Bab 37

133 3 0
                                    

SEPASANG matanya memerhati pasangan yang sedang bergelak ketawa di taman bunga milik Puan Amena. Tubuh berselindung di sebalik pintu gelangsar bersama tangan bersilang di dada.

"Dah lama kita tak nampak Affan gembira macam tu, kan?"

Ayden berpaling sebelum menjatuhkan kepala. Mengiakan kata-kata mamanya.

"Tak sedar, dia dah besar. Dah nak jadi ayah," kata Ayden bersama senyuman panjang di bibir. Tangan naik menyentuh bahu Puan Amena.

Dia mengerti apa yang wanita itu sedang fikirkan sekarang. Affan bukan tak gembira selama ini. Malah lelaki itu kadang-kala ada gilanya sedikit.

Namun apa yang mereka sedang perhatikan sekarang, bagaikan mimpi. Affan lebih gembira dan wajah itu tampak berseri.

Kali terakhir adiknya begitu ketika arwah papa mereka masih ada. Dan itu sudah lama berlalu. Kini, Qaseh sudah berjaya kembalikan Affan yang dulu.

"Kita doakan semoga mereka dapat anak soleh dan solehah. Haih, rasa tak sabar pula nak tengok anak Affan nanti," ujar Puan Amena dengan lembut. Bibir melorek saat membayang wajah cucunya.

Kalau lelaki, pasti seperti wajah Affan. Dan jika perempuan pula, pasti seiras dengan wajah Qaseh.

"Anak kedua Ayden, mama tak nak tengok ke?" gurau Ayden sebelum diakhiri dengan tawa perlahan. Geli hati menatap jelingan daripada mamanya. Bukan main tajam jelingan mata itu.

"Ayden jangan buat perangai ya. Kalau nak, kahwin dulu. Jangan nak gantung anak orang tak bertali. Masih sayang, dapatkan dia cepat."

Percuma saja dia dapat ceramah daripada Puan Amena. Ayden tahu siapa dia yang dimaksudkan oleh wanita itu. Baginya, biarlah waktu yang tentukan.

"Mama nak pergi dapur dulu. Nak buatkan cucur jagung untuk Qaseh. Kamu tu, jangan nak mengintai orang lain sangat. Pergi intai Ayla yang entah apa budak tu buat dekat bilik dia."

Usai berkata seperti itu, Puan Amena berlalu pergi ke dapur. Affan ada memintanya untuk buatkan cucur jagung. Makanan yang sesuai dimakan petang nanti.

Ayden melihat ke arah pasangan itu lagi sejurus menghantar figura sang ibu. Wajah yang penuh senyuman itu, perlahan-lahan berubah menjadi serius.

Keluhan yang dilepaskan kedengaran kasar.

Teringat kembali perbualan yang boleh dikatakan agak dingin di antara dia dan Affan dua hari yang lalu.

*

"Itu kisah aku, Affan. Setiap orang ada kisah yang berbeza. Dan kisah kau takkan mungkin sama dengan kisah aku."

Kaki melangkah dengan tangan terletak di dalam poket seluar. Mata merenung tajam ke arah Affan.

"Kisah kau dan Qaseh baru saja nak bermula. Tapi takkan kau nak mulakan dengan cara macam ni? She treat you like a king, but why you treat her like a dog? Semua benda kena ikut cakap kau." Kasar? Memang begitu cara mereka berdua berbicara.

Ayden menggeleng dengan rasa tidak percaya. Bukan Ayden tidak perasan bagaimana layanan adik iparnya kepada Affan. Cukup. Dan layanan itu buatkan dia sendiri rasa cemburu.

Betapa beruntungnya Affan dilayan sebegitu rupa. Ayden tidak mahu fikir tentang layanan nafkah batin. Itu hal dalam bilik tidur Affan dan Qaseh.

Tapi jika nafkah zahir, Qaseh layak diberikan pujian. Menutup aurat, pandai masak, mengemas rumah dan setiap kali Affan pulang, wanita itu menyambutnya. Siap bersama air minuman lagi.

Tinggi layanan Qaseh kepada lelaki itu. Namun Affan? Masih sibuk dengan kisah orang lain.

Kelihatan adiknya diam, tidak berkutik. Baguslah, Ayden harap lelaki itu setia mendengar apa yang dia cakapkan. Tidak mahu sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Membazir air liurnya saja.

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGKde žijí příběhy. Začni objevovat