8

9.3K 986 27
                                    

HUMAIRA membelai badan kucing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HUMAIRA membelai badan kucing. Suka tengok warna dan bulu kucing tersebut, cantik dan lebat. Kucing salju, Humaira menggelar kucing tersebut dengan nama kucing salju kerana dia menerima kucing itu pada musim salji.

"Meow." Dia tersenyum kecil, comel. Kemudian, Humaira baring di atas lantai lalu dia bermain bersama kucingnya.

"Meow." Dia terus mencium kucing yang mengiau sejak dari tadi lagi.

Dia bangun kembali apabila d
sedar pintu rumah dibuka dari luar, salam dibalas olehnya apabila terdengar suara walidnya memberi salam ketika masuk ke dalam rumah.

"Adik tengok ni, walid bawak balik seseorang yang istimewa." Umair tersenyum nipis ke arah anaknya. Mata terpandang kucing yang berada dalam pangkuan anaknya. Ini ke yang dimaksudkan oleh Qaid tadi, dia bagi anak aku kucing?

Humaira mengerutkan dahi apabila walidnya mengatakan dia bawak balik seseorang yang istimewa. Siapa pulak walid bawak balik ni. Kepala yang gatal digaru.

"Siapa?" Dia mendekati walidnya dengan keadaan yang bingung. Kemudian, muncul seorang wanita masuk ke dalam rumah. Matanya terbutang luas. Terus dia dakap tubuh wanita itu.

"Ibu!" Erat pelukannya, akhirnya bertemu juga dengan ibunya. Orang kedua yang dia cari adalah ibunya. Sepanjang dia duduk dengan walid di sini, Humaira tidak henti-henti memikirkan keberadaan ibunya. Hari ini bapanya pulang bersama si ibu.

"Ya sayang." Wanita itu tersenyum gembira. Pelukan Humaira dibalas, dia juga rindu Humaira. Sudah lama tidak jumpa gadis itu.

"Dah besar anak ibu." Kepala Humaira dicium berkali kali. Setelah itu, dia melepaskan pelukan.

"Okay ke duduk sorang-sorang kat sana?" Tanya ibu Humaira apabila dia teringat gadis itu duduk di sana selama dua tahunn.

"Tak okay. Maira kena berdikari. Dulu tak pandai berdikari, sekarang dah pandai berdikari. Ada hikmah jugalah walid dengan ibu tinggalkan Maira dekat sana tu sorang-sorang." Ibunya tersenyum senang. Syukur anaknya pandai berdikari. Kalau tak dahulu, Humaira akan bergantung pada ibu bapanya. Dia tumpang gembira dengan Humaira.

"Adik, siapa bagi kucing tu?" Tanya bapa gadis itu apabila dia melihat ada seekor kucing yang sedang bermain dengan bola kecil.

"Qaid datang tadi walid." Jujur Humaira. Dia mengambil kucingnya lalu diserahkan kepada bapanya, tetapi kucing itu diserahkan semula pada Humaira.

Umair menganggukkan kepala, betullah apa yang dikatakan oleh Qaid. Lelaki itu sudah memberitahu bahawa dia pergi ke rumahnya. "Dia bagi adik kucing?" Humaira hanya mengiyakan jawapan bapanya. Kucing itu kucing parsi.

"Qaid? maksudnya, Tuanku Muda Qaid Darwisy ke adik?" Soal ibunya pula. Dia memandang Humaira yang sedang memeluk erat kucing tersebut, seperti tidak mahu berenggang.

"Ya." Humaira tersenyum.

"Dia bagi bila kucing ni?" Soalnya lagi, jarang sekali Qaid mahu memberi kucing kepada orang lain apatah lagi kucing yang berada dalam pelukan Humaira adalah kucing kesayangannya. Dia tahu itu kucing Qaid kerana dia pernah nampak kucing tersebut di dalam istana.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now