Bab 3

205 9 0
                                    

Sebulan kemudian...

DARI dalam rumah lagi, Qaseh boleh nampak kereta Affan berwarna hitam. Sedang menunggu dia.

“Umi, Qaseh pergi dulu,” ucap Qaseh sebelum menyalam tangan Puan Khadijah. Sempat dikucup pipi wanita itu.

“Hati-hati. Jangan balik lewat malam.”

Kepala dijatuhkan berkali-kali. Langkah dibawa ke pintu. Qaseh menyarungkan kakinya ke dalam kasut.

Senyuman ditayangkan apabila melihat Affan yang bersandar pada kereta. Tangan lelaki itu naik memeluk tubuh. Tak lupa kaca mata yang bertenggek di batang hidung.

“Assalamualaikum, dah lama sampai?” sapa Qaseh. Tiba-tiba dia rasa nak masuk dalam rumah semula. Jantungnya berdetak laju.

Senyuman gadis itu dibalas. Tubuh ditegakkan membuatkan ketinggian Qaseh hanya paras dadanya.

“Waalaikumussalam, tak lama pun. Dalam lima minit macam tu.”

Kepala dianggukkan. Selepas itu, Affan membuka pintu untuknya. Qaseh segera masuk. Dia nak sorokkan wajah merahnya daripada ditatap oleh lelaki itu.

Seatbelt dipasang. Mata menoleh ke tepi apabila lelaki itu sudah masuk ke tempat duduk pemandu.

“Oh ya, sebelum kita nak pergi gelanggang futsal, kita singgah klinik veterinar kejap. Boleh?” Dengan nada lembut Affan menyoal.

“Boleh je. Erm, awak nak buat apa dekat sana?”

Pertanyaan Qaseh dijawab dengan memalingkan kepala ke belakang. Affan tersenyum melihat sangkar kucing yang berada di tempat duduk penumpang.

Qaseh turut melayang pandangan ke arah yang sama. Bibir melorek senyuman lebar. Ada kucinglah.

“Wah, comelnya. Awak punya kucing ke?”

Mata tetap tertuju ke arah kucing berwarna kelabu itu. Mata yang bulat. Ergh, Qaseh geram nak peluk si bulus itu.

“Haah.”

“Apa nama dia?”

Qaseh alihkan mata ke arah Affan. Dan lelaki itu juga turut memandangnya. Mata mereka bertemu buat seketika.

Senyuman lebar tadi tiba-tiba menjadi sirna. Mata Qaseh menatap anak mata lelaki itu. Warna hazel. Ya Allah, cantiknya mata dia.

Seakan tersedar dengan kedudukan mereka saat ini, Qaseh laju membetulkan tubuhnya. Duduk dengan tegak dan melihat ke hadapan.

Nafasnya menjadi tidak selari manakala pipi berona merah. Kaki pula menggigil perlahan. Apa dah jadi dengan Qaseh Awliya ni? Qaseh jadi tak tentu arah.

Affan pula jelas terkedu. Gila! Dia tak jaga mata dia daripada melihat anak dara orang. Sudahlah mereka masih di hadapan rumah Puan Khadijah. Dia berdeham perlahan.

“Comel.”

Mendengar perkataan yang keluar dari mulut Affan, buatkan mata Qaseh terbuka luas. Kalau tadi dirinya tak okey, sekarang pula rasa nak pengsan pun ada. Affan kata dia comel atau...

“Eh maksud saya, kucing ni nama dia Comel. Hah, Comel.”

Affan rasa nak tampar mulut sendiri. Argh, harapnya gadis itu tak salah faham. Tapi dia akui bahawa gadis itu comel. Ya, comel sangat.

Tubuh dipusingkan menghadap cermin kereta. Perlahan-lahan kepala digerakkan ke bawah dan atas. Bibir Qaseh tersungging senyuman lebar.

Gear kereta ditarik lalu memulakan perjalanan mereka. Qaseh dengan malunya manakala Affan dengan hatinya berdebar-debar. Sehinggakan tak ada perbualan di antara mereka sepanjang perjalanan itu.

Akhirnya, mereka tiba di klinik veterinar yang bertulis Mr Chong Clinic itu. Kereta diletakkan di bahagian depan klinik. Affan membuka seatbelt yang melilit tubuh.

Pandang ke sisi, Affan garu kepala. Alahai, malu pula datang menjelma.

“Nak ikut saya tak masuk dalam? Ke nak tunggu dalam kereta je?”

Qaseh yang melihat kawasan klinik itu terus memusingkan tubuh. Sedang berfikir untuk jawapan itu. Kalau dia duduk dalam kereta, rasa panas pula. Tapi kalau dia ikut, tak ganggu ke?

“Tak ganggu awak ke kalau saya ikut dengan awak?”

Kepala digelengkan berserta senyuman. Aik, hari ni memang hari senyum sedunia ke? Pipi pun dah rasa kebas.

“Jom,” kata Affan lalu membuka pintu. Qaseh juga ikut sama. Keluar dari kereta sebelum mata dipicingkan. Sinaran matahari pada petang itu memasuki ruangan mata.

Kaki dibawa melangkah masuk ke dalam klinik. Hanya empat orang di dalam klinik itu termasuk seorang petugas.

“Hai Affan, lama tak nampak awak. Nak hantar Comel ke?” tegur petugas perempuan yang sedang berdiri di meja kaunter. Bibir gadis itu terukir senyuman lebar.

Sejujurnya, Qaseh rasa tak okey melihat senyuman itu. Sudah empat kali mereka keluar dalam sebulan yang lalu, tak pernah pun ada perempuan lain yang menegur Affan.

Pandangan dialihkan ke tempat lain. Qaseh rasa hatinya tak okey. Dia dan Affan bukannya ada apa-apa hubungan. Kenapa dia perlu rasa perasaan seperti itu? Rasa takut untuk kehilangan.

Argh, Qaseh rasa nak hantuk kepala dekat dinding. Nak hilangkan rasa yang satu itu.

“Haah, tapi saya tinggal dia dekat sini dulu. Esok baru saya datang ambil. Boleh?”

Selalu Affan hanya tinggalkan Comel di klinik itu untuk sehari saja. Itu pun kalau dia ada mesyuarat di luar. Puan Amena bukannya selalu berada di rumah. Pembantu rumah pula tak ada.

Sangkar kucing diletakkan ke atas meja kaunter. Affan membalas senyuman itu.

“Eh, apa pula yang tak boleh. Untuk Arden Affan, semuanya boleh.”

Qaseh bukan nak kutuk dalam hati. Tapi dia rasa perempuan itu over sangat. Melentik sana, sini. Malahan, siap menggulungkan rambut dengan jari telunjuk.

“Okeylah kalau macam tu. Saya minta diri dulu tau. If anything happens to Comel, just let me know. Okay?”

Bicara Affan dibalas dengan anggukkan. Tangan perempuan itu sudah sedia ingin memindahkan sangkar kucing ke tempat khas.

Affan dan Qaseh berjalan keluar dari klinik tersebut. Masuk ke dalam kereta, baru Affan perasan riak wajah Qaseh. Nampak macam muram sedikit.

Are you okay, Qaseh?

Qaseh yang membuang pandangan ke luar kereta, segera menoleh. Kening dijongketkan. Dia tak berapa dengar dengan pertanyaan lelaki itu.

Kereta dipandu menuju ke gelanggang futsal.

“Awak okey?” soal Affan sekali lagi. Entah apa yang gadis itu fikiran sehingga memandang ke luar kereta. Dia yang duduk dekat sebelah ini, tak menarik ke untuk dipandang?

Laju kepala dianggukkan. Nampak sangat ke yang dia tak okey sekarang? Qaseh mula tak selesa dengan diri sendiri.

Kepala Affan ikut mengangguk juga. Tak apalah kalau tak apa-apa. Mungkin adalah hal yang gadis itu sedang fikirkan.

Perjalanan itu hanya ditemani dengan bunyi celoteh dari radio petang itu. Menyiarkan lagu-lagu yang sedang melonjak naik sekarang ini.

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGWhere stories live. Discover now