2

14.8K 1.1K 42
                                    

MUKANYA di basahkan dengan mata air sungai yang mengalir deras

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


MUKANYA di basahkan dengan mata air sungai yang mengalir deras. Setelah solat subuh, Qaid memberikan masa kepada anak buahnya untuk melakukan sebarang pekerjaan. Apabila terbit fajar dia sendiri akan mulakan misinya pada hari ini. Matanya mengerdip beberapa kali, rasa segar apabila air sungai sampai ke wajah.

Otaknya ligat mengingati mimpi semalam. Dia bermimpi seorang perempuan yang dia sendiri tidak pernah temui. Malah raut wajah wanita itu pun dia tidak pernah lihat sebelum ini. Kepala segera digelengkan dan menganggap itu hanyalah mimpi yang datang dari syaitan.

"Siapa gerangan dalam mimpi aku. Aneh sekali mimpinya seperti petunjuk dari Allah." Qaid berbicara seorang diri. dia bergerak ke arah batu besar dan melabuhkan punggung. Hairan dibuatnya, ini kali pertama dia bermimpikan seseorang yang bukan mahramnya.

"Assalamualaikum tuan. Maaf tapi saya terdengar apa yang dibicarakan oleh Tuan Qaid sebentar tadi." Muncul suara Dizhwar dari sisi Qaid. Dia sendiri pun hairan kenapa tuannya berbicara seorang diri. Seperti ada persoalan yang bermain di dalam fikirannya. Dia menunduk hormat kepada Qaid.

"Waalaikumusalam. Duduk dulu Dizhwar, kamu dengar sampai mana?"

"Saya tak jauh dari tuan, saya dengar tuan kata mimpi tuan aneh sekali. Sebenarnya tadi saya mahu datang ke mata air sungai ni, tetapi saya dengar suara tuan mengomel seorang diri. Secara tidak sengaja saya terdengar apa yang di ucapkan oleh tuan." Qaid terdiam seketika. Dizhwar sudah mendengar apa yang dia omelkan. Tidak perlu dia tutup rahsia yang satu itu kepada Dizhwar.

"Kalau tak keberatan, saya nak tanya tuan. Apa maksud yang tuan kata tadi?" Sambung Dizhwar lagi apabila dia tidak menerima respon daripada ketuanya.

"Aku tidak tahu sama ada mimpi itu dari Allah atau syaitan. Aku hanya beranggapan mimpi itu dari syaitan, jadi tidak perlu rasanya memberitahu maksud apa yang aku mimpi."

"Kenapa tuan?" Dizhwar tegakkan badan apabila Qaid mulai bangun dari batu besar yang dia dudukinya sebentar tadi.

"Kalau mimpi dari syaitan, tidak perlu aku ceritakan kerana ia tidak mendatangkan apa apa hasil. Malah ia hanya mainan syaitan dan aku hanya perlu memohon perlindungan daripada Allah." Terang lagi terperinci apa yang dikatakan oleh Qaid. Kemudian, jejaka itu memandang langit. Senyuman kecil terbit di bibirnya tanpa orang kanannya sedari.

"Kalau tiada apa, kita boleh bergerak. Fajar sudah menunjukkan diri. Katakan kepada mereka semua untuk bersiap, sebentar lagi aku akan sampai." Mukanya tenang memandang orang kanannya. Dizhwar tersenyum, kepala dianggukan terus tabik hormat diberikan kepada Qaid. Setelah mendapat balasan daripada Qaid, Dizhwar bergerak meninggalkan Qaid seorang diri.

"Bismillah."

Qaid bergerak ke arah sungai yang mengalir dengan deras, kakinya di rendamkan seketika. Rambut yang menutup dahinya dibasahkan sedikit dengan mata air sungai. Kemudian Qaid pergi meninggalkan kawasan tersebut.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now