Bab 14

119 4 0
                                    

KACA mata di atas meja, Puan Amena capai. Dipasangkan sebelum dia mengambil Al-Quran yang terletak di rak buku.

Hari ini cucunya tidak meragam. Kanak-kanak itu sudah tidur setelah habis menyusu. Dan bolehlah dia menyambung semula untuk membaca beberapa surah yang sudah berapa hari dia tidak baca.

Bismillahirrahmanirrahim...”

Surah Ar-Rahman dibacakan. Dengan merdu mulut melontarkan alunan suara dan bacaan tajwid yang baik.

Tak lama setelah itu, Puan Khadijah mendengar bunyi pagar yang dibuka. Kepala didongakkan. Terlihat Qaseh masuk ke dalam rumah.

“Qaseh...”

Gadis itu segera menaiki tangga. Tidak ada sebarang reaksi pun daripada Qaseh apabila dia menegur. Hanya jalan dengan kepala ditundukkan.

Berkerut dahi Puan Khadijah.

“Qaseh nak berehat kut,” ucapnya untuk menyenangkan diri. Tetap juga perasaan risau muncul dalam hati Puan Khadijah.

Bahu dijongketkan. Dia menyambung semula bacaan tersebut.

°
°
°
°
°

Dua jam kemudian...

PUAN Khadijah meletakkan kaca matanya ke atas meja. Tak sangka hari ini dia kedatangan tetamu yang istimewa. Senyuman lebar mulai terukir.

“Mama Affan apa khabar? Dah lama umi tak dengar khabar dia. Maklumlah dah jarang berbual dengan dia.”

Affan membalas senyuman itu meskipun kekok. Selama ini, hanya mamanya saja yang berbual atau berbincang bersama umi Qaseh dalam setiap perjumpaan mereka.

Dan Affan pula hanya menjemput Qaseh di luar rumah sekiranya ingin keluar berjalan-jalan.

Alhamdulillah, mama sihat je umi. Dia kirim salam tadi,” balas Affan sebelum membetulkan duduknya di atas sofa. Hati rasa berdebar-debar pula.

Puan Khadijah perasan lirikan mata lelaki itu seperti sedang mencari seseorang. Pastinya Qaseh.

Dia berdeham perlahan. “Qaseh ada dekat atas. Baru balik dari klinik tadi. Dia dah berehat dalam bilik dia.”

Selesai saja membaca beberapa surah dalam Al-Quran, Puan Khadijah naik ke ruangan atas untuk memeriksa keadaan Qaseh. Tak sangka suhu badan gadis itu sangat tinggi dari sebelum ini. Ubat diberikan setelah Qaseh makan bubur yang dia masak.

Nak dibawa ke klinik atau hospital tapi anaknya itu menolak. Kata Qaseh, dia hanya perlukan rehat.

“Balik dari klinik? Qaseh tak sihat ke umi?” soal Affan dengan perasaan risau yang tak dapat disembunyikan.

Melihat anggukan daripada wanita itu, membuatkan Affan tersentak. Patutlah masa mereka terserempak tadi, wajah Qaseh nampak pucat. Tak pula dia tahu bahawa gadis itu tak sihat.

“Suhu badan dia tinggi. Umi nak bawa pergi ke klinik atau hospital, tapi Qaseh tak mahu. Dia kata nak berehat.”

Puan Khadijah tersenyum tipis melihat Affan yang nampak begitu risaukan Qaseh. Dia tak tahu jika dua orang itu ada masalah atau tak sebelum ini. Harap mereka selesaikan dengan cara baik.

“Qaseh tu bila dia demam, memang keluar sikap degil dia. Tak nak pergi klinik atau hospital,” sambungnya lagi.

Affan turut tersenyum. Alahai ada juga sikap degil dalam diri Qaseh. Affan ingatkan hanya ada sikap yang lemah-lembut saja.

Tersedar sesuatu, Affan meletakkan bakul yang berisi buah-buahan ke atas meja.

“Maaflah, Affan dapat bawa buah-buahan ini saja untuk umi,” katanya dengan lembut. Ini saja yang Affan ada untuk diberikan kepada wanita itu.

Dia datang ke rumah itu dalam keadaan yang kelam-kabut. Mana taknya kalau hati dia sibuk risaukan Qaseh yang pergi dengan tangisan.

Tak tahu apa sebab gadis itu menangis. Selepas saja menghantar anak buah dan kakak iparnya pulang, dia pergi ke kedai buah-buahan dan pecut datang ke rumah Puan Khadijah itu.

“Eh susah-susah saja Affan bawa ni semua. Affan datang sini pun dah cukup baik untuk umi. Terima kasih, ya.”

“Sama-sama.”

Senyuman lebar terpahat di bibir Affan. Namun itu semua tak dapat untuk menghentikan rasa risau di hati lelakinya.

“Oh ya, minggu depan mama nak kenduri tahlil. Umi dengan Qaseh datanglah nanti. Call saja Affan, nanti Affan tolong ambilkan.”

Untuk keluarga itu, Affan seribu kali lebih sudi untuk lakukan apa-apa sahaja. Lautan penuh duri pun, dia sanggup renangi. Hanya untuk si pengisi hati.

Insya-Allah, kalau tak sibuk, Affan nampaklah tu batang hidung umi dengan Qaseh,” balas Puan Khadijah disertakan dengan ketawa.

Affan juga ikut ketawa mendengarkan itu. Kepala dianggukan.

Pandangan jam di pergelangan tangan, rasanya masa mencemburui Affan. Dia kena singgah ke satu kedai untuk membeli barangan dapur sebelum pulang ke rumah.

Erm Affan tak boleh duduk lama-lama dekat sini. Mama ada kirim barang dapur dengan Affan. Affan balik dulu,” pamit Affan lalu berdiri.

Walaupun niat utama ingin bertemu dengan Qaseh tapi kesihatan gadis itu perlu diutamakan. Biarlah Qaseh berehat dulu.

Jika ada jodoh, Allah akan pertemukan mereka dalam sebuah takdir yang indah. Yang penting, di waktu yang tepat.

“Eh kalau Affan nak jumpa Qaseh, umi boleh...”

Belum sempat Puan Khadijah menghabiskan bicaranya, lelaki itu sudah mencelah.

"Tak apa umi, tak apa. Affan tak nak ganggu dia. Biarlah dia berehat dulu.”

Puan Khadijah hanya mampu mengangguk. Dah kalau itu yang dikatakan, dia nak buat macam mana.

Dia menghantar Affan keluar. Tangan naik melambai sambil bibir mengulum senyuman.

TBC

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGМесто, где живут истории. Откройте их для себя