“Kan umi dah cakap nak pergi rumah kawan umi. Aunty Mena lah kawan umi. Kenapa, sebelum ni Affan tak pernah bawa Qaseh datang sini ke?”

Soalan itu dibalas dengan gelengan. Mana ada, Affan cuma bawa dia pergi jalan-jalan dekat luar saja. Mungkin lelaki itu tak mahu hubungan mereka lebih daripada seorang kawan.

Terdengar helaan nafas panjang Puan Khadijah. Namun tak pula dia salahkan Affan kalau lelaki itu tak pernah bawa Qaseh berjumpa dengan Puan Amena.

“Dah, jangan buat muka macam tu. Nanti Aunty Mena kata Qaseh tak suka datang rumah dia. Cuba senyum sikit.”

Qaseh ukirkan senyuman walaupun terpaksa. Dalam hati dia berharap takkan bertemu dengan lelaki itu.

Hari lain boleh, tapi tidak untuk malam ini.

°
°
°
°
°

DULANG yang berisi cawan diletakkan dengan berhati-hati di atas meja. Qaseh hela nafas panjang.

“Affan tak ada dekat sini ke?” soalnya pada diri sendiri.

Sewaktu mereka solat isyak berjemaah tadi, abang kepada Affan yang menjadi imam. Affan pula dia tak nampak batang hidung.

“Mungkin sibuklah tu dengan isteri dan anak dia. Sedar Qaseh, dia dah jadi suami orang.”

Dia tunduk lalu memandang beberapa biji cawan kaca itu. Raut wajah lelaki itu mula bermain di fikirannya.

‘Macam mana kalau Affan tak kahwin lagi?’

Hati berbisik agar dia kembali berfikiran positif. Tapi otak dia menolak. Sudah terang lagi bersuluh, budak kecil itu memanggil Affan, papa.

Nafas ditarik sebelum dihembus perlahan. Mata dipejam.

“Sekarang kau jangan fikir fasal dia lagi, okey Qaseh. Sebab kau dalam proses nak lupakan dia. Move on Qaseh, move on.

Kaki berundur ke belakang sebelum keluar dari ruangan dapur itu. Uminya sedang berbual dengan Puan Amena di ruang tamu.

Baru saja Qaseh ingin melangkah keluar dari ruangan dapur itu, kakinya terpasak ke lantai. Mata terbuntang melihat figura seorang lelaki yang sedang berdiri di muka pintu itu.

Qaseh terus jadi bisu. Baru saja dia cakap yang dia tak nampak batang hidung lelaki itu. Sekali, Allah SWT bagi dia nampak.

Tak mahu berdua-duaan dengan lelaki itu, Qaseh bergerak ke kiri. Namun lelaki itu turut bergerak ke kiri, menghalang dia untuk keluar.

Wajah dikerutkan.

Dia ke kanan, Affan juga ke kanan. Dia ke kiri, Affan ke kiri. Bukan sekali dua, tapi berkali-kali juga.

Akhirnya, Qaseh berdeham kuat. Kutlah dia pendek sangat, jadi Affan tak nampak dia.

“Eh, ada oranglah. Ingatkan tak ada orang. Yalah, tak ada suara,” kata Affan lalu menunduk.

Melihat Qaseh yang hanya paras dadanya. Ternaik hujung bibir Affan sehingga telinga. Kalau boleh, nak senyum sampai koyak mulut dia.

Bila sudah lama tidak bersua, fuh dia punya paluan jantung itu, bukan main-main. Mengalah peserta yang berlari 100 meter di atas padang balapan. Tak ada yang berubah di wajah itu melainkan tak ada senyuman untuk dia.

Qaseh sakit ke?

Menatap senyuman itu, buatkan Qaseh diserang rasa seram. Berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahram, semestinya ada yang ketiga.

Apabila Affan maju, Qaseh pantas mengundur. Hendak menangis Qaseh jadinya. Bukan ini yang dia nak. Yang dia nak adalah penjelasan daripada mulut Affan.

“Tak penat ke asyik berlari dalam fikiran saya?”

Hah sudah! Lelaki itu bagi pickupline pula! Qaseh sudah serupa cacing kepanasan walaupun ruangan dapur itu ada pendingin hawa.

Tuk!

Badan Qaseh sudah bersandar pada peti sejuk. Mata terus ditutup. Tak ingin melihat lelaki itu mendekati dirinya lagi.

Affan tak berhenti daripada tersenyum. Dia mengambil jarak di antara mereka. Tahu yang Qaseh takkan selesa duduk rapat dengan dia. Bahkan berdua-duaan seperti itu.

“Kenapa setiap kali saya datang rumah awak, awak tak keluar pun? Awak...”

“Sakit,” balas gadis itu dengan memintas bicaranya.

Kepala dianggukkan. Sakit rupanya.

Mereka berdua mendiamkan diri. Affan pandang Qaseh. Manakala Qaseh pandang lantai. Affan masukkan tangan ke dalam kocek seluar.

“Lantai tu lagi kacak daripada saya ke?”

“Haah.”

Auch, pedih sungguh hati Affan. Tak sangka Qaseh yang lemah lembut itu, menjawab soalannya dalam bentuk begitu.

Qaseh jeling Affan. Takkan lelaki itu tak tahu zina mata? Berdosa kut.

Dia rasa nak cepat-cepat keluar dari ruangan dapur itu. Tak mahu orang lain nampak mereka berdua-duaan di dapur.

“Kalau tak ada benda penting nak cakap, saya keluar dulu,” ujar Qaseh dengan kaki yang berura-ura ingin melangkah pergi.

Kaki terhenti saat tangan kekar lelaki itu menghalang. Dia mengundur sedikit. Kepala mendongakkan ke hadapan.

Affan palingkan kepala ke sisi. Memerhati wajah Qaseh dari tepi. Hidung yang mancung itu menjadi tumpuan mata Affan.

“Ada. Pulangkan semula hati saya yang awak dah curi.”

Seraya itu tangan dilarikan. Affan tak mahu menyeksa Qaseh yang jelas-jelas tidak selesa dengan dirinya.

Laju Qaseh keluar dari ruangan dapur itu. Wajahnya berubah menjadi merah padma. Peluh sudah mengalir di wajah.

Gila!

Sejak bila pula dia ada curi hati lelaki itu? Bukan ke Affan sendiri yang beri dekat dia?

Qaseh rasa tepuk dahi sendiri. Sempat lagi dia fikirkan hal itu. Ergh, dia harap sangat otak dan hati dia saling bekerjasama! Penatlah kalau dua-dua tak sehaluan.

TBC

SEPARUH NYAWAKU PERGI - OGWhere stories live. Discover now