42

7.1K 687 70
                                    

SEHELAI kertas putih dihulurkan dari celahan pintu, segera kertas tersebut diambil dan dibaca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEHELAI kertas putih dihulurkan dari celahan pintu, segera kertas tersebut diambil dan dibaca.

Maaf, tak boleh tolong kakanda Maira.

Bibir diketap kuat, sebaik sahaja membaca surat yang dikirimkan daripada Evsa. Ke hulir ke hilir kakinya bergerak di hadapan pintu, kemudian tapak tangan melekap pada pintu yang dikunci dari luar.

Siapa lagi yang kunci pintu kalau bukan Qaid. Rancangan untuk melarikan diri malam tadi gagal kerana lelaki itu. Dia sendiri sudah buntu. Tak tahu dengan cara apa lagi mahu keluar dari istana, kawasannya sekarang ini hanyalah di dalam bilik. Perlahan-lahan punggungnya dilabuhkan atas katil.

Tangannya yang ingin mengusap perut terhenti, lupa bahawa kandungannya telah gugur. Humaira tertawa kecil, macam mana dia boleh lupa akan hal itu.

"Ya Allah, tunjukkan aku jalan. Permudahkan urusanku." Mata dipejamkan, mencari cara lain untuk melepaskan diri.

Sekelip mata saja Qaid berubah perangai kerana satu fitnah. Bukan dari situ dia lihat perubahan suaminya tetapi dari sebelum lelaki itu berangkat pergi atas urusan kerja lagi Humaira sudah perasan. Bila ditanya, Qaid akan menjawab dengan kasar.

"Kakanda Maira." Sayup-sayup kedengaran suara Evsa dari celahan pintu.

Segera dia bangun menghampiri pintu lalu telinganya dilekatkan pada celahan pintu. Jelas kedengaran suara Evsa menyapa gegendang telinga. "Kakanda dengar sini, cuba cari tali atau kain untuk ikat. Evsa tak tahu ada ke tak kain untuk diikat, rasanya dulu kanda Qaid pernah bawa masuk kain panjang dalam bilik ni."

Mata meliar ke arah sekeliling bilik kemudian tingkap bilik dipandang, rasanya dia faham apa yang Evsa rancang untuknya.

"Kakanda cari sekarang." Humaira tersenyum kecil apabila mengetahui rancangan adik iparnya.

"Kalau ada tolong simpan baik-baik, nanti Evsa bagitahu apa yang perlu kakanda buat dengan kain tu." Selepas berkata begitu, jelas kedengaran tapak kaki Evsa berlari jauh dari biliknya.

Baru saja hendak pusing ke belakang, kedengaran pintu sedang dibuka dari luar oleh seseorang. Dia menanti gerangan yang membuka pintu.

"Tuanku, patik bawakan makanan."

"Mak cik." Orang yang masuk dengan membawa makanan adalah Puan Suzaima, wanita yang pernah dianggap ibu tetapi hakikatnya bukan ibu kandungnya. Cerita lama dia patut lupakan memandangkan ibu saudaranya sudah memohon maaf kepadanya.

Puan Suzaima menghadiahkan sebuah senyuman nipis buat wanita itu. Turut bersimpati dengan anak saudaranya.

"Saya tak nak makan."

Kepala di gelengkan. "Tuanku Qaid suruh makan, kalau Tuanku tak nak makan nanti baginda marah patik."

Perasaan serba salah menyapa dirinya.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now