Please bukak mata you. Bertahan demi I please Hilman." Terasa badan aku di peluk oleh Alysa. Pipi aku juga terasa basah dengan air mata Alysa.

"I I I I'm sssoorrryy Lyysaa." Terketar ketar aku membalas.

"Kau tepi la betina. Biar aku kerjakan jantan ni sampai mampus." Makin berkerut dahi aku menahan sakit apabila belakang kepala aku terhentak di tanah daripada pangkuan Alysa.

"Iz dah gila ke apa?" Alysa aku dengar menjerit kuat.

"Biar mampus jantan tak guna ni." Izham ikut menjerit juga.

"Izham awak dah gila ke apa ni?" Kali ini aku dengar suara kak Helena menjerit.

"Hilman!! Ya allah adik kakak." Aku terasa badan aku di tarik tarik tetapi aku tidak mampu bertahan mata aku terus terpejam rapat.

ALYSA✔️Where stories live. Discover now