Bab 31

128 5 0
                                    

QASEH memerhati Puan Amena yang sedang mengendong bayi perempuan itu. Bayi perempuan yang berusia lima bulan itu kelihatan tersengih-sengih di tangan mak mentuanya.

Dia tak boleh pegang disebabkan oleh Ayla yang tidak berganjak dari atas ribanya. Bukan main cemburu lagi kanak-kanak itu tatkala Puan Amena ingin memberi si kecil. Sampai berkaca-kaca mata Ayla kerana cemburu.

"Ayla, duduk bawah sayang. Mama Qaseh nak dukung baby tu. Sini duduk tempat nenek, meh sini," pujuk Puan Amena. Kasihan kepada menantunya yang dari tadi ingin mendukung si kecil. Tapi sang cucu pula buat hal.

Pantas Ayla menggelengkan kepala seraya memeluk leher Qaseh. Tak ada siapa boleh ambil Mama Qaseh daripada dia.

"Tak mau!" Bibir sudah tercebik-cebik. Dia tak suka dengan makhluk kecil itu.

Qaseh pasrah sahaja diperlakukan seperti itu oleh Ayla. Faham dengan perangai anak saudara Affan ini. Ayla membesar tanpa ada kanak-kanak yang lain di rumah.

"Cemburu sangat kau punya cucu ni, Mena. Habislah kalau ada adik nanti," ucap Puan Zahra sebelum mereka tertawa bersama.

"Macam tulah, Zah. Dah kalau macam ni perangainya, memang tak beradiklah sampai ke besar. Ayden manjakan sangat. Itu yang cemburu," balas Puan Amena lalu memberikan bayi di tangan kepada ibu si kecil itu.

Mata jatuh menatap seorang wanita yang sedang mendodoi bayi tersebut. Tergaris sebuah senyuman di bibir Qaseh.

Dia memandang perut yang masih kempis. Ya Allah, tak sabarnya dia nak ada anak sendiri. Tak sabar nak hidu bau bayi sendiri.

Sebelum ini, dia terhidu bau baby Hawa. Masya-Allah, wangi sungguh. Macam tu rupanya wangi bayi yang baru beberapa hari dilahirkan.

"Budak manja memang macam tu, kan Tok Ma?"

Semua mata terarah kepada seorang kanak-kanak lelaki yang duduk di samping ibunya. Masing-masing tak menyangka Aisy akan berkata seperti itu.

"Aip kata orang manja, dia sendiri pun manja juga. Minta maaf sekarang," tegur sang ibu dengan mata yang dibesarkan.

Aisy terkebil-kebil apabila ditegur begitu manakala Ayla mencebirkan bibirnya.

"Eleh, dia pun budak manja. Lelaki kalau manja, nampak buruk kan, mama."

Hampir tercekik Qaseh dibuat Ayla. Kanak-kanak itu selamba memeluk lehernya dari belakang. Tak tahu mahu mengiakan atau tidak.

Puan Amena dan Puan Zahra sudah tergeleng-geleng dengan sikap cucu masing-masing. Tak nak mengalah langsung.

"Beginilah Mena kalau cucu sulung. Tak nak mengalah. Ni nasib baik anak Aira je, tak ada anak Airil. Kalau ada anak Airil, mahu bising dengan suara dia orang."

Kepala dijatuhkan sebagai tanda setuju. Sudah namanya budak-budak, mana pernah nak diam.

Klik!

"Daddy!"

Aisy menerpa ke arah sang ayah yang berada di pintu. Kaki kanan lelaki itu didakap erat.

Kening dikerutkan sebaik saja Qaseh menoleh. Macam pernah jumpa lelaki yang berkaca mata itu. Tapi dekat mana ya?

Qaseh cuba untuk mengingati wajah lelaki itu. Wajah Aisy pun, Qaseh rasa seperti tidak asing.

"Daddy, tu kakak yang Aisy langgar masa dekat hospital. Waktu kita tengok mummy dengan adik," beritahu Aisy sambil menarik seluar Tengku Ayie. Jari telunjuk menuding ke arah wanita itu.

Bertemu pandangan dengan Ayla, Aisy jelirkan bibir.

"Ya Aisy, ya. Dah jangan tarik seluar daddy."

Qaseh tundukkan pandangan. Dan dia sudah ingat setelah mendengar bicara kanak-kanak itu.

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGWhere stories live. Discover now