Bab 24

146 5 0
                                    

Ting!

PINTU lif akhirnya terbuka. Affan dan Qaseh keluar dari lif itu sebelum menuju ke ruangan lobby.

Dari kejauhan, mereka dapat melihat figura Helena dan Puan Amena yang sedang bersarapan. Affan mengukirkan senyuman lebar. Matanya melirik ke arah Ayla yang memegang tangan dia dan Qaseh.

Tersengih-sengih kanak-kanak itu. Entah yang merasuk anak saudaranya itu.

"Good morning guys. Ayden mana? Tak turun lagi?" Seraya menyoal, seraya itu juga Affan menarik kerusi untuk sang isteri. Ayla pula duduk di atas riba gadis itu.

Manja sangat dengan Qaseh. Dan Qaseh suka melayan Ayla.

"Good morning. Ayden dah pergi pejabat. Ada hal urgent sikit."

Berkerut dahi Affan mendengar bicara Helena. Dengan segera dia memeriksa telefon. Ingin melihat jika ada panggilan atau mesej penting daripada lelaki itu.

"Tak ada pun dia beritahu Affan. Dah lama ke dia gerak?"

"Dia tak nak Affan ikutlah tu. Mungkin hal urgent yang Ayden boleh selesai dengan sendiri." Puan Amena tolong jawabkan. Bibir memahatkan senyuman lebar kepada pasangan baru bernikah itu.

Tak semena-mena, senyumannya sirna menatap si cucu yang berada di pangkuan Qaseh.

"Eh, Ayla tidur dengan kamu berdua ke semalam?" Penuh kerutan di dahi yang dimamah usia itu.

Ayla pantas mengangkat kepala apabila mendengar namanya seperti diseru. Mulut yang penuh dengan waffle, ditelan segera.

"Haah, Ayla tidur dengan papa dan mama. Seronok tau nenek," kata Ayla sebelum diakhiri dengan ketawa halus. Ketawa malu-malu katakan. Sebelum ketawanya menjadi reda. Wajah bertukar suram.

Pergerakan Helena yang hendak menyuapkan nasi ke dalam mulut, terhenti. Dia memandang anaknya itu. Dia dapat sesuatu yang tidak kena.

"Kenapa mummy dengan daddy tak tidur sama-sama macam papa dengan mama?"

Soalan kanak-kanak itu menjerut leher Helena. Bukan saja Helena, tetapi yang lain juga. Kening Qaseh hampir bertaut tatkala melihat reaksi yang lain.

Tak semena-mena Affan mengusap rambut anak saudaranya. Bibir tersungging tipis. Dia faham kenapa Ayla berkata seperti itu. Nafas ditarik perlahan.

"Keluarga Qaseh dah balik kampung ke?"

Soalan Puan Ameena menghentikan topik Ayla itu. Kanak-kanak itu terus membuat muka cemberut kerana soalannya tadi diabaikan.

Qaseh pantas menatap sang mak mentua. Dia tersenyum. "Tak lagi mama. Rasanya selepas waktu zohor nanti mereka bertolak."

"Eh, kenapa Affan tak ajak mereka sarapan sekali dengan kita?"

"Mereka dah balik rumah umi. Selepas subuh tadi kalau Affan tak silap."

Setelah menjawab itu, Affan menghirup secawan kopi yang panas. Tatkala itu pandangannya terarah kepada Qaseh. Sopan betul gadis itu makan. Penuh keayuan.

Dalam masa yang sama, Qaseh merasakan diri direnung. Merasa tidak selesa, dia mengangkat kepala. Dan-dan...

Ting!

"Uhuk! Uhuk!"

Qaseh tersedak. Terasa nasi lemak yang dimakan, kini tersekat di bahagian kerongkong. Mata pantas mencari air.

Tak semena-mena, ada tangan yang menghulurkan gelas. Qaseh mengambil gelas itu.

"Ya Allah, Qaseh okey? Kenapa tiba-tiba tersedak ni?" Risau Puan Amena melihat menantunya itu. Tiba-tiba saja tersedak. Wajah pun sudah berubah merah padma.

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGWhere stories live. Discover now