1

38.8K 1.4K 66
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Terdapat banyak kesalahan ejaan,tatabahasa dan banyak merapu

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

Terdapat banyak kesalahan ejaan,tatabahasa dan banyak merapu. Jadi silakan baca kalau rasa ada kesabaran yang tinggi. :)

KEADAAN pasar yang riuh-rendah membuatkan seorang gadis tersenyum ceria

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

KEADAAN pasar yang riuh-rendah membuatkan seorang gadis tersenyum ceria.

Matanya melilau memandang keadaan pasar tersebut dengan tangan tidak lepas memegang bakul.

"Kak Dira!" Humaira menoleh ke arah seorang gadis yang sedang melambaikan tangan ke arahnya.

Dia turut melakukan hal yang sama seperti gadis itu. Cepat saja kaki mengorak langkah mendekati gadis bernama Zarina.

"Cepatlah Kak Dira, tadi bukan ke kita sudah berjanji untuk datang awal ke pasar ini?"

Humaira hanya melemparkan senyuman tidak bersalah. Memang betul apa yang gadis itu katakan, tetapi dia perlu uruskan jiran di sebelah rumahnya kerana wanita itu tidak sihat tubuh badan. Bukan sengaja untuk datang lambat ke sini.

"Maaflah, Kak Dira tidak sengaja." Hidung gadis itu dia cuit apabila Ina sudah menarik muka masam. Memang salahnya, mesti Ina sudah lama menunggu dirinya di sini.

Dia mengalihkan perhatian ke arah tempat pelabuhan apabila bunyi kapal yang mendarat di kepulauan Melayu Melaka.

Pasti para pedagang dari luar, biasanya pedagang dari China ataupun pedagang Arab yang menjalankan perdagangan di sini. Mereka menjual tembikar serta barang-barang yang lain.

"Kalau begitu, ada baiknya juga Kak Dira belanja Ina dengan membelikan Ina pasu bunga yang cantik dari gerai Pak Arab itu." Tangan menunjuk ke arah sebuah kedai yang penjualnya adalah seorang lelaki berbangsa Arab.

"Baiklah kalau begitu. Sebagai tanda maaf Kak Dira kepada Ina, Kakak tunaikan apa yang Dira mahukan tapi Ina jangan merajuk lagi dengan kakak." Laju saja Ina angguk setuju. Mana mungkin dia ingin menarik muka dengan gadis bernama Adira Humaira. Dia tak sampai hati.

Di Bawah Salju जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें