30

9.3K 809 59
                                    

 ADASKHAN menghampiri kakak iparnya apabila ternampak susuk tubuh Humaira yang ingin keluar dari pintu utama istana, segera dia tegur Humaira yang tergesa-gesa untuk keluar

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

 ADASKHAN menghampiri kakak iparnya apabila ternampak susuk tubuh Humaira yang ingin keluar dari pintu utama istana, segera dia tegur Humaira yang tergesa-gesa untuk keluar.

"Kakanda Humaira." Suara Adaskhan berjaya membuatkan Humaira terhenti.

Humaira menoleh ke arah tuan badan.

"Kakanda mahu ke mana?" Saja bertanya kerana dia jarang nampak Humaira berlegar di dalam istana, dia pun bukan selalu berada di kawasan istana. Jadi inilah masa yang sesuai untuk menegur wanita itu.

"Mahu ke pasar."

"Seorang diri?" Tanya Adaskhan, cakap tentang pasar dia sudah lama tidak jejakkan kaki ke sana.

"Tidak, dengan kanda Qaid. Dia yang ajak pergi ke sana." Humaira melangkah keluar melepasi pintu istana apabila pintu tersebut sudah tersedia dibuka oleh pengawal istana.

 Langkahnya sekali lagi terhenti apabila Adaskhan bersuara.

"Nak ikut!" Dia tersenyum apabila kakak ipar dan abangnya ingin ke pasar.

"Boleh, mari lah.. Zehra ada?" Tanya Humaira, biasanya Zehra suka apabila mereka ingin keluar dari istana. Oleh itu, dia ingin mengajak adik iparnya yang satu itu.

"Tiada, ikut bonda ke luar negeri. Katanya mahu mengikut bonda berjumpa dengan isteri ketua wilayah timur." Humaira mengangguk, nanti gadis itu balik mesti rasa menyesal kerana tak dapat ikut keluar ke pasar. 

"Okay, mari nanti kanda Qaid marah pula sebab lambat." Humaira berjalan meneruskan langkah, susuk tubuh sanga suami dia dekati apabila lelaki itu sedang menunggu di hadapan pintu gerbang istana. Dia berlari sedikit bagi mempercepatkan langkahnya untuk sampai ke pintu gerbang istana.

Suaminya yang sedang mengusap belakang kuda itu dia perhati, mesti kuda itu sangat jinak dengan Qaid. 

"Qaid." Laju dia memandang ke arah suara yang memanggil namanya tadi.

"Apa? ulang semula, Qaid?" Humaira tersengih comel, lengan suaminya dia capai. Tahu Qaid tidak suka apabila dia memanggil lelaki itu dengan nama. Jadi selepas kahwin mereka terus menukar panggilan, bukan mereka tetapi lebih tepat dia kerana Qaid tidak pernah menukar nama panggilan. Masih kekal sama kecuali lelaki itu ingin bermanja dengan dia, mesti Qaid sendiri tukar panggilan itupun kalau suaminya mahu.

"Saya gurau saja." Humaira mengerutkan kening apabila suaminya menjentik dahinya, automatik tangan mengusap dahi yang rasa sakit.

"Takkan naik dua orang lagi? Tak mahu lah, saya takut kanda je tak selesa. Saya bukan apa saya..'' Terhenti percakapannya apabila Qaid terus mengangkatnya duduk di belakang badan kuda. Tengok tu, belum habis cakap lagi suaminya dah membangkang dulu dengan perbuatan. Terkejut Humaira apabila terasa badan dia di angkat.

"Jangan bagi alasan, kau suka kan sebenarnya? Sengaja tak mengaku. Dah selesa duduk rapat dengan aku lepas itu tak mahu mengaku." 

Humaira mencebikkan bibirnya, ayat yang keluar dari bibir Qaid sama sekali tidak benar. Dia masih lagi rasa janggal walaupun sudah berkahwin. 

Di Bawah Salju Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin