Bab 11

130 2 0
                                    

Beberapa hari kemudian...

“ASSALAMUALAIKUM, Abang Fit. Qaseh bawakan bubur. Umi yang suruh.”

Mangkuk tingkat diletakkan ke atas meja. Kerusi ditarik merapat dengan katil yang dihuni oleh abangnya. Qaseh tersenyum senang.

Alhamdulillah, abangnya sudah sedarkan diri. Cuma kaki lelaki itu terseliuh sedikit. Doktor kata ambil masa sikit untuk sembuh. Dan Syafit hanya akan menggunakan tongkat untuk sementara waktu.

“Umi tak ikut sekali? Hawa?” soal Syafit tatkala melihat tak ada figura umi dan anaknya.

“Tak. Umi kata dia tunggu abang dekat rumah. Qaseh tak bawa Hawa sebab budak kecik tu meragam tadi pagi.”

Syafit sekadar mengangguk. Matanya menjeling ke beberapa katil di dalam wad itu. Dia sedang berkongsi wad dengan beberapa orang pesakit.

Pandangan dialihkan kembali ke arah Qaseh.

“Tarik kain langsir tu. Ada orang tengok adik.”

“Mana?”

Qaseh memerhati sekeliling. Ya, baru dia perasan ada beberapa orang lelaki yang sedang melihat ke arah mereka. Segan Qaseh jadinya.

Dan-dan dia berdiri lalu menarik langsir hospital itu. Fuh baru dia lega sikit.

Qaseh membantu abangnya untuk duduk bersandar pada kepala katil.

“Nak Qaseh su...”

“Assalamualaikum,” ucap seseorang sebelum kain langsir itu diselak sedikit. Qaseh segera menoleh.

Kelihatan mereka didatangi oleh seorang tetamu. Qaseh tak terkejut pun dengan kehadiran tetamu itu.

“Waalaikumussalam, masuklah Kak Nuha,” balas Qaseh sebelum memberi ruang kepada wanita itu untuk masuk.

Dia pandang sang abang. Lelaki itu nampak tidak kisah dengan kehadiran Nuha. Mata Syafit memandang ke arah lain.

Keadaan di antara mereka menjadi sepi. Kening yang tak gatal, Qaseh garu. Macam mana ya nak hilangkan rasa janggal itu?

Dia berdeham perlahan.

Erm, abang. Qaseh rasa Qaseh perlu balik sekarang. Kasihan umi sorang-sorang dekat rumah jaga Hawa. Nanti Qaseh datang lagi. Bye, assalamualaikum,” pamitnya.

Qaseh yang hendak berlalu pergi, kini berhenti. Tetamu itu yang menahan tangannya.

“Hawa sihat?” tanya kakak iparnya. Jelas wajah itu mempamerkan rasa rindu yang terhalang.

Kepala dianggukkan.

Alhamdulillah, Hawa sihat. Nanti akak datanglah rumah. Hawa pun mesti rindukan ibu dia.”

Insya-Allah.”

Qaseh balas dengan senyuman. "Qaseh pergi dulu. Assalamualaikum."

Kaki melangkah pergi. Ingin memberikan ruang kepada pasangan suami isteri itu. Qaseh fikir mungkin ada sesuatu yang kakak iparnya mahu bicarakan.

Tiba di pintu keluar hospital, nafas dihembus perlahan. Fikiran Qaseh teringat dengan kejadian beberapa hari yang lalu. Hari di mana mereka mengetahui Syafit masuk di hospital. Hari di mana uminya marahkan Nuha.

FLASHBACK

Kamu siapa? Apa kaitan kamu dengan Syafit?” tanya Puan Khadijah dengan pandangan yang menggerunkan. Tak lepas mata itu memanah ke arah Nuha.

Qaseh hanya menanti tindak balas daripada kakak iparnya.

"Sa... sa... saya...."

Terlihat Nuha menelan air liur. Wanita itu tidak memandang uminya. Sekadar menatap lantai hospital yang putih itu.

"Saya, isteri Syafit."

"Isteri yang dah buang suami dan anak dia sebab nak hidup bebas?"

Terdiam mereka mendengar soalan Puan Khadijah. Qaseh tak mahu uminya tertekan lagi. Cukuplah dengan apa yang dah jadi hari itu.

Tak semena-mena Nuha menjatuh lutut ke lantai. Melutut menghadap sang ibu mentua. Air mata pula sudah mengalir lebat di pipi itu.

Qaseh kemam bibir sendiri. Dirinya turut terkesan dengan tangisan wanita itu. Bohonglah jika dia tidak kasihan melihat Nuha.

"Nuha minta maaf umi. Nuha mengaku yang Nuha seorang isteri dan ibu yang tak berguna. Nuha buang suami dan anak demi kepentingan diri sendiri. Nuha mengaku salah. Maafkan Nuha... umi," mohon Nuha sebelum tunduk lalu memegang kaki Puan Khadijah. Terenjut-enjut bahunya.

Sedikit pun Puan khadijah tidak berasa simpati dengan wanita yang bergelar isteri Syafit itu. Wajah dipalingkan ke tempat lain.

"Buat apa minta maaf dengan saya? Saya bukan suami yang kamu tinggalkan itu. Dan kenapa baru sekarang kamu muncul? Kamu muncul saat Syafit sedang sakit. Sebab kamu nak ambil harta dan anak dia?"

Tersentak Qaseh mendengarkan itu. Dipandang Hawa yang lena di dalam dakapannya. Nuha nak ambil Hawa daripada mereka? Betulkah?

Selepas Irshad menghantar Hawa ke rumah, Qaseh dah ceritakan semua mengenai Syafit kepada uminya. Tak tinggal satu pun. Ini kerana dia tak mahu Puan Khadijah bersangka buruk kepada lelaki itu.

"Tak umi... tak. Nuha tak ada niat pun nak pisahkan Hawa daripada Syafit. Nuha cuma..."

Mata Nuha terpejam. "Nuha cuma nak kembali ke sisi Syafit. Nuha banyak dosa dengan dia. Nuha tak mahu kehilangan dia lagi."

Qaseh pandang ke atas. Menghalang air matanya daripada mengalir.

'Ya Allah, andai dia sudah berubah, Engkau permudahkanlah urusan dia. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas muka bumi ini.'

ENDFLASHBACK

Terkejut Qaseh tatkala tubuhnya dilanggar. Fikiran mengenai Puan Khadijah dan Nuha terus lenyap.

"Ya Allah, kan daddy dah pesan jangan lari-lari. Tengok Aisy dah langgar orang. Say sorry to her, Tengku Aisy," kata seorang lelaki yang berdiri di samping seorang kanak-kanak itu. Siap dengan mata dibesarkan sekali.

Qaseh tersenyum melihat gelagat kanak-kanak itu. Mata yang terkebil-kebil seraya memandang ke arah dia. Alolo, comelnya!

"I am sorry, kakak. Aisy tak sengaja. Aisy lari laju sebab nak tengok mummy dengan adik Aisy."

Lancar kanak-kanak itu berbicara. Sangat menggelikan hati perempuan Qaseh.

"Tak apa. Ni mesti tak sabar nak jumpa adik, kan?"

Soalan itu dijawab dengan anggukan dan senyuman lebar.

Tengok senyuman itu, Qaseh teringat dengan senyuman seseorang. Lagi-lagi apabila matanya terarah ke lesung pipit itu.

'Affan pun ada lesung pipit dekat pipi sebelah kanan.'

Tak mahu teringatkan jejaka itu, dia alihkan pandangan ke arah ayah kanak-kanak itu.

"Saya minta maaf sebab anak saya dah langgar awak. Erm... kalau tak ada apa-apa, kami minta diri dulu."

"Tak apa," balas Qaseh. Tak ada sebarang kecederaan pun dekat dia. Matanya memerhati dua beranak itu berlalu pergi. Dan masih kedengaran suara kanak-kanak itu. Nampak tidak sabar ingin melihat si adik.

Kepala digelengkan sambil keluar dari hospital itu.

TBC

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu