24

8.4K 806 20
                                    

  

HUMAIRA terjaga dari tidur kerana kakinya berdenyut-denyut kesakitan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HUMAIRA terjaga dari tidur kerana kakinya berdenyut-denyut kesakitan. Kemudian dia memandang suaminya di sebelah, nyenyak Qaid tidur. Selimut diselak untuk melihat kaki yang bengkak. Humaira menghalakan kakinya yang bengkak ke arah cahaya bulan yang menembusi tingkap bilik mereka, terkejut dia tengok kakinya kebiru-biruan. Ini masalah yang serius. Rambut di bawa ke belakang badan kerana rimas.

Minyak dicari di dalam laci sebelahnya, dengan perlahan-lahan dia membuka laci kerana tidak ingin membangunkan Qaid. Kepalanya ligat mengingati di mana suaminya meletakkan minyak itu, laci ditutup dengan berhati-hati apabila Humaira tidak jumpa minyak tersebut.

Kepalanya memandang sekitar bilik itu untuk mencari minyak. Kemudian dia berhenti apabila terpandang minyak tersebut berada di laci bersebelahan tempat tidur Qaid. Humaira garu kepala, tidak tahu bagaimana untuk mencapai minyak itu.

Tak ada pilihan lain dia terpaksa turun dari katil untuk bergerak ke laci sebelah Qaid. Demi menjaga ketenteraman lelakinya, Humaira paksa diri untuk turun dari katil.

Baru sahaja dia ingin bangun, zap! seperti ada aliran elektrik mengalir. Terus dia terduduk dari katil sambil mengetap kuat bibirnya supaya suaranya tidak terlepas. Peluh di dahi Humaira kesat, sampai begitu sekali sakitnya.

Kedua-dua tangan mengangkat kakinya yang bengkak itu naik atas katil. Dia terpaksa mengambil minyak tersebut dengan melepasi Qaid. Badan bergerak mendekati Qaid, tangan kanan mencapai botol minyak manakala tangan kiri menahan badan supaya tidak jatuh..

Pap.

Membesar mata Humaira apabila separuh badannya tertindih dengan Qaid. Bibir digigit kerana geram dengan diri sendiri. Sedar dengan pergerakan suaminya terus Humaira baring di atas bantal dan berpura-pura tidur seperti tiada apa yang berlaku.

Apabila dia dengar Qaid menguap, Humaira meneruskan lakonannya untuk berpura pura tidur mati.


QAID terkejut kerana terasa seperti ada sesuatu yang menghempap dadanya, dia fikir dia telah ditindih. Terus dia menguap kerana mengantuk yang masih tersisa.

Kepala ditoleh ke arah isterinya, Humaira. Ganas betul tidur sampai selimut terselak kata hatinya. Rambut Humaira dibelai lembut. Matanya memandang kaki isteri yang membengkak, mahu dia kejutkan tadi selepas dia menanggalkan stokin Humaira tetapi dia tidak sampai hati kerana melihat wajah isterinya yang tidur nyenyak. Kesudahannya, dia turut tidur. Biar esok pagi dia kejutkan wanita itu ketika hendak solat subuh. Lalu selimut ditarik hingga paras bahu.

Qaid mencium dahi Humaira lama sebelum dia beralih ke pipi. Matanya memandang Humaira seketika sebelum dia turut baring. Sempat mata memandang jam, baru pukul 1 pagi. Masih awal lagi, terus pejam mata untuk tidur tetapi matanya kembali dibuka kerana perasan akan gerakkan di sebelah.

Humaira bangun.

Qaid hanya memerhati dari ekor mata. Apabila Humaira memandangnya terus mata ditutup.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now