Bab 38

206 6 0
                                    

BEKAS makanan di dalam bonet kereta, Affan keluarkan. Satu per satu dia letakkan ke bawah. Peluh yang mengalir, segera diseka. Panas betul cuaca hari ini. Affan mencekak pinggang seketika. Keluhan dilepaskan.

Kemudian, pandangannya tertuju ke arah sang isteri. Wanita itu sedang menunggu dia di bawah pohon yang besar. Berlindung daripada sinaran matahari yang panas. Senyuman yang dia berikan, Qaseh balas dengan lambaian. Comel.

Tiga bekas makanan, ditindih bersama. Tunduk, Affan mengangkat ketiga-tiga bekas tersebut. Dia menghampiri Qaseh sebelum berjalan di atas pasir. Hari ini, mereka pergi berkelah.

"Dah lama tak datang sini," ucap Qaseh dengan memejamkan matanya. Udara pantai itu dihirup perlahan. Erm, suasana di situ cukup menenangkan.

Sebelah tangan naik memegang lengan Affan, manakala sebelah lagi menarik kain skirtnya.

"Pantai ni dekat dengan rumah umi. Kenapa dah lama tak datang sini?"

Bekas makanan itu diletakkan di atas tikar dan disusun dengan kemas. Semuanya masakan yang dibuat oleh Puan Amena bersama dia. Qaseh pula, Affan sudah berikan amaran. Jika dia ada, isterinya tidak perlu buat apa-apa.

Affan duduk di sisi Qaseh. Membiarkan wajah ditampar oleh angin yang berlalu. Kepala menoleh ke arah sang isteri.

Cuma mereka berdua saja yang berada di situ. Mereka tiba lebih awal di pantai itu. Ayden pula akan datang bersama Puan Amena, Helena dan Ayla. Keluarga Qaseh pula, sedang berjalan kaki menuju ke pantai itu.

"Qaseh lebih suka duduk rumah je. Siapkan tempahan baju kurung. Waktu kita bertunang pun, Qaseh selalu duduk rumah. Umi suruh. Dia kata darah orang bertunang ni manis. Barang-barang kahwin, umi yang belikan kecuali baju pengantinlah," cerita Qaseh seraya membetulkan duduknya. Dia takkan pernah lupa detik-detik itu.

Tangan ditongkat ke belakang. Sisi wajah Qaseh, direnung. Dan-dan bibir Affan melorek senyuman panjang. Entahlah, bila bersama wanita itu, dia ingin tersenyum saja. Wajah itu menyuntik cecair kebahagiaan dalam hatinya.

"Qaseh jahit sendiri ke baju pengantin Qaseh masa akad nikah kita hari tu? Cantiklah. Mama dengan Helena pun puji. Nampak kemas kata dia orang."

Tersipu malu Qaseh saat dikatakan begitu. "Haah, Qaseh jahit sendiri. Qaseh ambil masa sebulan untuk jahit baju tu. Alhamdulillah kalau awak dengan yang lain suka."

Qaseh menarik tudung yang terangkat. Selepas itu, dia perasan Affan membantunya menahan tudung yang ditiup angin.

Keadaan di antara mereka ditemani oleh bunyi desiran pasir yang berterbangan.

Affan sudah meletakkan kepala pada riba isterinya. Lelah menunggu ahli keluarga yang lain. Tidak tahu mengapa mereka mengambil masa yang lama untuk tiba.

Mata dipejamkan. Dia rasa mahu tertidur saat Qaseh mengusap rambutnya. Ditambahkan lagi dengan angin semula jadi di situ.

Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi hon. Affan segera bangkit selepas meraupkan wajah. Sikit lagi dia terbabas ke alam mimpi.

"Mama! Papa!" jerit Ayla sambil mendekati mereka. Ceria wajah kanak-kanak itu. Memeluk serta mencium pipi Qaseh dan Affan.

Macam dah lama mereka tak berjumpa walhal tadi di rumah siap bergaduh dengan Affan lagi. Drama queen betul!

Tak lama, keluarga Qaseh pula tiba. Syafit dan Puan Khadijah membawa plastik yang berisi bekas makanan. Nuha pula mengendong Hawa yang nyenyak tidur di bahu.

"Banyaknya makanan," komen Syafit dengan terkejut sebaik melihat bekas makanan yang berbaris di atas tikar. Perlahan-lahan dia menyimpan bekas makanan yang dibawa.

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGWhere stories live. Discover now