6

9.9K 962 31
                                    

HUMAIRA memandang walidnya yang tekun membuat roti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HUMAIRA memandang walidnya yang tekun membuat roti. Malam ini, mereka hanya makan roti sahaja. Jika di sini makanan utama sudah semestinya roti bukan nasi.

"Walid lambat lagi ke nak makan, adik lapar ni." Humaira merengek manja. Dia lebih rapat dengan walid berbanding ibunya. Sudah menjadi kebiasaan sejak dari kecil.

"Sabar Maira, walid tengah buatkan istimewa untuk Maira."

"Betul eh?" Humaira bangun, dia berjalan dan membiarkan tangannya meleret di atas meja.

"Betul sayang walid." Humaira ketawa kecil. geli barangkali apabila walidnya memanggil dirinya sayang. Bukan tak pernah panggil sayang, tapi dia dah besar. Kalau dulu bolehlah walid panggilannya dengan gelaran sayang tetapi bila dah besar dan sudah menjadi anak dara ini dia rasa agak geli. Biarlah geli sekalipun dia tetap anak walid.

"Bila ibu nak balik walid? Walid kata ibu kerja dekat istana. Rumah kita bukan jauh mana pun dengan istana tu." TuanUmair terdiam seketika. Kemudian dia tersenyum nipis.

"Memanglah rumah kita dekat dengan istana, tapi istana kan ada apa..." Meleret sahaja suara Tuan Umair. Rasanya dia sudah lama tidak meluangkan masa bersama anaknya yang sorang itu. Dulu Humaira sentiasa menceriakan hati tuanya dan menyakatnya.

"Protokol!" Ucap Humaira ceria. Kalau diberi peluang. Dia mahu sahaja pergi ke istana dan mencari ibunya tetapi dia dihalang oleh walid kerana dia perlu menghormati kerabat di raja dan mengikuti undang undang di sini.

"Betul. Dah pergi sana jangan kacau walid, nanti dah siap baru walid panggil makan."

"Eleh walid ni, kacau walid pun tak." Humaira merapati walidnya kemudian pinggang Tuan Umair di geletek, ketawa riang lelaki tua itu.

"Adik walid kata apa tadi?" Tajam matanya menipis ke arah Humaira. Humaira tak pernah berubah. Nakal selalu.

"Kacau walid ahahaha." Dia melangkah pergi bersama tawa, suka dapat meyakat bapanya. Menyakat itu satu hobinya.Dia bahagia berbuat demikian, Humaira tidak reti menunjukkan rasa sayang setulusnya kepada bapanya. Tetapi dengan cara menyakat itu dia tunjukkan bahawa rasa sayang pada orang tuannya.

"Walid, adik nak keluar boleh?" Pinta Humaira manja. Selepas menyakat dia perlu memujuk semula Tuan Umair mana tahu lelaki tua itu tidak mahu memberi keizinan untuk keluar. Mendapat lah kau Humaira kalau kau tak dapat keluar. Siapa suruh kau kacau walid tengah buat roti.

"Nak pergi mana?" Soal Tuan Umair, dia memandang sekilas ke arah anak daranya kemudian dia masukkan roti ke dalam pembakar.

"Nak pergi gerai, nak beli manisan coklat."

"Kalau kat luar, salji lebat tak payah pergi. Nanti walid belikan." Ucap walid. Dia tidak mahu anaknya kesejukan, kalau boleh dia akan menjaga anaknya semampu yang boleh. Selagi dia ada kekuatan, dia akan menjaga Humaira. Humaira adalah satu satunya anak yang dia ada bersama isterinya, Summayah. Dia sudah berjanji dengan isterinya bahawa dia akan menjaga Humaira, dia tak akan membiarkan anaknya yang satu itu berduka dengan sesuatu hal.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now