16

8.5K 845 64
                                    

BUAT sementara waktu, Humaira ditempatkan di istana untuk beberapa hari sehingga si gadis sedar dari lenanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUAT sementara waktu, Humaira ditempatkan di istana untuk beberapa hari sehingga si gadis sedar dari lenanya. Dia masih lagi belum sedar, racun dalam badannya membuatkan si empunya badan lemah dan tidak menyedarkan diri. Sepanjang hari tidak putus-putus orang di istana menjenguk Humaira, semua itu kehendak permaisuri. Bimbang Humaira sedar dan tiada siapa di sana bersamanya.

Awal-awal lagi Tuan Umair minta izin terlebih dahulu untuk pulang ke rumah kerana dia tidak boleh tinggalkan rumah tanpa ada penghuni, lagipun anak kucing  kesayangannya masih belum diberi makan. Sempat juga sebelum pulang dia pesan pada Qaid apa-apa mengenai Humaira harus diberitahu kepadanya.

Qaid menuruni tangga istana dengan tenang, dia nak pergi sesuatu tempat. Kaki melangkah ke arah pintu belakang istana. Menghiraukan mata-mata pengawal dan pekerja yang memandang pelik ke arahnya, jarang sekali dia melalui pintu tersebut. Matanya melilau mencari susuk tubuh Dizhwar di dalam istana.

Susuk tubuh orang kanannya tidak kelihatan sejak dia menyuruh lelaki itu untuk berjumpa dengan penyelidik mengenai racun yang ada pada anak panah tersebut.

"Kamu ada bertemu dengan Dizhwar?" Tanyanya kepada salah seorang pengawal yang menjaga pintu belakang istana.

"Ada, sebentar tadi. Dia pergi ke bilik pakaian pengawal." Qaid mengangguk lalu dia terus keluar dari istana dan menuju ke arah bilik pakaian pengawal. Teringat peristiwa dia menyamar sebagai salah seorang pengawal istana semata mata untuk menutup identitinya daripada Dizhwar. Bukan semudah itu untuk mengetahui identitinya.

Tiba-tiba dia tersenyum nipis apabila mengingati Humaira yang datang ke istana pada pagi tadi. Katanya ada perkara yang hendak dibincangkan tetapi sayang seribu kali sayang.  Tidak sempat gadis itu berjumpa dengannya, Humaira sudah sakit tercedera dek kerana manusia durjana.

Langkahnya semakin perlahan apabila melihat susuk tubuh Dizhwar yang sedang mengomel seorang diri dengan mulut yang dipenuhi dengan air minuman. Apa lelaki itu sedang omelnya.

Dia cuba berdiri di balik pokok, mendengar bicara Dizhwar tetapi sepatah pun dia tidak faham kerana dalam mulut lelaki jtu masih penuh dengan air minuman. Terggeleng-geleng kepalanya dengan tingkah laku Dizhwar.

Terus dia merapati dengan menyentuh bahu Dizhwar, dengan tindakan refleks air yang berada di dalam mulut Dizhwar terus tersembur ke arah muka. Qaid sudah mengerdipkan matanya memandang Dizhwar yang terkejut. Penutup botol ditutup laju sebelum jejaka itu memohon maaf kepadanya.

"Say.. saya tidak sengaja tuan, saya ter..terkejut ada orang sentuh bahu saya tiba tiba."

"Tuan baik-baik saja? tuan tidak marah saya, bukan?" Wajahnya sudah pucat apabila Qaid tidak membalas apa apa. Mahu mengelap buka Qaid, dia tidak berani walaupun sudah lama berkhidmat untuk jejaka itu.

"Tuan.." Qaid menggeleng kecil sebelum tangannya naik mengelap muka sendiri. Botol air yang sudah ditutup dipandang sekilas, kemudian matanya beralih ke arah Dizhwar yang ketakutan.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now