34

6.9K 725 24
                                    

BUKAN pertama kali dia tidur keseorangan tetapi kali ini rasanya berbeza dari sebelumnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUKAN pertama kali dia tidur keseorangan tetapi kali ini rasanya berbeza dari sebelumnya. Sebelum ini, dia tidur seorang diri pun dia tahu suaminya ada tengah melaksanakan tugas cuma sekarang rasa dan perasaan yang berbeza.

Humaira mahukan Qaid tetapi suaminya tiada di sisinya. Hati juga tidak tenteram. Kelopak mata yang semakin memberat dipaksa untuk tutup walaupun tak boleh kerana perasaan gelisah yang melampau. Masakan tidak suaminya masih terbaring tidak sedarkan diri.

Pintu diketuk dari luar oleh seseorang. Dengan perlahan tudung diambil lalu disarung begitu sahaja, lagipun sudah malam. Humaira sudah keletihan.

Tangannya membuka pintu, Humaira melihat gerangan yang mengetuk pintu bilik pada malam begini.

"Maaf mengganggu." Kata pengawal istana yang sedang menundukkan badannya sedikit tanda menghormati dirinya.

"Tidak mengapa." Walaupun perlahan tetapi dapat didengari oleh pengawal tersebut.

"Sultan Abdul Aziz panggil di bilik yang menempatkan Tuan Qaid."

Dengar sahaja nama suaminya terus Humaira keluar di balik pintu. Pintu juga ditutup rapat bersedia untuk pergi ke bilik yang menempatkan Qaid.

"Kamu boleh pergi." Ujarnya, sempat Humaira berterima kasih dengan pengawal tersebut. Kaki melangkah setapak demi setapak ke arah bilik yang dikatakan tadi. Tidaklah jauh kerana bilik itu berada di hujung sebaris dengan bilik tidur mereka.

Pintu diketuk sebelum tubuhnya masuk ke dalam bilik.

Bibir tersenyum hambar melihat Qaid yang masih tidak sedarkan diri. Kata bapa mentuanya bahawa pedang milik musuh Qaid mempunyai racun. Tergamam Humaira apabila mengetahui racun itu adalah racun yang sama kena pada tubuh badannya ketika dia dipanah dari jauh.

"Dia akan hilang ingatan ke ayahanda?"  Ujarnya yang berdiri di hujung kaki sang suami.

"Kemungkinan besar untuk hilang ingatan itu ada tetapi kita semua kena tunggu suami kamu bangun."

Mata beralih kepada kedua orang tua Qaid yang memandang dirinya yang dari tadi berdiam diri.

"Apa yang mengganggu fikiran kamu?" Kepala di gelengkan beberapa kali tanda tiada apa yang mengganggu fikirannya ketika ini.

"Mari lah ke sini." Ujar bonda, sempat wanita itu mempelawa dirinya untuk duduk di sisi Qaid.

"Humaira tidak boleh menemani kanda Qaid ke bonda?"

"Tidak boleh Humaira."

"Siapa yang akan menjaganya?" Mata memerhati susuk tubuh suami yang pucat tidak berdarah.

"Dizhwar, dia minta izin terlebih dahulu kepada bonda untuk menjaga. Lagipun Dizhwar tahu bagaimana merawat kanda kamu memandangkan dia pakar dalam bidang perubatan."

Di Bawah Salju Where stories live. Discover now