Bab 26

132 4 0
                                    

PERLAHAN-LAHAN mata dibuka. Puas mengenal pasti, barulah Qaseh betulkan tubuhnya. Mereka sudah tiba di kampung. Inilah hal yang Affan ingin katakan semalam.

Selepas saja bersarapan, lelaki itu memberitahu mereka yang dia sudah mengambil cuti untuk pulang ke kampung atuk. Semua orang terkejut. Tak terkecuali Qaseh sendiri. Tak tahu kenapa suaminya ingin pergi ke kampung Haji Yasir.

Mereka hanya membawa satu beg bagasi saja dan berkongsi beg tersebut. Kata Affan, mungkin mereka hanya menetap di situ selama lima hari.

"Kita dah sampai," ucap Affan lalu membuka seatbelt. Tubuh diregangkan. Penat apabila memandu selama dua jam.

Kepala menoleh ke tepi. Bibir mengulas senyuman lebar. Membalas senyuman sang isteri.

Tak lama setelah itu, mereka keluar dari perut kereta. Tenang suasana di situ.

Affan pejamkan mata. Udara kampung menyapa pipinya. Sekarang sudah pukul empat setengah petang. Mereka ada singgah di masjid tadi sebelum menyambung semula perjalanan.

"Hah dah sampai pun kamu berdua."

Tubuh berpusing seraya mata terbuka. Kelihatan Haji Yasir bersama seorang wanita yang lanjut usia sedang mendekati mereka. Mungkin wanita itu isteri atuknya.

"Assalamualaikum, atuk," ucap Affan dengan menyalam tangan yang sudah berkedut itu.

Sebelum bergerak tadi, dia sudah menghubungi lelaki itu yang mereka suami isteri ingin pulang ke kampung.

Qaseh berpelukan dengan Hajah Rodziah. Sudah lama tidak bertemu dengan nenek tirinya itu. Isteri pertama Haji Yasir sudah meninggal ketika berumur 50 tahun.

"Qaseh sihat? Maaflah nenek tak dapat datang ke majlis nikah Qaseh," bicara Hajah Rodziah dengan wajah serba salah. Dia tidak pernah membezakan cucu kandung dengan cucu tiri.

Baginya, semua cucu sama saja. Tetap untuk disayangi.

Qaseh tersenyum mendengar itu. Dia faham kenapa Hajah Rodziah tidak dapat datang. Atuknya sudah beritahu.

"Alhamdulillah, Qaseh sihat je. Tak apa, Qaseh faham nenek tak dapat datang. Ni, umi kirim salam."

Tangan Hajah Rodziah digenggam erat. Sudah lama dia tidak bertemu dengan wanita itu. Sibuk memanjang di kampung. Sibuk dengan ternakannya.

"Waalaikumussalam. Eh, jomlah kita masuk. Banyak nenek masak lauk tau. Pucuk ubi masak lemak pun ada. Qaseh makan, kan."

Bersinar-sinar wajah Qaseh mendengar itu. Pucuk ubi masak lemak? Ya Allah, makanan kegemaran dia.

Laju kepala dijatuhkan. Dia pun sudah lapar. Baru saja kaki hendak melangkah, Qaseh perasan Affan mengeluarkan beg bagasi mereka.

"Qaseh pergi tolong Affan dulu ya, nek." Perlahan-lahan genggaman itu dirungkaikan. Kaki menuju ke arah sang suami.

Terbirat senyuman lebar di bibir Qaseh. Tak tahu kenapa dia gembira semacam.

"Nak Qaseh bantu?"

Affan yang menurunkan penutup bonet keretanya, terkejut. Dia ingatkan Qaseh sudah naik ke dalam rumah bersama Hajah Rodziah.

Tersengih Qaseh melihat reaksi lelaki itu. Hati terhibur dengan wajah terkejut Affan.

"Ya Allah, Qaseh. Terkejut saya. Ingatkan Qaseh dah naik tadi," bicara Affan dengan mengusap dada. Bertuah punya isteri. Fikirnya siapalah perempuan yang tegur dia.

"Maaf buat awak terkejut. Nak Qaseh bantu?" Dia kembali ke tujuannya mendekati encik suami. Tak banyak pun barang mereka.

Beg bagasi mereka dan beberapa buah tangan untuk atuk dan nenek. Mereka sempat singgah di mall untuk membeli buah tangan itu. Rasa tak elok pula pulang ke kampung dengan tangan kosong.

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGWhere stories live. Discover now