19

8.2K 790 70
                                    

PERJALANNYA untuk pulang ke istana tergendala apabila dia ternampak seseorang sedang melakukan amalan ritual di bawah hujung pokok di hujung sana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PERJALANNYA untuk pulang ke istana tergendala apabila dia ternampak seseorang sedang melakukan amalan ritual di bawah hujung pokok di hujung sana. Bersaksikan dua biji yang melihat amalan itu dilakukan.

Matanya tidak silap lagi untuk membezakan warna yang di minum oleh pemuda tersebut. Itu darah bukan air biasa.  Mana mungkin ada air berwarna merah pekat di negara ini. Qaid turun lalu dengan langkah yang perlahan dia mendekati jejaka tersebut.

Darah di minum, lalu mulut yang dipenuhi dengan darah disemburkan ke hadapannya. Qaid berkerut kening, apa yang dia cuba lakukan. Dia berlindung di sebalik batang pokok yang besar agar kehadirannya tidak disedari.

Perkara yang sama pemuda itu ulangi. Matanya terpandang sekeping gambar yang dipegang oleh lelaki tersebut. Cuba dia amati dengan betul wajah pemilik yang berada di dalam gambar.

Tidak mustahil.

Walaupun gambar sudah dipenuhi dengan darah. Tetapi, dia tahu siapa gerangan di dalam gambar. Dalam gambar yang menjadi amalan ritual adalah wajahnya sendiri. Wajahnya sendiri.

Qaid mengetap gigi menampakkan rahang. Kemarahannya sudah memuncak, tidak sangka ada orang yang melakukan amalan ritual dengan menggunakan gambarnya. Segera dia mendekati pemuda tersebut yang sedang leka. Ini tidak boleh dibiarkan, makin lama makin biadap rakyat Turki yang menentang empayar Turki. Cuba dibiarkan tetapi semakin hari semakin teruk sehinggakan wajahnya dijadikan sebagai upacara.

Kaki laju menyepak kuat mangkuk kaca yang berisi darah, pecah. Tangan lelaki itu di pijak oleh Qaid. Matanya menangkap semua barang yang di situ. Matanya terpandang buku sihir yang berada di tepi si jejaka. Baru saja dia ingin mengambil buku tersebut, laju tangan lelaki itu mencapai buku. Qaid tarik laju keluar pedangnya sehingga bunyi tarikan pedang terhasil, lalu di hayun ke leher pemuda yang melakukan perbuatan keji sebentar tadi.

"Letak semula, sebelum roh kau terpisah dari jasad." Tegasnya. Dia tidak mahu membazirkan masa, jika lelaki itu masih berkeras dia terpaksa melakukan cara yang lebih 'baik' untuk mendapatkan buku tersebut.

"Kalau kau sayang nyawa kau, letakkan kembali buku itu pada tempat asalnya." Arah Qaid sekali lagi. Segera pemuda tersebut meletakkan buku itu. Qaid terus merampas buku amalan sihir yang sudah diletakkan pada tempatnya. Pedang yang tajam dimasukkan kembali pada sarungnya. Topeng yang menutupi muka di tarik kasar.

Panjang umurnya.

Baru sebentar tadi lelaki itu berada dalam perbualan mereka.

Furkan kembali.

Wajah lelaki itu penuh dengan segala ukiran, mengucap panjang Qaid melihat keadaan adik kembar Hazrat. Teruk sangat ni. Sanggup berpaling dari agama untuk di pandang seperti seorang yang berkuasa. Tetapi Furkan salah, makin ramai benci dengan kelakuan lelaki itu tidak hanya manusia, sudah tentu Allah melaknat orang seperti ini.

"Kau masih berkeras untuk buat perkara keji ini atau kau mahu hadiah terbaik menanti diri kau, Furkan?"

Lelaki itu tertawa sinis mendengar nama terakhir itu.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now