Bab 30

124 5 0
                                    

MATA dipejam dengan erat. Mulut pula sudah tercungap-cungap mencari nafas. Turun naik dadanya berombak.

"Qaseh..."

Panggilan itu tidak membuatkan Qaseh terus membuka mata. Tangan berpaut pada tubuh sang suami. Qaseh bimbang kalau terlepas, pasti tubuhnya akan tenggelam.

Sudahlah dia tak pandai berenang!

Affan memeluk kejap pinggang wanita itu. Dia pula yang baik risau melihat keadaan Qaseh.

Argh, kalau dia tahu Qaseh akan jadi seperti itu, Affan takkan tarik!

Bodohlah kau, Affan. Hati mencarut perlahan. Dadanya juga berombak ganas.

Qaseh rehatkan dagu pada bahagian bahu Affan. Cuba untuk tenangkan diri daripada menangis.

Sungguh dia takut tadi. Bagaimana kalau Affan tak sempat hendak memaut tubuhnya? Mesti dia sudah tenggelam ke bawah.

Air liur ditelan perlahan-lahan. Affan alihkan mata saat menyedari lekuk badan sang isteri pada tubuhnya. Dia cuba bernafas seperti biasa.

"Qaseh..." ujar Affan dengan nada yang lembut. Tangan kanan naik mengusap rambut Qaseh manakala tangan kiri pula memegang pinggang wanita itu.

Tak semena-mena, kedengaran bunyi esakan yang perlahan. Buatkan Affan terkesima buat seketika.

Hati dihempas dengan seribu sesalan. Bibir diketap rapat.

"Saya minta maaf Qaseh. Saya..."

"Qa-seh takut. Qaseh tak pandai berenang," kata wanita itu seraya mengetatkan pegangan pada bahu Affan. Mata masih setia tertutup.

Itu kali pertama Qaseh dibuat sebegitu. Namun tidak pula dia menyalahkan Affan. Dia tahu niat lelaki itu hanya ingin bermesra dengannya.

Bibir menggigil kecil. Sejuk bayu malam yang menghempas pada tubuh yang sudah basah itu.

"I will always be there for you, Qaseh. Saya takkan biar awak lemas. Dan saya takkan tinggalkan awak."

Mendalam ucapan Affan itu. Tanpa sedar dia mendakap tubuh sang isteri dengan erat. Tak ada niat untuk meleraikan dakapan tersebut.

Bahu Qaseh yang ditutupi oleh baju, Affan kucup berkali-kali. Mahu memberitahu Qaseh bahawa dia akan selalu ada. Insya-Allah.

Esakannya mulai surut. Sedikit terpanah dengan kata-kata lelaki itu. Nafas ditarik dalam.

Tiba-tiba Affan tertawa. Kawasan kolam renang itu dipenuhi dengan tawa Affan yang riang.

Qaseh tidak mahu memandang sang suami. Dia malu lagi-lagi apabila keadaan mereka yang seperti itu. Mereka... berpelukan.

Mata jatuh merenung air kolam tersebut.

Untuk apa malu jika sekadar berpelukan, Qaseh? Lebih daripada itu, kamu berdua sudah lakukan.

Bibir bawah digigit. Pantas menghantar rasa hangat ke pipinya. Qaseh tersedar saat mendengar bicara Affan.

"Saya tak tahu apa yang dah jadi dekat saya, Qaseh..."

Masih tidak hilang ketawa Affan. Seakan ada sesuatu yang mencuit hatinya. Bibir mengulum senyuman lebar.

"Saya jadi semakin nakkan Qaseh. Lebih dan lebih lagi. Entah apalah yang Qaseh dah buat pada diri ini." Seraya berkata, seraya itu juga Affan bawa tangan isterinya ke dada sendiri.

Kepala digeleng-gelengkan. Dia sudah benar-benar gila. Sesiapa tolong jangan hantar dia ke rumah sakit jiwa. Tolong biarkan dia bersama dengan Qaseh untuk selamanya.

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGWhere stories live. Discover now