15

8.5K 830 20
                                    

TURUN saja dari kereta kuda, Humaira mengatur langkah ke arah pintu istana yang sudah terbuka luas untuk mereka berdua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TURUN saja dari kereta kuda, Humaira mengatur langkah ke arah pintu istana yang sudah terbuka luas untuk mereka berdua. Ditanya kepada pengawal istana di mana  anak sulung Sultan Aziz berada tetapi salah seorang pengawal istana hanya menggelengkan kepada tanda tidak tahu di mana Qaid berada.

Tuan Umair  terlebih dahulu mencari batang hidung Qaid. Biasanya pada waktu begini Qaid bersama Dizhwar di kandang kuda untuk memberi makan haiwan peliharaannya walaupun perkara sebegini bukan kerjanya.

"Humaira, ada apa datang sini?" tegur Zehra yang berada tidak jauh daripadanya.

Dia turut membalas senyuman Zehra yang menghampirinya. Cantik sungguh Zehra ni berkulit putih, bermata bulat. Tak cair ke pengawal istana yang tengok Zehra atau mereka dah diberi amaran supaya jangan berani mendekati anak sultan ini.

"Ada hal sikit dekat sini dengan walid sebab tu datang sini."

"Dengan siapa?"

"Er... Qai eh maksud saya Tuan Qaid." Tersasul pula mulutnya, dah terbiasa panggil si jejaka dengan panggilan nama. Dalam hati dia sudah mengutuk diri sendiri macam mana boleh terlepas ni.

"Oh, ada apa-apa dengan kanda eh?" Tanyanya dengan nada mengusik, mata dikecilkan manatap wajah Humaira. Lain macam je datang istana, biasanya Tuan Umair datang ke istana untuk berjumpa dengan ayahandanya tapi kali ini Tuan Umair datang ke istana bersama Humaira bukan untuk bertemu dengan baginda malah ingin bertemu dengan abangnya, Qaid.

Pantas Humaira menggelengkan kepala. Kenapa Zehra ni nakal sekali, suka bertanya benda yang susah baginya untuk dijawab.

"Zehra buat apa di sini?" Tanya Humaira lembut. Dia tak tahu nak bahasakan gadis dihadapannya ini dengan panggilan yang sesuai kerana dia sendiri tidak berapa mahir dalam bahasa istana, bukan dia lahir di istana jauh sekali kerabat diraja.

"Cari adinda Evsa, dia kata dia mahu pergi ke taman bunga tapi mukanya sampai sekarang tidak kelihatan." Jelas raut wajah tidak puas hati dipamerkan. Kena tipu lagi ke dirinya ni, hari tu sudah puas ditipu hidup hidup oleh kakak keduanya. Dia sanggup pergi ke loteng istana semata-mata untuk mencari kakaknya tetapi bila tiba saja di loteng, batang hidung kakaknya pun dia tak nampak. Rasa seram sejuk ada lah. Bila dia masuk ke bilik, kakaknya sudah tidur lena di atas katil. Kena scam!

"Mungkin dia dah masuk, cuaca panas hari ini."

"Kalau macam tu mari masuk sekali Humaira, nanti kalau jumpa kanda Qaid datang suruh berbincang di dalam saja."

"Tidak mengapalah, Zehra masuk lah dulu."

Humaira keluar dari kawasan istana, semasa perjalanan ke istana dia terlihat kawasan yang menampakkan perkampungan orang turki, dia hanya dapat melihat pemandangan itu sekejap saja. Kakinya mulai melangkah meninggalkan kawasan istana dan mecari tempat yang sesuai untuk melihat kawasan tersebut.

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now