BAB 13

123 5 0
                                    

TANGAN Ayla dipimpin oleh Affan untuk menuruni tangga. Hari ini mereka akan keluar jalan-jalan memandangkan Ayden ke luar negeri.

“Wah! Cucu nenek nak pergi mana ni? Cantiknya dia,” ujar Pua Amena sebelum meluruh ke arah si cucu. Satu-satunya cucu yang dia ada.

“Hehehe, Ayla nak jumpa mummy! Ayla rindu mummy sangat-sangat!” bicara Ayla dengan gembira. Bersinar-sinar matanya kerana ingin berjumpa dengan sang ibu.

Affan sekadar tertawa melihat anak saudaranya itu. Bila dah lama sangat tak keluar rumah, begitulah jadinya.

“Ni Affan nak hantar pergi kondo Helena ke atau...”

“Affan nak ajak dia orang keluar jalan-jalan. Dah lama Affan tak keluar dengan dia orang.”

Terangguk-angguk Puan Amena. Baguslah kalau Affan bawa sekali kakak iparnya, tak adalah wanita itu terperap saja di dalam kondominium.

Mereka beriringan menuju ke muka pintu. Affan mencapai kasutnya dan kasut Ayla. Disarungkan ke kaki kanak-kanak itu.

“Affan, mama dah jarang nampak kamu keluar. Maksud mama, keluar selain pergi pejabat. Macam keluar dengan Qaseh.”

Terhenti pergerakan tangan Affan. Nafas dihela keluar. Dia tegakkan tubuh lalu mamanya dipandang.

“Kami dah lama tak jumpa. Lagipun Affan hilang nombor telefon Qaseh. Nombor Qaseh ada dekat dalam telefon Affan yang hilang tu," balas Affan. Dia tak ada nombor gadis itu lagi.

Argh, Affan. Masa kau ada nombor telefon dia pun, kau tak ada call dia. Entah-entah Qaseh ada call kau.’

Puan Amena pandang anaknya dengan gelengan.

“Kenapa tak minta dari mama? Kasihan Qaseh tertunggu-tunggu kalau Affan ada mesej dengan dia ke tak. Affan tak suka dia ke?”

“Affan suka dia, mama.”

“Dah tu?”

Kepala ditundukkan. Macam mana nak cakap eh? Belakang leher digaru.

“Affan ingat pesan mama ni. Jangan buat anak orang macam tu. Kalau suka, buat sesuatu. Kalau tak suka, jangan bagi harapan pada dia. Faham tak?”

“Faham, mama,” jawab Affan dengan tidak memandang Puan Amena. Ada sebab kenapa dia tidak berjumpa dengan Qaseh. Dan sebab itu, biarlah dia sendiri yang tahu.

Affan nampak perubahan pada diri dia setelah beberapa kali bertemu dengan gadis itu. Argh, siapa saja yang tidak tertarik? Bahkan Taufiq juga sukakan gadis itu sehingga mengirim satu mesej kepada dia.

-Kalau kau dah tak sukakan dia, pass dekat aku *emoji devil

Itu yang membuatkan Affan marah sehingga tidak lagi bertemu dengan Qaseh selepas dia menumbuk Taufiq di gelanggang futsal itu.

Dia bodohkan? Ya, dia memang bodoh. Bukan setakat itu, dia juga pengecut kerana tidak mahu bertemu dengan Qaseh lagi.

“Eh termenung lagi. Pergilah cepat. Lama pula kakak ipar kamu menunggu,” kata Puan Amena dengan menepuk bahu anaknya. Boleh pula termenung.

Kepala dijatuhkan. Affan pamit sambil menarik tangan Ayla menuju ke kereta miliknya.

Nantilah dia fikirkan dengan lebih mendalam tentang hubungannya dan Qaseh.

Setengah jam kemudian, Affan dan Ayla serta Helena tiba di mall. Mereka memasuki beberapa kedai mainan.

“Papa, Ayla nak makan eskrim, boleh?”

Affan merendahkan tubuhnya sama paras dengan ketinggian kanak-kanak itu. Kepala Ayla diusap manja.

"Boleh, nak makan aiskrim apa?"

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGWhere stories live. Discover now