21

8.5K 931 163
                                    

HARI ini merupakan hari perkahwinan antara putera sulung Sultan Abdul Aziz dengan rakyat Marhaen

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

HARI ini merupakan hari perkahwinan antara putera sulung Sultan Abdul Aziz dengan rakyat Marhaen. Di sini kisah bermula perkahwinan Qaid Darwisy dan Adira Humaira. Semuanya berubah beberapa bulan yang lepas, Humaira sudah boleh berjalan kerana berkat kesabarannya yang berlatih untuk menjalan dan berdiri tanpa menggunakan kerusi roda ataupun mana-mana tongkat

Humaira membalas senyuman bapanya yang mengiringi dia berjalan menuju ke arah lelaki yang bakal bergelar suami sebentar lagi. Genggaman pada tangan Tuan Umair dieratkan, dia menjadi gemuruh apabila semua orang memandangnya diam tak bersuara. Sikit pun dia tidak memandang ke arah Qaid sejak masuk ke dalam dewan istana, dia hanya mendengar suara orang ramai yang berbisik-bisik. Entah apa yang dibisikkan, dia pun tidak pasti.

"Humaira bukan dalam jagaan Walid lagi." Bisik Umair. Humaira memandang sekilas wajah bapanya, terpancar wajah sayu walaupun lelaki tua itu tersenyum tetapi dia tahu berat bagi seorang bapa untuk melepaskan dia ke tangan orang lain.

"Jangan derhaka dengan suami lepas ni. Ikut arahan suami selagi tidak bercanggah dengan agama islam."

"Baik walid." Terasa tangannya dilepaskan, terus dia memandang wajah Tuan Umair. Lelaki itu tersenyum manis ke arahnya, senyuman yang dia tidak pernah lihat sepanjang dia hidup.

Kini dia berdiri di hadapan Qaid. Dia perasan bahawa dirinya diperhati tetapi dia takut mengangkat kepala untuk memandang wajah suaminya. Terasa bisikan suara yang menyebut namanya.

Humaira menatap anak mata Qaid apabila namanya disebut.

"La Tahzan." Ucap Qaid. Senyuman nipis diberikan kepada Humaira, mungkin isterinya sedih barangkali kerana dia akan pergi tinggalkan Tuan Umair. 

"Aku janji aku jaga kau macam mana walid jaga kau. Mungkin lebih dari itu. Kalau walid jaga kau kerana kau satu satunya permata yang dia ada, aku akan jaga kau kerana Allah yang menghantar kau sebagai pelengkap tulang rusuk kiri aku." Kata kata Qaid membuatkan senyuman Humaira semakin lebar.

Suara suara rakyat Marhaen yang bersorak itu membuatkan Humaira tertunduk malu, walaupun mereka tidak mendengarkan perbualan Qaid dan dirinya mungkin lihat dari segi reaksi mereka dapat tangkap.

Hazrat dari jauh hanya tersenyum tawar, mungkin dia yang lambat memetik bunga. Nampaknya dia perlu padam nama Humaira di dalam hatinya kerana wanita itu sudah menjadi isteri orang. Sudah ditakdirkan Humaira bukan jodohnya. Mungkin dia kena cari atau tunggu jodohnya. Siapa je yang mahu aku? Muka hensem pun tak ada siapa yang nak.



TUDUNG dibuka lalu diletakkan perlahan lahan di atas katil. Bilik yang dia huni sebelum ini sudah tidak diduduk lagi. Sekarang dia satu bilik dengan lelaki yang bergelar suami. Dia rasa gemeruh kerana tidak pernah dekat atau sebilik dengan mana mana lelaki, walaupun sudah bergelar isteri Qaid tetapi perasaan takut tetap ada.

Di Bawah Salju Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon