5

9.9K 1K 53
                                    

DIA tak nak membunuh orang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DIA tak nak membunuh orang. Dia tak mahu di hukum, lelaki yang baru sahaja dia cederakan adalah kerabat di raja. Apatah lagi dia melanggar titah lelaki itu. Kakinya setapak demi setapak mengundur ke belakang. Tunggu masa yang sesuai untuk melarikan diri.

"Kau mahu ke mana?" Tegas Dizhwar menuturkan kata. Dia mengubati Qaid dengan menggunakan peti kecemasan. Sudah banyak darah keluar dari badan ketuanya.

Lari Humaira, lari. Jerit hati kecilnya. Mahu pitam setelah melihat darah. Mindanya turut mengatakan hal yang sama. Lari. Tiada siapa tahu keberadaanya nanti.

"Jangan pergi dari sini." Kata Qaid, matanya tajam memandang ke arah Humaira yang mahu melarikan diri. Dia tidak pasti mengapa riak wajah gadis itu berubah menjadi pucat.

"Izinkan aku." Cepat sahaja Humaira memijak tali kekang lalu dia naik di belakang kuda. Laju saja dia meninggalkan Qaid dalam keadaan cedera. Biarlah, dia tidak sanggup melihat darah. Walhal, dalam hatinya penuh kekesalan.

Pergerakan kuda cuba di perlahankan, tak nak tergolek semasa turun dari bukit. Naya hidup. Penutup botol dibuka lalu di minum perlahan. Di teguknya air itu sehingga habis.

"Itu dia, Tuan Qaid." Jerit seseorang dari belakang. Gelabah Humaira dibuatnya, dia mesti melarikan diri lagi. Biarpun penat belum hilang . Dia terpaksa, ini sahaja jalan yang ada.

Dengan pantas dia turun dari bukit dengan kelajuan kuda yang mampu dikawal.
"Oh kuda slow." Kepala kuda cuba diusap supaya kuda itu tidak bertindak menjadi agresif.

"Wooo wooo!" Badan hilang keseimbangan. Buruk benar rupa sekarang ini.

"Jangan lari!" Jerit salah seorang daripadanya yang mengejar diri dia sekarang ini.

"Ini perintah Tuanku Muda Qaid Darwisy!" Ah! Kau patut lari dan lari. Jangan hiraukan arahan mereka. Pangkat kau buang tepi, bisik hati kecilnya. Tetapi akalnya menentang, gentar juga mendengar gelaran ketua mereka. Dia tidak mahu berhenti gara-gara gelaran lelaki itu. Dia tidak mahu mencederakan orang lagi!

"Berhenti!" Kerasa suaranya. Humaira kenal suara yang memberi arahan kepadanya, suara lelaki yang cedera itu.

"Lari humaira, lari!"




QAID mengambil keputusan untuk memanah kuda gadis itu. Busur di genggam erat, mata di kecilkan untuk fokus pada satu bahagian lalu melepaskan anak panah pada kaki kuda yang ditunggang oleh Humaira.  Qaid tidak ada cara lain. Arahannya pun gadis itu ingkar, dia terpaksa jadikan kuda itu sebagai sasaran.

Laju mereka mendekati gadis yang degil itu. Dia melihat kuda Humaira sudah jatuh dek kerana panah yang berada pada bahagian kaki kuda. Sekilas gadis itu memandang dirinya dengan riak wajah cemas. Sekarang ini, Humaira tidak boleh melarikan diri darinya.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now