18

9K 853 36
                                    

CUACA berubah mendung seperti mengetahui isi hati yang turut sedih kerana semua pergerakan terbatas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


CUACA berubah mendung seperti mengetahui isi hati yang turut sedih kerana semua pergerakan terbatas. Kaki yang tidak bergerak ditepuk berkali-kali, walaupun lumpuh hanya sementara tetapi Humaira rasa itulah azab yang seksa. Mengambil wuduk pun memerlukan bantuan orang lain dan dia terkurung di dalam istana tanpa bebas keluar untuk berjalan-jalan, jika waktu sebegini dia sudah berjalan bersama walid walaupun keadaan cuaca yang tidak berapa baik. Dari kehidupan seharian semuanya memerlukan bantuan orang lain.

Perbualan walid dan Qaid semalam menyapa gegendang telinganya, walid membenarkan dirinya untuk tinggal di istana tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Katanya ada orang boleh yang jagakan berbanding tinggal di rumah. Ramai mata-mata di istana ini untuk menjaga keadaan dirinya.

Itu semua permintaan Qaid untuk dia tinggal di istana sementara waktu. Bercakap tentang walid dia terlupa tentang ibunya yang bekerja di sini. Segera dia menggerakkan kerusi roda dengan sebelah tangan, agak susah tetapi berjumpa dengan ibunya dia sanggup. Sudah lama wajah syurganya dia tidak pandang, bagaimana dia boleh terlupa ibunya kerja di sini.

Pusing saja ke belakang, wajah kacak Qaid menjadi tatapan. Lelaki itu berdiri tegak dengan kedua tangan di belakang.

"Sejak bila awak ada di situ?" Tanya Humaira. Dia tidak perasan atau dengar bunyi tapak kasut seseorang, wajah jejaka itu memenuhi segenap matanya. Kening Humaira berkerut dengan perlakuan Qaid dari tadi tangan yang di nyorokkan di belakang bergerak gerak.

"Kau mahu pergi mana? Kenapa tak panggil saja mana-mana pembantu istana untuk bantu kau. Kau bukannya sihat untuk buat seorang diri. Kalau rasa tidak mahu menyusahkan orang banyak, jangan bertindak seorang diri."

Kata-kata Qaid menyebabkan tindak tanduknya terhenti. Terasa. Kenapa lelaki ini menyakitkan hati, dia tidak minta untuk jadi begini dan kalau boleh dia tidak mahu menyusahkan orang lain dengan membantunya setiap masa. Kenapa Qaid tidak faham apa yang dia ingin lakukan, dia sedaya-upaya untuk tidak menyusahkan orang lain tetapi lelaki di hadapannya ini malah bercakap seperti dia mahu menambahkan beban orang lain.

"Lain kali fikir guna akal. Kalau tangan kiri kau sakit atau patah, kau nak guna tangan mana lagi? jangan menyusahkan orang saja Humaira. Panggil pembantu istana, mereka bukan makan gaji buta atau tunggul yang tak melakukan tugasan." Wajah Qaid dipandang, tenang tapi kata-katanya cukup pedas sehingga dia terkaku tanpa mampu membalas sepatah.

Lelaki sebegini kah aku mahu berkahwin? katanya dalam hati. Qaid langsung tak faham atau dia yang tidak faham. Kerja pembantu istana bukan untuk berkhidmat untuknya, mereka juga ada tugasan yang perlu dilakukan

"Kau jangan buat perkara ini berulang lagi, sedar diri kau kau tak sempurna." Qaid terdiam selepas mehabiskan ayatnya, sedar yang dia keterlaluan dalam berkata-kata. Segera dia beristighfar di dalam hati, geram dengan sikap Humaira sehingga dia terlupa untuk berjaga-jaga dalam percakapan. Sedar Humaira terasa dengan ayat terakhirnya.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now