29

8.6K 825 43
                                    

PAGI itu Humaira mengemas barang-barang kepunyaan bapanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


PAGI itu Humaira mengemas barang-barang kepunyaan bapanya. Masih lagi rasa kehilangan lalu bibirnya melakar senyuman hambar, rasa seperti mimpi berkali-kali. Dia hanya mengemas pakaian arwah bapanya kerana di dalam rumah itu yang berharga adalah pakaian, tiada benda yang berharga selain daripada itu.

Haih. 

Tak boleh melawan takdir.

Cepat atau lambat semua orang akan pergi yang menentukan hanyalah masa apabila Allah mengarah malaikat untuk mencabut nyawa setiap ummat manusia.

Tangannya melipat kemas baju kepunyaan arwah si bapa, dia ingin membawa semua baju bersama memandangkan baju bapanya hanya beberapa helai sahaja. Ketika tangan menarik baju terakhir keluar dari almari, ada sepucuk surat kelihatan terselit di dalam baju berwarna putih lusuh itu.

Baju yang selalu walid pakai. Humaira mendekatkan baju itu lalu menghidu, seperti arwah bapanya masih ada. Bau walid melekat pada baju putih lusuh itu.

Sepucuk surat tadi jatuh ke lantai. 

Dahi dikerutkan. Kemudian dia mengambil dan dia belek, lama dia perhati surat tersebut kerana surat itu tak buruk ataupun terkoyak seperti surat yang berada di tangannya ini masih baru lagi.

"Maira.." Panggilan Qaid menyentakan lamunan dari berfikir. Wajah suaminya dia pandang.

"Dah siap?"

Humaira menyorokkan surat tersebut di balik baju. 

"Dah, tapi ada lagi sedikit, Kanda tunggu di luar sebentar lagi saya keluar." Baju arwah walid yang telah dia masukkan dalam kain terus diserahkan pada suaminya. 

Kain yang berbungkus baju itu bertukar tangan dan Qaid terus keluar dari rumah, menunggu Humaira yang masih di dalam. Memberi ruang kepada isterinya untuk kali terakhir selepas ini dia akan sepenuhnya memberi kasih sayang kepada Huamira.

Kain yang berada di tangan tadi dia letakkan ke dalam kereta kuda yang sudah tersedia depan rumah. Berulang kali dia ke rumah dan ke istana untuk memberitahu pengawal supaya bersiap membawa kereta kuda ke rumah Tuan Umair. 

Semasa Qaid hendak masuk ke dalam istana, dia nampak keluarganya bergegas untuk keluar. Apabila ditanya ayahanda mengatakan bahawa mereka ingin menziarahi perkuburan Tuan Umair. 

"Kanda, mari gerak." Suara isterinya menyapa gegendang telinga, pantas Qaid menoleh ke arah Humaira yang sedang berdiri di hadapan pintu. 

Qaid mengangguk.

Humaira bergerak mendekati kereta kuda, baru sahaja dia angkat kaki untuk masuk. Qaid menahannya.

"Letakkan barang di dalam, kau tunggang kuda ini dengan aku." Arahnya.

Humaira terpinga-pinga sekejap dia memandang Qaid, sekejap dia pandang kuda suaminya itu. Tidak percaya.

"Satu kuda dua orang?" Sudahlah dia memakai dress istana yang kain kembang, kepala yang gatal digaru kemudian keningnya pula gatal. Semua dia nak garu tidak ubah seperti monyet.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now