20

9K 852 46
                                    

JAUH si gadis merenung ke luar jendela

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

JAUH si gadis merenung ke luar jendela. Menanti ketibaan Tuan Umair. Sudah seminggu dia menanti kedatangan walidnya tetapi tetap tiada khabar berita, semua pesanan yang di hantar tidak dibalas. Saban hari dia menunggu, tanpa membuang masa dia cuba untuk menggerakkan anggotanya yang lumpuh. Dengan bantuan doktor dan beberapa orang pembantu istana yang menolongnya, tidak lupa juga permaisuri dan sultan yang memberi sokongan kepadanya supaya tetap kuat.

Sungguh mulia hati mereka, tidak memandang rendah kepada orang biasa. Dalam diam dia kagum, patutlah rakyat di sini suka sama Sultan Aziz dan keluarga kerabat diraja ini. Tiada satu pun perasaan bongkak dalam hati mereka sekeluarga. Di didik dengan penuh berkhemah dan sempurna agamanya.

Tangan kanan yang lumpuh dapat digerakkan sedikit, walaupun bukan sepenuhnya tetapi Humaira tetap teruja. Nampaknya dia boleh kembali seperti biasa semula jika terapi yang dilakukan mengikut apa yang doktor kata. Kedua-dua belah kakinya juga boleh berdiri tetapi dia masih memerlukan bantuan untuk bangun. Humaira masih lagi tidak boleh berjalan, doktor kata kakinya belum cukup kuat untuk menampung berat badan.

Walau apapun Humaira tetap bersyukur. Dia juga sudah mulai mengingati orang sekelilingnya sikit demi sikit.

"Humaira?"

Terus terhenti lamunannya apabila Qaid berdiri tidak jauh darinya. Seperti biasa jejaka yang menyapanya tidak mempamerkan apa apa reaksi. Kemudian Humaira memandang ke arah lain, tidak boleh dia melihat mata Qaid yang memandang dirinya dengan pandangan yang tajam.

Humaira gelisah. Lama dia tidak bertemu dengan Qaid, peristiwa dia menuduh Qaid masih segar dalam ingatan. Dia belum memohon maaf kepada lelaki itu. Qaid cukup baik dengannya, walaupun dia sudah menuduh lelaki itu tetapi si jejaka tetap mengizinkan dia untuk memetik bunga tulip dan ingin mengahwininya.

"Humaira?" Lembut suara Qaid memanggil. Humaira tersedar lagi sekali, banyak kali dia mengelamun.

"Apa?" Kepala di donggakkan tanda apa kepada Qaid.

"Kenapa pandang aku macam tu?" Qaid tersenyum sinis, lama dia perhati Humaira. Dia sedar, Humaira memandangnya sambil mengelamun. Membuatkan dirinya tidak selesa ditatap walaupun si gadis itu memandangnya dengan separuh sedar.

"Eh mana ada! Tak mahu saya pandang muka hodoh awak tu." Kelam kabut Humaira, benar dia memandang Qaid tapi bukan sepenuhnya dia terlebih kepada termenung.

"Bohong. Jangan risau selepas kita kahwin dan kau jadi isteri aku. Kau boleh pandang muka aku sepuas-puasnya sebab waktu itu kau dah halal untuk aku. Tapi sekarang ni, kau kena jaga pandangan kau. Berdosa Humaira. Zina mata."

Terkebil-kebil matanya selepas mendengar ayat yang keluar dari mulut Qaid, benar apa lelaki itu katakan. Dia tak mampu untuk membalas.

Di Bawah Salju Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt