Bab 25

135 4 0
                                    

SELESAI membantu Puan Khadijah membasuh pinggan, Qaseh terus mendaki tangga. Berselisih dengan Nuha yang sedang mendukung baby Hawa.

"Kak Nuha, Hawa tak tidur lagi ke?" soal Qaseh dan langkahnya berhenti. Mata memerhati budak kecil dalam pegangan kakak iparnya. Bulat mata Hawa.

"Dia tak nak tidur. Akak pula yang nak tertidur. Ni, akak nak bagi ayah dia."

Qaseh tersenyum tatkala anak saudaranya itu tersenyum sehingga menampakkan gusi. Eee dengan tak ada giginya.

Comel sungguh!

Ubun-ubun Hawa diusap lembut sebelum Qaseh mempersilakan Nuha bersama si kecil itu turun. Dia meneruskan langkah.

Alhamdulillah, Syafit dan Nuha sudah mula berbaik. Tidak sangka abangnya itu akan memberikan peluang kedua. Tak semua orang mampu berikan peluang kedua.

Peluang kedua itu ibarat emas. Sangat berharga. Jika silap memberi, kelak menderita.

Ralit dengan hal abang dan kakak iparnya, Qaseh tak sedar kaki sudah berdiri tegak di hadapan pintu bilik mereka.

Tak semena-mena, hujung jari digigit. Qaseh tiba-tiba teringat dengan bicara sang atuk tadi. Tentang pulang ke kampung. Tentang perkataan itu...

Disebabkan rasa malunya, hampir seharian dia dan Affan tidak berbual. Malu punya fasal!

Tapi Qaseh pelik juga. Kenapa suaminya tiba-tiba tak mulakan perbualan? Selalunya bila Qaseh malu, Affanlah yang akan mulakan. Tapi sekarang...

Takkan suami dia malu juga?

Kepala yang tak gatal, digaru perlahan. Masih berfikir sama ada nak masuk atau tak?

Dia mengambil keputusan untuk masuk. Nanti apa pula Affan kata tentang dia. Hanya disebabkan malu, sudah tidak mahu tidur sebilik.

Nafas ditarik lalu dihembus perlahan. Menenangkan rentak jantung yang sudah berdegup-degup.

'Sabarlah wahai cik jantung, pintu tak buka lagi ni.'

Dengan lafaz bismillah, Qaseh membuka pintu. Nak buka pun macam nak pergi berperang.

Kosong.

Saat mata Qaseh menyapa ruangan biliknya, dia tidak melihat figura encik suami. Bukan tadi lelaki itu naik ke bilik mereka ke?

"Ya, aku tahulah. Tak lama pun, mungkin sebulan..."

Qaseh terdengar suara itu datang dari balkoni bilik. Suara Affan yang diselangi dengan bunyi tawa lelaki itu. Tidak tahu apa yang lawaknya.

Bahu dijungkitkan. Qaseh berlalu masuk ke dalam tandas. Nak ambik wuduk sebelum tidur. Rutin yang selalu dia lakukan setiap kali hendak melelapkan mata.

Beberap minit kemudian, dia menapak keluar berserta dengan wajah yang nampak segar.

Sekonyong-konyong, dia terkejut melihat Affan yang sudah baring di atas katil. Baring dengan separuh tubuh bersandar pada kepala katil. Tangan masih tidak melepaskan telefon.

Turunkan lengan baju, Qaseh gagahkan diri merapati lelaki itu. Perlahan-lahan dia duduk di birai katil.

Qaseh sedar sekarang dia sudah mencuri tumpuan lelaki itu. Buktinya, Affan sedang pandang dia. Selimut ditarik sehingga ke paras dada. Sebelum itu, dia lepaskan ikatan rambut.

Dan-dan Qaseh membalas tatapan encik suami. Dia mengukirkan senyuman.

Err, kenapa terasa janggal erk? Qaseh soal itu di dalam hati.

Affan berdeham kecil. Telefon diletakkan ke meja di sisi katil. Suis lampu dimatikan. Dan bilik itu hanya diterangi dengan lampu tidur.

Tak sempat Affan nak baringkan tubuh, Qaseh sudah menyoal dia. Soalan itu buatkan dahinya berkerut.

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGWhere stories live. Discover now