Bab 21

166 11 3
                                    

QASEH melihat dirinya di sebalik cermin. Tak percaya bahawa itu adalah dia. Tak semena-mena, bibir mengukir senyuman lebar.

Hari ini dia akan bertunang. Dengan lelaki pilihan hati dan pilihan sang umi. Insya-Allah, dia berharap lelaki itu dapat sempurnakan segala kekurangannya.

Krek!

Segera Qaseh menoleh. Bibir masih setia melontarkan senyuman. Puan Khadijah rupanya yang masuk ke dalam bilik itu.

"Rombongan pihak lelaki dah sampai umi?" soalnya dengan nada gementar. Dia tak dapat sembunyikan rasa gemuruh di dalam hati.

Puan Khadijah menjatuhkan kepala sebelum mendekati anaknya. Qaseh dah nak bertunang. Rasa macam baru saja dia gendong bayi perempuan di hospital selepas bersalin.

"Cantiknya anak umi. Kalau arwah abah ada, mesti dia puji Qaseh sekarang ni."

"Umi..." tegur Qaseh dengan perlahan. Tak mahu membiarkan wanita itu terus bersedih mengingatkan kepada yang sudah kembali ke Ilahi.

Tiba-tiba Puan Khadijah rasakan tubuhnya dipeluk. Haihlah si anak bongsu ini. Macam manalah nak berjauhan nanti.

"Dah jangan peluk lama sangat. Nanti lama pula rombongan pihak lelaki menunggu," ujar Puan Khadijah lalu meleraikan pelukan tersebut.

Tak boleh layan sangat perasaan itu. Nanti tak jadi anak bongsu dia ini nak bertunang.

Qaseh jatuhkan kepala. Spontan tangan naik menyentuh dada. Ya Allah, dia berdebar sangat.

Agaknya ramai tak tetamu dekat bawah? Ramai sehingga memenuhi kawasan ruang tamu? Ramai sampai depan halaman rumah mereka?

Argh, sudah! Banyak pula persoalan di minda Qaseh. Nak bertunang aje pun.

Bertunang aje pun?!

Hah betullah tu. Pagi, tunang. Malam, nikah. Ya Allah, cepatnya dia nak tamatkan zaman bujang.

Tangan sang umi digenggam erat-erat. Nakkan kekuatan daripada Puan Khadijah. Sedaya upaya Qaseh ukirkan senyuman manis. Dia gemuruh sangat.

Menuruni tangga perlahan-lahan, Qaseh boleh dengar keriuhan di ruang tamu. Air liur ditelan kesat.

Setibanya Qaseh di ruang tamu, semua mata terarah kepadanya. Seolah-olah dia telah melakukan kesalahan besar.

Tubuh ditundukkan sikit dan langkah Puan Khadijah, gadis itu ikuti. Nak pergi dekat pelamin. Qaseh tak mahu pandang tetamu atau rombongan pihak lelaki yang datang.

Sebab dia malu.

Sehinggalah pihak perempuan dan lelaki sudah mencapai kata sepakat, kini tiba untuk wakil pihak lelaki untuk sarungkan cincin.

Semestinya mama Affan!

Hati Qaseh dihambat getaran. Tengok jemari yang bersih dari inai. Hah sudah. Menggigil.

"Cantiknya bakal menantu mama ni."

Perlahan-lahan Qaseh mengangkat kepalanya. Kelihatan Puan Amena tersenyum ke arah dia.

Dan-dan dia nampak sekotak baldu berwarna merah dalam pegangan wanita itu. Qaseh terus hulurkan tangannya.

Elok tersarung cincin emas di jari manisnya. Cincin tunang. Tangan Puan Amena dibawa ke bibir sebelum Qaseh dapat rasakan dirinya dipeluk erat.

"Terima kasih sudi terima anak mama. Mama doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Qaseh dan Affan," ucap Puan Amena seraya mengusap belakang badan bakal menantunya itu.

Mata mula terasa kabur. Anak lelaki dia yang bongsu itu akan berkahwin.

"Sama-sama. Terima kasih juga sebab terima Qaseh dalam keluarga mama."

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGWhere stories live. Discover now