23

8.7K 855 53
                                    

 

SELEPAS habis makan malam, Zehra terus menarik tangan Humaira ke suatu tempat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELEPAS habis makan malam, Zehra terus menarik tangan Humaira ke suatu tempat. Mereka berdua meninggalkan Qaid yang terpingan-pinga kerana ditinggalkan oleh isteri dan adik bongsunya.

Tanpa melengahkan masa dia terus pergi ke luar istana untuk berjumpa dengan Dizhwar. Ada benda yang perlu dia uruskan dengan lelaki itu. Rambut yang terjuntai di dahi dia biarkan, malas mahu membetulkan rambut.

"Kanda Qaid." Sapa Adaskhan dari jauh apabila dia terpandang susuk tubuh abangnya yang melangkah ke luar dari istana. Dia berjalan mendekati abangnya apabila lelaki itu berhenti di depan pintu masuk istana. Dia perhati sahaja kelakuan abangnya kemudian dia mencari susuk tubuh kakak iparnya, Humaira.

Tidurkah gadis itu?

"Hendak ke mana?" Ujar lelaki itu kemudian, matanya memandang tingkat atas yang menempatkan bilik Qaid dan Humaira. Mana tahu isteri kepada abangnya keluar dari bilik.

Tetapi tekaannya salah sama sekali.

"Mahu berjumpa dengan Dizhwar sebentar. Adaskhan ada berjumpa dengannya?" Tanya Qaid. Badan di sandar pada pintu, kedua tangannya disilang rapat ke dada bidangnya. Alang-alang Adaskhan sudah ada, baik dia bertanya terus tentang keberadaan Dizhwar. Mana tahu adik lelakinya tahu di mana Dizhwar berada.

"Bukankah dia pulang ke kampung untuk melawat ibunya? Apa kanda tidak tahu tentang hal itu?" Qaid mengerutkan kening. Balik kampung? kenapa dia tidak tahu dan macam mana Adaskhan tahu terlebih dahulu daripadanya. Mengapa lelaki itu tidak memaklumkan kepadanya sebelum berangkat ke kampung? Pelbagai soalan yang diajukan kepada diri sendiri.

"Bagaimana kamu tahu tentang kepulangannya ke kampung? Dizhwar tidak memaklumkan hal itu kepada kanda terlebih dahulu." Tangan dijatuhkan kemudian dia berdiri tegak.

"Adaskhan tahu sebab ayahanda yang beritahu." Wajah abang sulungnya dia pandang. Pelik.

"Dizhwar tidak beritahu kepada kanda tentang kepulangnnya ke kampung?" Sambungnya lagi. Kepala yang gatal dia garu. Dia sendiri tertanya-tanya, kerana Qaid orang yang paling rapat dengan Dizhwar. Tapi mengapa..

Ke ada sesuatu yang Dizhwar sembunyikan daripada kandanya.



LAMPU bilik dibuka, terus bilik itu terang benderang. Humaira hanya memerhatikan sahaja tingkah laku adik iparnya, apa yang wanita itu mahu tunjukkan kepadanya sehingga perlu berbisik ketika di meja makan tadi. Humaira melangkah setapak kehadapan supaya kedudukannya dekat dengan Zehra.

"Jom." Gadis itu menarik lembut tangannya ke satu tempat, dia perhatikan bilik itu. Tiada yang menarik semua hanya buku-buku yang tersusun kemas dan ada buku yang sudah berhabuk mungkin buku itu tidak disentuh. Bilik itu saja sudah penuh dengan buku-buku, dia tidak pasti buku apa yang mereka sekeluarga simpan.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now