Bab 10

141 2 0
                                    

MUNDAR-MANDIR Qaseh di dalam bilik tidurnya. Telefon tak lepas dari tangan. Sekejap menyentuh skrin, sekejap menekapkan telefon ke telinga.

Sudah beberapa hari dia cuba mendail nombor telefon Syafit namun hampa. Berdering tapi tidak diangkat. Itu yang membuatkan Qaseh bertambah risau.

Tidak pula dia beritahu hal itu kepada Puan Khadijah. Risau jika itu mendatang kemarahan uminya.

"Angkatlah Abang Fit. Call, tak angkat. Mesej, tak reply," ujar Qaseh sendirian.

Dia tinggalkan Hawa bersama umi di ruang tamu. Alhamdulillah, setakat ini si kecil tidak meragam. Menangis pun jika haus atau kembung perut. Waktu malam, mereka tidur dengan lena.

Mesejnya bersama Puteri dibuka. Nasib baik dia sempat minta nombor telefon wanita itu. Mudah jugalah untuk mereka berhubung.

Puteri kata sudah lama dia dan suaminya tidak melawat Syafit di rumah. Qaseh sempat bertanya mengapa abangnya menyerahkan Hawa kepada mereka.

Wanita itu kata, Syafit demam panas. Risau kalau Hawa terjangkit, makanya lelaki itu meminta pertolongan dia dan Irshad.

Puteri

- Cik Qaseh jangan risau. Suami saya dah pergi ke rumah Syafit
- Kalau ada apa-apa, dia akan hubungi Cik Qaseh terus

Qaseh tak tahu apa alamat rumah sewa Syafit. Lelaki itu tak pernah beritahu dia. Puteri pun tak berikan dia dengan alasan Syafit tak izin.

Tak lama kemudian, terdengar tangisan Hawa di ruang tamu. Dengan kadar segera Qaseh keluar bilik.

"Qaseh, buatkan Hawa susu. Cepat."

Suara uminya buatkan Qaseh melangkah dengan besar. Silap hari bulan, dia boleh masuk hospital akibat jatuh dari tangga.

Ambil botol susu, Qaseh terus melangkah ke ruangan dapur. Telefon yang digenggam tadi, dia letakkan atas meja.

Siap membancuh susu, dia lari ke arah Puan Khadijah yang sibuk menenangkan si kecil. Selalunya Qaseh akan sediakan awal susu untuk Hawa. Tapi entah kenapa hari ini dia boleh lupa.

"Shuu, nenek ada ni. Nenek ada. Shuu, sayang nenek ni," ucap Puan Khadijah lalu menyusukan cucunya. Punggung dilabuhkan pada sofa.

"Buat apa dekat atas lama sangat?"

Pertanyaan itu buatkan Qaseh terkelu. Kepala yang tak gatal digaru.

"Qaseh sakit perut tadi," balasnya dengan jujur. Mungkin dia tersilap makan sesuatu kut. Dan dalam masa yang sama, dia berbalas mesej dengan Puteri. Namun dia tak mahu beritahu uminya tentang hal itu.

"Sekarang dah okey ke? Ada makan ubat?"

"Dah okey sikit umi. Ubat pun dah makan."

Terangguk kepala Puan Khadijah. Fokusnya kembali kepada si cucu yang sedang menyusu. Air mata Hawa yang mengalir segera dihapuskan.

"Kasihan anak buah mak su ni. Maaf ya, mak su lambat buatkan susu. Mak su sakit perut sebab tu lambat," bicara Qaseh dengan nada yang lembut. Ubun-ubun si kecil itu dikucup perlahan. Sayu hati dia bila tengok Hawa.

Tengok si kecil itu, dia teringat akan abangnya. Haih, apalah yang Syafit buat sekarang. Dah sihat ke belum. Semua dia tak tahu.

Qaseh berdiri saat telefonnya yang berada di ruangan dapur berbunyi. Lupa pula dia nak bawa.

011-31******

(1 panggilan tak dijawab)

Wajah dikerutkan. Siapa punya nombor telefon ni? Tak ada dalam senarai kenalan Qaseh.

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGWhere stories live. Discover now