39

6.6K 665 122
                                    

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 

RASA seperti mahu keluar dari istana untuk hirup udara segar, perut yang kempis diusap perlahan. Humaira tersenyum lebar apabila mengetahui ada satu nyawa yang ditiupkan oleh Allah dalam perutnya.

Patutlah dirinya mengidam bukan-bukan belakangan ini kerana semua berpunca daripada roh kecil yang menumpang dalam badan.

"Ehee tak sabarnya ada baby." Bisiknya seorang diri.

"Tuanku hendak ke mana?" Tanya seorang pengawal yag menjaga pagar.

"Beta nak jalan-jalan, kalau Tuanku Qaid balik tolong cari beta untuk maklumkan kepulangannya."

Suaminya ke luar negeri beberapa hari untuk menguruskan hal perdagangan dengan ketua wilayah.

"Tuanku.." Serba salah rasanya untuk menghalang.

"Mengapa? Ada yang tak kena ke?" Soalnya sambil melemparkan senyuman kepada pengawal.

"Tuanku Qaid tak izinkan Tuanku keluar sesuka hati, patik hanya menjalankan tugas saja. Lagipun patik takut Tuanku Qaid murka kalau baginda tahu Tuanku keluar." Dari awal perkahwinan mereka lagi dia sudah menerima amaran daripada putera sulung mantan Sultan Abdul Aziz.

"Pandai-pandai lah saya pujuk dia, awak jangan risau. Beta keluar sekejap saja."

"Tapi tuanku.."

"Shhh. Beta tak nak dengar apa-apa lagi. Buka pagar ni cepat."

Pagar utama istana dibuka oleh pengawal, Humaira keluar seorang diri tanpa pengawal atau pembantu. Dia hanya berjalan kaki tanpa menaiki kereta kuda.

Masa untuk bersenam.

"Eh bunga babylon." Humaira memetik bunga tersebut.

Dengar suara seseorang tertawa terus dia berpaling mencari empunya badan.

"Hazrat? Awak buat apa kat sini?" Bunga ditangan ditiup olehnya lalu bunga tersebut berterbangan dibawa angin.

"Itu bunga dandelion Tuanku, mana ada bunga babylon."

"Oh saya ingat tu bunga babylon." Dalam hati sudah mengutuk diri sendiri, malu punya pasal. Yakin saja sebut bunga babylon. Kalau sebut bunga babylon tak ada orang perasan tak apa juga, tak sangka pula ada orang dengar dia salah sebut siap pakej ketawa lagi.

Tak apa Humaira, buat buat pekak yang Hazrat ketawa anggap ni semua dugaan hidup.

"Diam lah Hazrat sebelum saya panggil pengawal kurung awak bawah tanah."

"Mana boleh macam tu Tuanku, patik tak berdosa." Terang Hazrat sambil mata memandang wajah Humaira, berseri wajah Humaira.

"Cis. Saya kan dah kata panggil saja macam biasa, tak payah gelarkan diri awak tu patik dan jangan panggil tuanku."

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now