Bab 43

433 11 1
                                    

SATU per satu baju dan kain batik diletakkan ke dalam beg pakaian. Dilipat kecil-kecil agar semuanya muat. Tidaklah dia perlu membawa banyak beg ke hospital.

Qaseh mengeluarkan selawat dengan perlahan. Mahu memberitahu jiwanya untuk kekal bertenang. Mengingati bahawa Allah SWT sentiasa ada di sisi hamba-Nya.

Tuhan tak pernah meninggalkan hamba-Nya walaupun sebesar mana hamba-Nya pernah melakukan kesilapan. Dengan syarat, kembalilah kepada Dia.

Letakkan dahi di atas sejadah. Ungkapan segala dosa-dosa yang pernah dilakukan. Meminta keampunan dari Tuhan yang Maha Esa. Bertaubatlah.

Tuhan sangat cemburu bilamana hamba-Nya terlalu mencintai dunia.

Tangan berhenti daripada melipat. Segenap ruang biliknya diperhatikan. Dia dan Affan sedang berada di rumah umi. Dan sekejap lagi Qaseh akan bertolak ke hospital.

Dia terpaksa ke sana kerana perlu dipantau oleh doktor. Tekanan darahnya sangat tinggi. Doktor bimbang andai berlaku sesuatu yang boleh membahayakan nyawa si ibu dan anak.

Doktor berkata perkara yang sama ketika Qaseh pengsan di dalam tandas tempoh hari. Namun tidak setinggi seperti sekarang.

Mungkin Qaseh akan dipantau sehingga dia selesai bersalin. Sama ada secara pembedahan ataupun normal. Semuanya tergantung kepada kondisi Qaseh dan bayi.

"Ya Allah, aku tidak tahu apa perancangan-Mu kelak. Tapi aku mohon, kuatkan aku untuk menjalani perancangan-Mu itu," ucap Qaseh dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.

Di dalam fikirannya, sudah terbayang segala kemungkinan yang akan berlaku. Dada bagaikan dihempap sesuatu yang berat sehingga menyukarkan dia mahu bernafas.

Bunyi pintu yang dibuka dari luar, menyedarkan Qaseh. Segera air mata yang entah bila hadir itu, diseka.

"Qaseh dah habis mengemas? Nak umi bantu?"

Muncul figura Puan Khadijah di sebalik pintu. Kaki merapati sang anak yang duduk di birai katil.

"Tinggal sikit je lagi ni, umi. Affan dah balik?"

"Affan belum balik lagi. Mungkin adalah tu dia nak selesaikan dekat pejabat."

Qaseh balas bicara itu dengan anggukan. Dia kembali mengemaskan pakaiannya.

Suasana di antara mereka menjadi hening. Puan Khadijah mengesan ada sesuatu di wajah wanita itu. Anaknya menangis?

"Qaseh, kenapa menangis? Ada sakit dekat mana-mana tak? Beritahu umi," kata Puan Khadijah. Lengan Qaseh diusap lembut. Tipulah kalau dia tidak melihat riak sedih yang terbias pada wajah itu.

Hati dicuit rasa bimbang. Sudahlah tak ada sesiapa di rumah ini. Buatnya Qaseh mahu melahirkan anak, haru dia nanti. Hanya mereka berdua di dalam rumah.

Senyuman ringkas diberikan. Kepala digerakkan ke kiri dan kanan dengan perlahan. Memberi maksud bahawa Qaseh tidak apa-apa.

Qaseh cuba bernafas seperti biasa. Sedaya upaya dia mengawal emosinya. Tidak mahu menangis di hadapan sang umi.

"Qaseh takut Qaseh tak dapat balik lagi ke dalam bilik ni. Qaseh..." Bibir diketap rapat.

Qaseh juga seorang manusia. Yang punya perasaan bimbang dan ketakutan. Yang tak terhindar daripada melakukan dosa.

Bimbang andai dia pergi, amalan apa saja yang dia ada? Sumpah, kebimbangan itu mulai menggigit jiwa dan sanubarinya.

"Insya-Allah, Qaseh akan balik ke dalam bilik ini lagi. Ingat tak, arwah abah buat bilik ni khas untuk puteri dia. Ini bilik untuk puterinya beradu. Bilik ini tak boleh ditinggalkan oleh puteri itu."

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGDonde viven las historias. Descúbrelo ahora