Bab 22

126 5 1
                                    

"AKU terima nikahnya Qaseh Awliya binti Sufian dengan mas kahwin tersebut, tunai."

Bicara yang kedengaran pada 10 minit yang lalu, masih tidak pudar dalam ingatan. Tangan berketar perlahan. Kepala tak rasa sakit walhal sejak dari tadi Qaseh menunduk.

Sebab malu. Malu nak tengok semua orang terutamanya Affan. Qaseh rasa nak menyorok di belakang pelamin.

Kepala mendongak saat tangannya ditepuk lembut. Bibir melorek tanda membalas senyuman wanita itu.

"Tahniah, anak umi ni dah jadi isteri orang dah. Umi nak pesan sikit ni."

Puan Khadijah mengusap tangan si anak. Haihlah hati, cuba kuat sikit. Jangan asyik nak menangis saja kerjanya. Dia marah pada hati sendiri.

"Sekarang, Qaseh di bawah tanggungjawab Affan. Bukan umi lagi. Umi nak Qaseh layan suami tu elok-elok. Kalau ada yang tak puas hati, ajak berbincang. Jangan pendam, ya sayang. Umi kenal anak umi ni macam mana. Kalau hati dia sakit, dia takkan beritahu. Betul tak?" soal Puan Khadijah lalu mencuit hidung Qaseh. Dia tertawa kecil.

Faham sangat dengan perangai Qaseh yang satu itu. Suka berahsia. Kata gadis itu, dia tidak suka sakitkan hati sesiapa. Kalau boleh, biarlah hati dia yang menanggung keperitan itu.

Sampai sekarang Puan Khadijah tidak tahu bagaimana hendak membetulkan sikap yang satu itu. Dia bimbang dengan sikap Qaseh seperti itu akan membuatkan anaknya menderita. Puan Khadijah tidak mahu begitu.

Kepala dijatuhkan. Nafas dihembuskan panjang.

"Terima kasih, umi. Jagakan Qaseh dari kecil sampai dah kahwin ni. Umi doakan perkahwinan Qaseh dan Affan ni berkekalan sampai syurga, ya. Qaseh sayang umi sangat-sangat. Umi janji ya selalu ada dengan Qaseh." Bagaikan kanak-kanak yang meminta orang tuanya untuk berjanji. Tangan tua milik Puan Khadijah diusap sayang.

Tidak sempat Puan Khadijah nak balas, dari kejauhan dia sudah nampak figura Affan yang masuk ke dalam ruangan dewan. Nampaknya lelaki itu baru saja habis menunaikan solat sunat.

"Umi pergi dulu ya. Selamat pengantin baru."

Mata Qaseh hanya mampu menyoroti tubuh uminya. Entah kenapa tiba-tiba mata dia berkaca-kaca. Pandangan dialihkan ke arah lain.

Bila pandang tempat lain, Qaseh rasa sesak nafas. Mana taknya bila imej Affan sudah mula memenuhi ruangan kornea.

Argh, apa jampi lelaki itu gunakan?

Affan yang sedang melangkah itu, perlahan-lahan melebarkan senyuman. Gila, debaran di dada semakin menggila. Lebih gila daripada dia bermain bola. Lebih gila daripada dia bertemu klien yang kaya-raya. Lebih gila daripada dia bertemu dengan Qaseh buat kali pertama.

Ya Allah, beginikah rasa cinta yang berlandaskan fitrah-Mu? Hati yang terkurung dengan rasa cinta?

Tak sudah-sudah Affan mendengar usikan-usikan ahli keluarganya dari pintu dewan sehinggalah tiba ke pelamin. Lutut dah rasa bergetar dengan nada-nada cinta.

"Assalamualaikum..." Seraya memberi salam, seraya itu mata Affan menatap ke hadapan. Sang isteri yang baru dinikahi itu hanya dipandang melalui hujung mata.

Macam mana nak pandang, kalau cik adik yang dekat sebelah ini sudah menundukkan kepala. Sudah seperti mahu mengira habuk-habuk yang melekat di lantai. Tapi Affan faham dengan perasaan malu Qaseh.

"Nah, sarungkan cincin ni dekat tangan suami Qaseh."

Qaseh mencapai cincin dari kotak baldu yang mak ngah dia bawakan. Pandang wanita itu, sebelum Qaseh bergerak menghadap encik suami. Tangan lelaki itu menjadi sasaran. Tidak berani untuk mengangkat muka. Sebab malu.

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGWhere stories live. Discover now