Bab 23

141 5 0
                                    

MATA meliar memerhati kawasan kaki lima yang gelap itu. Hanya tiga buah kedai yang buka pada pukul 12 tengah malam. Itu pun kedai mamak.

Dari tadi mereka hanya berjalan tanpa arah. Namun tidaklah terlalu jauh dari hotel mereka.

Tiada perbicaraan yang berlaku di antara Qaseh dan Affan setakat ini. Masing-masing masih mengunci mulut.

Qaseh merenung encik suami melalui hujung mata. Dia perasan lelaki itu berkali-kali merenungnya. Seram sejuk dia rasakan.

Tiba-tiba telefon Affan berbunyi. Mereka berhenti seketika. Sebelah tangan lelaki itu naik mencekak pinggang.

"Waalaikumussalam. Taklah, ni kami ada dekat bawah. Nak cari kedai makan. Kenapa?"

Mulut berbicara di telefon tapi mata Affan fokus memandang sang isteri. Dia periksa pakaian gadis itu. Bagus, walaupun pakai baju T-shirt lengan panjang, Qaseh tetap pakai handsock. Stoking? Alhamdulillah, ada.

"Hah, datanglah. Nanti aku hantar lokasinya."

Panggilan diputuskan. Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar. Kelihatan wajah Qaseh seperti tertanya-tanya siapa yang menghubungi dia.

"Helena call. Dia tanya kita dekat mana. Dia dengan Ayden nak ikut sekali bila saya cakap nak cari kedai makan. Qaseh tak kisahkan kalau dia orang ikut sekali?"

Dengan senyuman, Qaseh menggeleng. Dia tidak kisah pun. Suka adalah. Sebab hati dia tak tentu arah bila berdua-dua dengan Affan. Sekurang-kurangnya bila ada orang lain, okey sikit dia. Lagi-lagi dengan Helena.

Mereka teruskan melangkah. Mencari kedai makan yang tidak ramai pelanggan. Ada dua kedai mamak yang ramai pelanggan.

Affan boleh saja makan dekat situ, tapi dia risaukan Qaseh. Dengan dia pun, gadis itu masih saja malu-malu. Apatah lagi dengan orang luar.

"Keluarga Qaseh balik kampung bila?" soal Affan kerana tak mahu mereka hanya ditemani kesunyian.

"Dia orang balik esok kalau Qaseh tak salah. Sebab risaukan nenek dekat kampung," balas Qaseh. Dia cuba selesakan diri.

Terangguk-angguk Affan mendengarkan itu. Bagus, ada perubahan. Dia dapat dengar lagi suara isterinya itu.

"Oh ya, atuk memang panggil Qaseh dengan nama Liya ke?" Dengan kening yang hampir bercantum Affan menyoal.

Sewaktu awal perjumpaan dia dan Haji Yasir, lelaki itu selalu memanggil Qaseh dengan nama Liya. Awalnya, Affan tidak kenal siapa pemilik nama Liya itu. Bila Qaseh turut menggunakan gelaran tersebut, barulah dia tahu.

Kepala dijatuhkan.

"Ya, atuk dah biasa panggil Qaseh, Liya. Sebab arwah mak su Qaseh, namanya Liya. Atuk sayang sangat dekat mak su. Maklumlah anak bongsu, kan," bicara Qaseh sebelum tersenyum malu-malu ke arah suaminya.

Dia baru perasan yang dia sudah mula selesa dengan lelaki itu. Walaupun hati masih berdebar-debar, Qaseh terpaksa lakukan.

Affan mengangguk faham. Patutlah dia boleh nampak tatapan penuh sayang daripada Haji Yasir kepada isterinya.

"Comel jugakan nama Liya tu..."

"Awliya..."

"Liya..."

"Liya sayang..."

Serentak dengan itu, Affan berdiri menghadap sang isteri. Di bawah pancaran bulan yang terang, dapat dia lihat wajah gadis itu dengan lebih jelas.

Wajah yang agak polos. Wajah yang berputar tanpa henti di minda seorang Arden Affan.

Masih tidak menyangka bahawa dia akan bernikah dengan gadis itu. Pertemuan mereka yang telah dirancang oleh sang ibu dan permudahkan oleh Sang Maha Pencipta.

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGWhere stories live. Discover now