27

7.7K 752 11
                                    

SEJAK pergaduhan mereka di bilik bacaan

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

SEJAK pergaduhan mereka di bilik bacaan. Humaira sudah tidak nampak lagi kelibat Qaid, dia fikir malam itu Qaid akan tidur di bilik mereka dan dia menunggu kedatangan lelaki itu tetapi hampa. Tiada tanda-tanda yang Qaid akan masuk ke bilik mereka, sudahnya dia tunggu sampai tertidur. Niatnya untuk minta maaf kepada sang suami tergendala. 

Begitu juga semasa dia berada di kawasan istana, jangankan kata wajah suami malah bayang-bayang Qaid sendiri tidak kelihatan. 

"Humaira." Segera dia menoleh ke belakang apabila bonda menegurnya, Humaira melemparkan senyuman kepada wanita yang sudah separuh abad itu.

 Kini pandangannya bertukar arah.

"Kamu buat apa dekat sini? tak mahu masuk ke, dekat luar sini sejuk. nanti kamu demam pula." Tegur bonda apabila perasan Humaira berada di hadapan taman bunga milik anaknya. Pembantu istana yang berada di sisinya dipandang sekilas sebelum pandangan terarah semula kepada menantunya.

"Tak mengapa kalau begitu bonda." Jawab Humaira.

"Bonda kenapa berada di luar? tidak sejuk ke bonda?" Soal Humaira apabila melihat bonda berada di luar istana. Hairan, kerana setahunya bonda hanya duduk di dalam istana dan jarang keluar dari istana. 

"Bonda cari Muezza dan Luos, tadi bonda ada main bersamanya tetapi dia keluar pula, itu yang bonda keluar." Makin melebar senyuman Humaira apabila terdengar nama Muezza. Kucingnya dan Qaid. Luos pula kucing hutan, garang. Tak berani dia nak dekat dengan Luos, dia hampir dicakar dengan kucing hutan itu. Katanya kucing itu Qaid sendiri yang jumpa di dalam hutan. Manja pula kucing hutan tersebut dengan Qaid siap boleh baring lagi atas badan suaminya.

"Bonda pergi dulu, kamu jangan duduk luar lama sangat. salji lebat ni, nanti kamu demam Qaid yang susah hati." Setelah menerima anggukan hari Humaira, wanita tua itu melangkah untuk pergi.

"Bonda.." Panggil Humaira, dia berjalan mendekati bonda. 

"Mengapa?"

"Humaira mahu pulang ke rumah, mahu melawat walid. Boleh ke bonda?" Semenjak  berkahwin dia sudah tidak berjumpa dengan walidnya. Rindu, inilah masa yang sesuai dia pulang ke rumah walid.

 Dia ada juga cari suaminya untuk minta izin kerana ingin pulang ke rumah tetapi kelibat suaminya langsung tidak kelihatan, entah kenapa rasa duduk di istana seperti dikurung. Sebab dia tidak boleh keluar sesuka hati tanpa alasan yang munasabah. Takkan kalau nak jumpa bapa sendiri tidak munasabah.

Humaira diam menanti jawapan bondannya.

Dalam sudut hati yang paling dalam,  ada rasa sedikit menyesal dengan perkahwinanya dengan Qaid, sebab itu dia tidak mahu berkahwin dengan Qaid pada awalnya. Tengoklah sekarang dia tidak boleh ke mana-mana.

Di Bawah Salju Onde as histórias ganham vida. Descobre agora