43

7.1K 740 80
                                    

NASI yang dihantar oleh pembantu istana sudah licin dia habiskan, dua hari tak makan sebab tak dapat larikan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NASI yang dihantar oleh pembantu istana sudah licin dia habiskan, dua hari tak makan sebab tak dapat larikan diri. Hari ini perutnya memang minta untuk disi. Humaira mengucap alhamdulillah selepas sedawa. Dia sorang dalam bilik bukan siapa tahu pun dia sendawa.

Perut yang kenyang membuatkan Humaira mahu baring melelapkan mata. Sedap betul tidur lepas makan, tetapi dia bukanlah orang seperti itu.

Wajah yang meninggalkan luka kering disentuh perlahan, lukanya tak dicuci membiarkan kuman dijangkiti.

"Apa yang kau tengok kat tingkap? Tunggu kekasih kau datang selamatkan kau,  macam itu ke?" Satu suara membuatkan Humaira memusingkan kepala ke arah empunya badan.

Jejaka itu tak habis-habis menuduhnya tanpa henti, bilalah suaminya hendak keluar dari istana. Sabar Humaira sikit saja masa lagi. Selepas itu kau boleh bebas.

"Tak ada-apa." Senada saja dia bersuara, malas nak gaduh dengan Qaid. Lelaki itu tak akan faham.

"Kau jangan lari pula, aku ada urusan kat luar. Aku tahu kau larikan diri jangan harap kau boleh bernafas lagi."

Air liur ditelan kasar, ugutan Qaid membuatkan jiwanya bergetar ketakutan.

"Kau dengar ke tak apa aku cakap?" Tegas nadanya bersuara seperti aura seorang panglima.

"Dengar."

Selepas itu, jelas kedengaran pintu bilik ditutup dan dikunci dari luar. Itulah hakikat yang perlu diterima, dia dikunci setiap kali Qaid keluar dari bilik itu.

Humaira mencebik, kaki melangkah ke arah tingkap. Matanya memandang ke arah bulan yang mengambang, sunyi betul suasana malam ini.

"Kalaulah boleh balik tempat asal, tinggal dekat sana. Mulakan hidup baru." Senyuman hambar terukir di bibirnya, sangat mustahil untuk dia pergi ke kerana perjalanan balik ke sana memakan masa hampir berbulan lamanya. Sudah tentu dia akan dikejar.

"Jangan mimpi kau boleh balik Maira. Sedangkan kau nak keluar dari istana pun dikawal ketat sepenuhnya."

Bunyi kuda menarik perhatiannya, Humaira memandang kelibat Qaid dan adik iparnya yang baru saja keluar dari istana. Betullah Dizhwar kata bahawa Qaid ada urusan di luar. Mata beralih memandang pengawal-pengawal yang menjaga di kawasan bangunannya.

Ramainya, macam mana Dizhwar nak tarik perhatian mereka? Dapat ke dia larikan diri lagi sekali? Ini sahaja peluang yang dia ada.

Badan direbahkan atas katil, memikirkan rancangannya sama ada berjaya atau sebaliknya.

"Nusyuz ke aku ya Allah sebab nak larikan diri dari suami?" Buntu. Banyak betul perkara yang difikirkan ketika ini.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now