35

7.3K 740 31
                                    

RAMBUT yang terlepas Humaira ikat sanggul menampakkan leher jinjang milik wanita itu, kali ini gilirannya yang akan mandikan Muezza

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RAMBUT yang terlepas Humaira ikat sanggul menampakkan leher jinjang milik wanita itu, kali ini gilirannya yang akan mandikan Muezza. Tidak tahu ke mana kucingnya bermain sehingga masuk bilik mereka tadi, bulu kucing yang berwarna putih sudah bertukar warna menjadi kelabu.

Bila Humaira suruh Qaid bau, lelakinya kata Muezza main dengan debu asap sebab bau asap kuat melekat pada badan kucing itu. Keluhan dilepaskan, apa punya perangai lah pergi main dengan debu asap.

"Pergi main debu buat apa? Orang suruh duduk diam-diam." Bulu kucing digosok dengan sabun.

Qaid yang berada di atas katil mulai turun melangkah ke arah bilik air apabila mendengar Humaira yang dari tadi membebel tanpa henti, dia dengar pun sakit telinga. Tangan sempat mencapai bathrobe berwarna kelabu.

Rasa nak tergelak tengok muka sayu Muezza seperti faham dirinya dimarahi oleh Humaira. Dia bergerak masuk lalu berdiri di belakang isterinya.

"Maira, tolong aku." Telinga wanita itu dijentik perlahan olehnya.

"Ada apa?" Humaira bangun, Muezza yang dipenuhi buih sabun dia angkat sekali.

"Meow." Kaki depan Muezza cuba mencapai Qaid yang berdiri di hadapan Humaira ketika ini.

"Tolong bukakan baju aku." Dahi dikerutkan sedikit, rasa hairan dengan permintaan Qaid yang satu ini. Bukan pasal bukakan baju tetapi permintaan lelaki itu.

"Kanda baru mandi sebentar tadi, bukan? Kenapa mahu mandi lagi?" Bathrobe yang berada di tangan suaminya Humaira ambil.

"Badan aku berpeluh, tak selesa." Dengan cuaca panas hari ini mana boleh tahan, basahkan badan pun jadi lah.

Muezza diletakkan di bawah semula.

Baju milik Qaid dibuka dengan berhati-hati, makin menjadi-jadi pula perangai suaminya. Humaira pernah tanya, sebelum kahwin siapa yang bukakan baju lelaki itu memandangkan Qaid pernah luka tempat yang sama. Dengan selamba suaminya kata..

buka baju sendiri.

"Janganlah marah anak aku, kalau ada akal dia tak main debu tapi pergi cari pasangan."

Qaid tersenyum senget melihat reaksi si isteri, mungkin tak sangka dengan ayat yang keluar dari mulutnya. Tangan naik menekup muka Humaira yang ternganga sedikit.

"Mandikan Muezza, aku nak basahkan badan." Kaki melangkah melepasi Humaira yang berdiri kaku.

Pili air di buka lalu membasahkan badan. Rambut dibiarkan kerana baru sahaja kering.

Mata memerhati Humaira dari sisi yang sedang membasuh badan Muezza. Senyuman kecil terukir di bibirnya, isterinya nampak bertambah cantik apabila ikat rambut seperti itu. Bertapa untungnya dia memiliki anak perempuan arwah Tuan Umair bukan Hazrat walaupun pada mulanya dirinya tidak ingin mengahwini Humaira.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now