51

11.3K 862 116
                                    

ISKENDER diturunkan ke bawah sebaik sahaja mereka berdua sampai di perkampungan Murabbi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ISKENDER diturunkan ke bawah sebaik sahaja mereka berdua sampai di perkampungan Murabbi.

Manisan yang berada di tangan Hazrat diambil olehnya dengan perasaan tidak sabar.

"Jumpa lagi pak cik." Katanya lalu berlari terkedek-kedek meninggalkan Hazrat yang sedang memasukkan kudanya ke dalam kandang.

"Is tunggu kejap, jangan lari." Pintu kandang ditutup olehnya dari luar.

Badan dipusingkan mencari susuk tubuh Iskender yang meninggalkannya sebentar tadi.

"Ya Allah, pak cik dah kata jangan lari. Kan dah jatuh." Hazrat segera berlari ke arah anak Humaira yang jatuh tersungkur di atas jalan yang berbatu.

Dia bangunkan Iskender yang sedang tertiarap di atas jalan. Wajah kecil itu dipandang sekilas, jelas kelihatan Iskender menahan sakit kesan daripada terkena batu.

"Boleh jalan tak ni?"

Seluarnya juga turut terkoyak dan ada tompokan darah pada seluar. Hazrat mengambil tangan Iskender lalu dia melihat tapak tangan kecil itu dengan penuh berhati-hati. Batu batu kecil yang melekat pada tangan Iskender dia tiup perlahan.

"Pak cik nak dukung." Pintanya dengan riak wajahnya ditahan supaya tidak menangis.

"Kan dah pesan jangan lari, ni dah jatuh macam mana?  Nanti bonda marah pak cik."

Diam sahaja Iskender apabila nama Humaira disebut. Tangan kecil itu naik menunjuk manisan yang sudah tercampak jauh.

"Kejap." Hazrat bergerak mengambil manisan kepunyaan Iskender. Budak itu seperti lebihkan makanan daripada sakitnya.

"Kotor ke pak cik? Nanti bonda tak boleh makan."

"Tak kotor." Pipi anak Humaira dicium, geram betul tengok muka comel Iskender.

Kemudian, dia mendukung Iskender pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan ke rumah budak kecil itu tidak henti henti bercakap tentang dirinya takut dimarahi oleh Humaira.

"Bukan ke bonda baik dengan Is? Kenapa bonda nak marah Is pula."

"Bonda tak marah kalau Is jadi baik, kalau Is nakal nanti bonda marah. Takut." Adunya dengan muka sedih.

"Kalau Is jujur mesti bonda tak marah, cuba Is pujuk bonda."

"Takutlah pak cik."

Hazrat tersenyum senget, tahu pula takut. Tadi masa lari tinggalkan dia kat belakang tak ingat pula.

Tiba sahaja di hadapan rumah Iskender diturunkan, sempat pipi tembam itu dicium lagi sekali.

"Pergilah." Tergeleng-geleng kepala Iskender, tangannya yang kecil memeluk sebelah kaki Hazrat.

"Bonda tak marah." Lembut dia memujuk Iskender yang ingin menangis.

"Assalamualaikum, Tuanku." Diketuk pintu rumah yang tertutup rapat.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now