Bab 32

135 4 0
                                    

QASEH melihat pinggan Affan.

"Awak nak tambah nasi lagi?" soalnya kepada lelaki itu. Affan tampak berselera dengan lauk yang dia dan Puan Amena masak.

"Boleh je."

Dia berdiri lalu meletakkan nasi ke pinggan sang suami. Bibir tersenyum tipis.

"Terima kasih," ucap Affan. Dia kembali makan.

Suasana di meja makan itu menjadi sunyi semula. Hanya terdengar bunyi sudu dan garpu yang berlaga.

Lagipun mana tak sunyi kalau si budak kecil itu tidak ada.

Ayla tidur dari waktu asar sehingga sekarang. Penat betul kanak-kanak itu. Mungkin penat bermain di halaman rumah tadi.

Tudung sarung dirapikan. Hari ini Ayden pulang awal ke rumah. Kata lelaki itu, tidak ada mesyuarat. Sebab itu dia pulang awal.

Jadi, Qaseh terpaksa memakai tudung di rumah mak mentuanya.

"Kenapa tak ajak Helena makan malam dekat sini, Ayden? Kasihan dia dekat kondo tu."

Suara Puan Amena memecahkan kesunyian tersebut. Pandangan diberikan kepada anak sulungnya. Selalu kalau Ayden balik awal, Helena akan ikut dengan lelaki itu.

Ayden menelan makanan di dalam mulut sebelum membalas bicara sang ibu.

"Helena tak ada dekat kondo. Malam ni dia tidur dekat rumah kawan dia."

Puan Amena yang mendengarkan itu terus menjatuhkan kepala.

Kunyahan Qaseh menjadi perlahan tatkala mengingati wanita itu. Dia jatuh kasihan kepada Helena kerana bersendirian di rumah. Walaupun kadangkala ditemani oleh Ayla.

Nak duduk serumah dengan mereka, tak boleh. Kerana Ayden bukan lagi mahram Helena.

Qaseh tak tahu apa punca Helena dan Ayden bercerai. Affan pun tak ada bercerita. Tapi itulah, lebih kasihankan Ayla.

Kanak-kanak itu masih kecil. Belum faham sepenuhnya apa yang berlaku antara sang ibu dan ayah. Disebabkan itulah Qaseh semakin sayang dengan Ayla.

"Aku dengar kau dah aktif balik main futsal."

Bicara Ayden menghentikan pergerakan Affan. Kepala dijatuhkan.

"Hmm."

Dia melirik ke arah sang ibu. Kelihatan Puan Amena menunjukkan reaksi tak tahu apa-apa.

"Bila pertandingan futsal tu?" soal Ayden dengan mata yang kini tertumpu ke arah adiknya. Kedudukan mereka yang saling berhadapan memudahkan dia untuk meneka reaksi lelaki itu.

Terkulat-kulat Affan tatkala disoal begitu. Kunyahan dihabiskan terlebih dahulu.

"Hari rabu ni."

Ayden mengangguk faham. Patutlah selepas pukul dua petang, figura Affan sudah tidak ada di pejabat.

Pandangannya berubah menjadi dingin.

"Ini kali terakhir aku bagi kau join kelab futsal tu lagi. Aku tak nak kau abaikan kerja dekat pejabat. Ingat..."

Qaseh mencuri pandang ke arah suaminya. Affan hanya mendiamkan diri. Dia pula yang terasa seram dengan kata-kata Ayden itu.

"Aku yang pegang syarikat arwah papa tu sekarang walaupun arwah papa dah wasiatkan dekat kau. Banyak kali kau main-main dalam hal kerja, jangan menyesal kalau nama kau tak ada dalam syarikat tu lagi."

Sejurus selepas itu, kedengaran bunyi kerusi ditolak. Ayden berdiri namun langkah tergam seketika.

"Bukan mama yang beritahu. Aku yang upah spy untuk ikut kau. Jangan nak salahkan mama."

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon