𝟏𝟓 | 𝐑 𝐀 𝐘 𝐍 𝐀 𝐃

Depuis le début
                                    

Rayyan yang sedar akan tertawa Nadra itu turut senyum tetapi sekejap je sebelum wajahnya berubah beku seperti tadi. Jangan bagi kantoi!

Hati jejaka itu berdebar setelah mendengar tawa Nadra yang lembut itu.

...

"Jom tengok wayang! Kalau start lambat boleh makan dulu." Ujar Zarif, antara salah seorang rakan sekelas Nadra.

Mereka semua sedang melangkah ke dalam Toppen sebelum menaiki escalator.

"Ada cerita hantu baru keluar kan? Kita tengok tu lah! Dah lama tak tengok wayang ni!" Balas Farisha pula dengan senyuman yang lebar.

Farisha ni boleh dikatakan cantik. Cantik sangat walaupun seksi.

"Yang lain okay kan?" Soal Farisha sambil memandang satu per satu rakannya. Semua hanya mengangguk.

Memang semua peminat cerita hantu kecuali Nadra. Dia memang tak gemar dengan cerita hantu.

"Serious lah cerita hantu?" Bisik Nadra pada Aisya yang berada di sebelahnya lagi tadi. Mereka semua melangkah ke tempat panggung wayang.

"Aku order tiket sekali lah, nanti korang bank in je kat aku." Ujar Fahmi dengan tenang sebelum mengeluarkan kad kredit miliknya itu.

Fahmi ni anak orang kaya, selalu lah juga dia belanja satu kelas tapi yang lain pun tak sedap sangat kalau asyik Fahmi yang belanja jadi Fahmi pun membiasakan diri untuk menyuruh mereka bayar balik. Fahmi tak kesah pun tapi nanti orang yang rasa bersalah.

"Okay!" Semua menjawab. Fahmi senyum nipis sebelum pergi ke tpat membeli tiket.

"Alah, Nad... Sekali sekala lah kita tengok cerita hantu..." Aisya membalas pada Nadra selepas melihat Fahmi berlalu pergi.

Berkerut kening Aisya melihat muncung Nadra yang panjang macam itik tu. Sehari kalau tak muncung tak sah!

"Takde cerita lain ke? Korang ni... kenapa pocong yang buruk tu juga nak tengok? Kalau cantik takpe gak..." Bebel Nadra sambil memeluk tubuh. Kepala ditoleh ke arah lain. Merajuk lah tu!

"Kartun kan berlambak tu!" Omel Nadra lagi bila sedar Aisya tak membalas.

Aisya hanya berkelip - kelip sahaja memandang Nadra. Dia dah biasa dengan perangai Nadra yang macam budak ni.

"Sekali - sekala lah, Nad... Yang lain pun okay je tengok cerita hantu." Balas Aisya, Nadra ditolak lembut dengan bahu Aisya.

Nadra mencebik bibir, mata tajam memandang Aisya yang hanya membuat riak wajah tenang.

Lagi muncung mulut Nadra bila tengok Aisya tak termakan dengan ajukannya itu. Biasanya Aisya akan layan sahaja.

Kalau keluar dengan Aisya memang tak pernah langsung pun tengok cerita hantu sebab Nadra takut. Nadra sanggup tunggu dekat luar semata tak nak tengok hantu. Aisya pun memang tak akan sampai hati nak tinggalkan Nadra sendiri jadi dia pun ikut je lah Nadra.

Kecuali pada hari jadi Aisya tahun lepas. Aisya mengajak Nadra tengok cerita hantu tapi gadis itu tolak pada mulanya. Bila difikir semula, hari tu kan hari hadi Aisya jadi dia pun ikutkan sahajalah walaupun dia takut. Demi Aisya!

𝐀𝐫 - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧'𝐬 | C |Où les histoires vivent. Découvrez maintenant