28

7.9K 819 23
                                    

HUMAIRA bangun untuk meneruskan pekerjaanya yang terhenti sebentar tadi, Tirai langsir yang menghubungkan dua ruang di situ ditarik sedikit untuk dibetulkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


HUMAIRA bangun untuk meneruskan pekerjaanya yang terhenti sebentar tadi, Tirai langsir yang menghubungkan dua ruang di situ ditarik sedikit untuk dibetulkan. Keadaan meja yang senget dia betulkan supaya kelihatan kemas, tidak lupa juga kerusi yang dia duduk sebentar tadi.

Setelah selesai aktiviti mengemas, gambar keluarga yang berada di dalam pegangan dia letakkan semula di atas meja.

Matanya mengerling ke arah jam dinding, jarum menunjukkan jam 5. Tidak tunggu lama, terus ke dapur untuk menyediakan minum petang untuk walidnya. Tangan lincah membuat kerja sambil itu mata memandang arah pintu bilik, lama betul walidnya solat.

Kepala yang gatal dia garu disebalik tudung yang masih tersarung sambil tangan mengodak air supaya gula larut dalam air.

Humaira lupa untuk menanggalkan tudung kerana tidak sabar berjumpa dengan walidnya tadi.

"Walid, air dah siap."

Sepi. Humaira mengerutkan keningnya, bapanya tidur ke selepas solat? jarang betul walid tidur selepas waktu asar begini melainkan walidnya kepenatan.

"Walid?" Humaira menghampiri pintu bilik.

Buka sahaja pintu, dia lihat bapanya terbaring di atas sejadah. Humaira tersenyum nipis. Penat agaknya.

"Walid bangun." Tubuh tua itu dia tepuk perlahan.

"walid bangunlah, air dah siap. Nanti sejuk pula kalau walid lambat minum."

Humaira meletakkan kepalanya di atas bahu Tuan Umair.

"Oh walid kesayangan, jangan tidur dekat sini. Nanti badan walid sakit, tidurlah dekat atas katil." Rambut Tuan Umair yang berwarna putih itu dia usap perlahan. Kemudian menggoncang perlahan tubuh bapanya apabila lelaki itu masih tidak sedarkan diri.

Humaira tersenyum nipis lalu kaki walidnya dia geletek berkali-kali.

Tidak bergerak.

Senyuman Humaira pudar. Matanya memandang wajah si bapa. Teragak agak jarinya bergerak mendekati hidung lelaki itu.

Kaku.

Perlahan-lahan jarinya jatuh ke bawah, bibirnya dia ketap kuat seperti menahan diri daripada menangis teresak-esak, nafasnya ditahan.

Kerongkongnya turut sakit kerana menahan suara yang ingin keluarkan.

Humaira menunduk, kembang kempis hidungnya menahan esakan.

Segera dia bangun dari melutut untuk memanggil orang di kawasan perumahannya.

Sampai sahaja di hadapan pintu masuk, Humaira menghamburkan tangisannya, dia tidak dapat menahan kesakitan yang dialami, dada sesak seperti dicucuk dengan pisau belati.

Terketar-ketar tangan Humaira membuka pintu kayu rumah, wajah yang menyapa pandangan kaburnya ketika ini adalah..

Hazrat.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now